BPR Fasa 2 Bila Masuk? (Ini Tarikh Dapat Duit 2021, Ikut Bank)
Artikel ini adalah untuk anda yang asyik tertanya-tanya duit BPR Fasa 2 bila masuk. Usah bimbang, rujuk tarikh pembayaran seperti di bawah hanya selepas anda check status Bantuan Prihatin Rakyat secara online di bpr.hasil.gov.my.
1. Tarikh bila duit BPR Fasa 2 2021 dijangka masuk
Berikut ialah tarikh pembayaran BPR: yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini. Jadi, tunggu sahaja tarikh yang dimaklumkan dan tidak perlu tanya lagi bila dapat duit BPR Fasa 2.A) Kategori individu bujang, isi rumah dan warga emas
- Tarikh bayaran: 7 - 12 Mei 2021
- Selain bujang dan isi rumah, kategori ini juga termasuk warga emas
- Duit BPR akaun terus dikreditkan ke dalam akaun bank masing-masing
- Tarikh bayaran: 17 Mei 2021
- Duit BPR akaun dibayar melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN)
- Pihak Bank Simpanan Nasional akan mengeluarkan panduan SOP
- Ini adalah untuk mengekang penularan wabak Covid-19
- Tarikh bayaran: 17 Mei 2021
- Lokasi pembayaran akaun diumumkan oleh kerajaan
- Bayaran BPR ini akan disekalikan dengan bayaran BPN 2.0
2. Bila duit BPR Fasa 2 masuk dalam akaun bank?
Tarikh pengkreditan BPR Fasa 2 telah dimaklumkan seperti di atas. Mengikut pengalaman seperti sebelum-sebelum ini, pemegang akaun BSN akan menerima lebih awal dari bank-bank lain.Jika anda salah seorang dari penerimanya, minta jasa baik untuk komen di ruangan komen untuk mengesahkan penerimaan duit BPR Fasa 2.
Berikut ialah pengemaskinian dari maklumat yang kami terima dari pembaca:
| Bank | Bila Masuk? | Area Yang Dah Dapat Duit |
| Maybank / Maybank Islamic | Masuk awal, 6 Mei 2021 | Kuala Lumpur |
| BSN | Dijangka 7 Mei 2021 | Akan dikemaskini |
| Bank Islam | Dijangka 7 Mei 2021 | Akan dikemaskini |
| RHB / RHB Islamic Bank | Dijangka 7 Mei 2021 | Akan dikemaskini |
| Ambank / AmIslamic Bank | Dijangka 7 Mei 2021 | Akan dikemaskini |
| Agro Bank | Dijangka 7 Mei 2021 | Akan dikemaskini |
| Hong Leong Bank | Dijangka 7 Mei 2021 | Akan dikemaskini |
| Affin Bank / Affin Islamic Bank | Dijangka 7 Mei 2021 | Akan dikemaskini |
| Bank Rakyat | Dijangka 7 Mei 2021 | Akan dikemaskini |
| CIMB Bank / CIMB Islamic Bank | Dijangka 7 Mei 2021 | Akan dikemaskini |
| Bank Muamalat | Dijangka 7 Mei 2021 | Akan dikemaskini |
| Public Bank /Public Islamic Bank | Dijangka 7 Mei 2021 | Akan dikemaskini |
3. Check balance akaun bank, bila dapat duit BPR Fasa 2
Sila buat semakan pembayaran BPR melalui portal bpr.hasil.gov.my dengan segeran untuk mendapatkan pengesahan status Berjaya Kredit. Namun, jangan terus bergegas ke ATM untuk keluarkan duit. Sila semak baki duit dalam bank secara online.Berikut antara panduan untuk check baki duit dalam akaun bank-bank yang terpilih:
| Bank | Link |
| Maybank / Maybank Islamic | Semak baki duit Maybank |
| BSN | Semak baki duit BSN |
| Bank Islam | Semak baki duit Bank Islam |
| RHB / RHB Islamic Bank | Semak baki duit RHB |
| Ambank | Semak baki Ambank |
| Agro Bank | Semak baki Agrobank |
| Hong Leong Bank / Hong Leong Islamic | Semak baki Hong Leong Bank |
| Affin Bank / Affin Islamic Bank | Semak baki Affin Bank |
| Bank Rakyat | Semak baki Bank Rakyat |
4. Tarikh bayaran BPR Fasa 1
Ini hanyalah sekadar throwback.Untuk anda yang tak ingat bula duit BPR Fasa 1 dapat, ini tarikh bayaran duit bantuan yang diterima.
A) Kategori individu bujang dan isi rumah
- Tarikh pembayaran bermula pada 24 Februari 2021
- Duit BPR akaun terus dimasukkan ke dalam akaun bank masing-masing
- Tarikh pembayaran bermula pada 25 Februari 2021
- Duit BPR akaun dibayar melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN)
- Tarikh pembayaran bermula pada dari 1 Mac 2021 sehingga 1 April 2021
- Lokasi pembayaran akaun diumumkan oleh kerajaan
- Bayaran BPR ini akan disekalikan dengan bayaran BPN 2.0
Akhir kalam
Kami harap perkongsian tarikh pembayaran BPR ini dapat melegakan kerisauan anda. Jangan bimbang. Kami yakin kerajaan akan masukkan duit bantuan ini sebelum Hari Raya 2021. Jadi, jangan asyik tanya bila duit BPR masuk. Biarkan kerajaan menjalankan tugas mereka.
Semoga dipermudahkan urusan kita semua.
Semoga bermanfaat.