Bantuan ·

BPN 2.0 Bila Dapat? (Ini Tarikh Duit Masuk Ikut Akaun Bank)

Adakah anda antara orang yang tak sabar-sabar dan selalu ingin tahu BPN 2.0 bila dapat? Jangan bimbang, duit tetap masuk. Cuma perlu semak tarikh bayaran BPN 2.0 dahulu. Sebaliknya, untuk Bantuan Prihatin Rakyat 2021 pula, mohon dapatkan maklumat tarikh pembayaran BPR yang terkini.

Izinkan kami berkongsi maklumat berkenaan maklumat BPN 2.0 bila masuk seperti di bawah.

Bila boleh dapat bayaran BPN 2.0?

Maklumat ini adalah berdasarkan Soalan Lazim mengenai Bantuan Prihatin Nasional 2.0 yang dikeluarkan oleh pihak LHDN dalam Kerangka Inisiatif Tambahan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (KitaPrihatin).

Pembayaran duit bantuan bagi BPN 2.0 ini terbahagi kepada dua fasa iaitu Fasa Pertama dan Fasa Kedua.

  1. Bila boleh dapat bayaran BPN 2.0 bagi Fasa Pertama? Untuk makluman, tarikh bayaran BPN 2.0 ini adalah dijangka pada:
    • Isnin, 26 Oktober 2020. Walau bagaimanapun, ada yang menerima lebih awal. Sila rujuk tarikh masuk mengikut bank seperti di bahagian seterusnya di bawah.
  2. Bila boleh dapat bayaran BPN 2.0 bagi Fasa Kedua pula? Pembayaran seterusnya dijangka pada:
    • Sekitar bulan Januari 2020
Untuk makluman, bayaran pada 26 October 2020 ini adalah secara beperingkat. Maksudnya, ada individu yang akan dapat tepat pada tarikh tersebut. Akan ada pula yang menerima hari esoknya, atau minggu depannya.

 

Bila tarikh masuk duit BPN 2.0 ikut bank?

Ada desas-desus mengatakan bahawa pemegang akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) telah menerima bayaran bantuan atau tarikh pengkreditan BPN 2.0 yang lebih awal iaitu antara 19 hingga 22 Oktober 2020. Jika anda salah seorang daripadanya, sila komen di bawah untuk pengesahan.

Apa-apa pun, di bawah ini adalah perkongsian tarikh kemasukan duit BPN 2.0 untuk bank-bank terpilih:

 

Amaun BPN 2.0 yang bakal diterima?

Untuk lebih mudah faham, kami asingkan maklumat tentang pembayaran mengikut kategori seperti di bawah:

#1Kategori Bujang B40

Bila dapat?  

#2 Kategori Bujang M40

Bila dapat?  

#3 Kategori Isi Rumah B40 (Berkahwin)

Bila duit masuk?  

#4 Golongan Isi Rumah M40 (Berkahwin)

Bila duit masuk?  

Akhir kalam

Jika dikira bermula pada tarikh 15 Oktober 2020, tarikh BPN 2.0 dikreditkan; iaitu duit masuk untuk bayaran Fasa Pertama tinggal lebih kurang 4 hari sahaja. Tarikh akhir duit akan dikreditkan ke dalam bank mungkin pada 31 Oktober 2020.

Bersabarlah. Semoga masa cepat berlalu dan wang yang dihajati segera masuk ke dalam akaun bank. Yang penting, pastikan anda membuat semakan status pembayaran BPN 2.0 mengikut bank terlebih dahulu sebelum pergi ke ATM.

Diharapkan agar perkongsian tarikh pembayaran BPN 2.0 ini dapat melegakan hati anda. Jangan lupa semak cara bayaran BPN 2.0 juga.

Sekiranya kawan-kawan lagi sudah terima duit dalam akaun bank dan anda masih lagi menunggu, sila baca kenapa duit BPN 2.0 tak masuk lagi. Takut ada beberapa perkara yang anda terlepas pandang.

Semoga bermanfaat.