BKC Bujang 2021 (Semakan Status Online & Tarikh Bayaran Masuk)
Jangan ingat hidup seorang diri itu mudah. Golongan bujang juga struggle untuk meneruskan kehidupan di zaman pandemik ini. Bantuan BKC bujang memang sangat-sangat diperlukan.
Ada yang kata duit akan masuk pada akhir bulan Ogos 2021. Walau bagaimanapun, sudah masuk bulan September 2021, habuk pun tak ada.
Izinkan kami berkongsi apa yang kami tahu.
1. Berapa jumlah bantuan BKC bujang 2021?
Kami merujuk pada soalan lazim Bantuan Khas COVID-19 dalam bentuk PDF yang bertajuk FAQ PEMULIH Bantuan Khas Covid-19 BKC.Berdsarkan dikemaskini pada 1 September 2021, amaun bantuan untuk golongan bujang adalah seperti berikut:
| Golongan Miskin Tegar |
|
| Golongan B40 |
|
| Golongan M40 |
|
- Golongan Miskin Tegar akan diberikan bantuan yang paling tinggi iaitu sebanyak RM500. Logik dan masuk akal kerana mereka ini iaitu Golongan Miskin Tegar adalah golongan bujang yang bergaji RM440 atau kurang dari itu.
- Golongan Miskin pula adalah orang bujang yang bergaji RM750 atau kurang.
- Manakala Golongan Berpendapatan Rendah pula bergaji RM2,000 atau kurang.
2. Bila tarikh bayaran BKC bujang?
Tarikh pembayaran BKC masih lagi belum dimaklumkan oleh pihak LHDN. Abaikan tarikh Ogos 2021 seperti di bawah. Kami akan kemaskini dengan maklumat terbaru sejurus menerima maklumat dari LHDN nanti.| Golongan Miskin Tegar |
|
| Golongan B40 |
|
| Golongan M40 |
|
3. Macam mana nak buat semakan status bayaran BKC bujang?
Bujang atau sudah berkahwin, proses semakan tetap sama. Tidak ada beza.Berdasarkan FAQ PEMULIH Bantuan Khas Covid-19 BKC yang dikemaskini, kaedah semakan BKC akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Kami berpendapat:
- Mungkin Kerajaan akan menggunakan portal bpr.hasil.gov.my untuk tujuan semakan status kelulusan dan pembayaran BKC bujang
- Mungkin Kerajaan akan melancarkan portal baru bkc.hasil.gov.my
- Mungkin juga Kerajaan akan terus buat pengkreditan ke dalam amaun penerima yang layak
4. Berapa lama kena tunggu duit BKC bujang masuk akaun?
Memandangkan tarikh bayaran Bantuan Khas COVID pun belum ada lagi, kami tidak boleh buat apa-apa spekulasi.Walau bagaimanapun, secara asasnya ia akan melalui proses ini:
- Proses pertama, pihak LHDN perlu memasukkan duit ke bank terlebih dahulu seperti Maybank, CIMB, BSN dan lain-lain lagi
- Proses kedua, bank-bank tadi akan memasukkan duit tersebut ke dalam akaun penerima.
- Kebiasaannya, ia akan mengambil masa 1-5 hari
- Katakan penerima adalah Salleh
- Salleh guna akaun Bank Islam
- Pihak LHDN akan transfer duit kesemua penerima BKC bujang yang menggunakan Bank Islam pada 31 Ogos 2021
- Pihak Bank Islam terima pada hari yang sama
- Pada keesokan harinya iaitu 3 September 2021, pihak Bank Islam transfer duit BKC ke akaun bank Salleh
- Salleh dan kesemua penerima BKC yang menerima pembayaran melalui Bank Islam akan mendapat bayaran
- Tempoh masa menunggu secara keseluruhannya adalah 3 hari sahaja
Sila buat semakan BKC terlebih dahulu untuk mengelakkan kekecewaaan melalui portal MyBPR atau mungkin juga portal MyBKC.
5. Pembayaran BKC, masuk bank mana?
Sila ambil perhatian bahawa LHDN tidak akan memberikan wang tunai untuk tujuan pembayaran BKC.Selepas anda melakukan semakan pembayaran BKC dan sahih status kelulusan anda adalah Lulus, duit bantuan ini akan terus dimasukkan ke dalam akaun bank yang anda pilih mengikut tarikh pembayaran BKC yang telah ditetapkan.
Untuk memastikan duit betul-betul masuk, sila check baki akaun mengikut bank:
- Maybank
- BSN
- Bank Islam
- RHB Bank
- Ambank
- Agrobank
- Hong Leong Bank
- Affin Ban
- Bank Rakyat
- CIMB Bank
- Bank Muamalat
- Public Bank
- Alliance Bank
6. Adakah perlu buat permohonan BKC bujang?
Sekiranya anda layak, anda tidak perlu buat permohonan BKC pun.- Sekiranya anda adalah golongan bujang Miskin Tegar, anda layak mendapat bantuan BKC melalui data permohonan BPR 2021
- Sekiranya anda adalah golongan bujang B40, anda juga layak mendapat bantuan BKC melalui data permohonan BPR 2021
- Terakhir, sekiranya anda adalah golongan bujang M40 yang pernah membayar cukai sebelum ini, kelayakan anda akan dilihat berdasarkan maklumat percukaian LHDN.
5. Ada pertanyaan tentang bayaran BKC?
Oleh kerana tiada laman web rasmi yang khusus untuk BKC melainkan portal BPR semata-mata, kami mengandaikan bahawa segala pertanyaan boleh diajukan Hotline BPR di talian berikut:- 1800 88 2747
Akhir kalam
Diharapkan agar perkongsian semakan dan tarikh pembayaran BKC bujang ini serba-sedikit dapat memberikan kelegaan. Apabila sudah dapat duit nanti, jangan pula berbelanja sesuka hati. Sila berjimat cermat untuk hari-hari mendatang
Semoga bermanfaat.