BPN Gagal Kredit, Tapi Status Lulus (Duplikasi Permohonan)
Ramai yang tertanya-tanya, kenapa status BPN Gagal Kredit, sedangkan sudah Lulus permohonan?
Sila ambil maklum bahawa ini adalah status bagi BPN 1.0 yang lama. Untuk BPN 2.0, sila rujuk maksud status Duplikasi Permohonan BPN.
Kenyataan dari Malaysia Government Call Centre
Untuk makluman, pihak MyGCC di Twitter telah memaklumkan bahawa pihak LHDN sebelum ini telah mengatakan bahawa jika permohonan Bantuan Prihatin Nasional adalah berstatus LULUS, anda tidak perlu buat apa-apa.
Ini adalah terpakai untuk golongan B40 yang memang penerima BSH sebelum ini, dan juga golongan M40 pembayar cukai di LHDN.
Secara ringkasnya, jika mendapat status Lulus;
- Anda tidak perlu buat apa-apa
- Anda tidak perlu buat permohonan baru
- Anda tidak perlu buat semakan BPN
Kenapa status Gagal Kredit?
Apabila anda ingkar arahan ini dengan membuat permohonan baru walaupun sudah lulus, ini akan mendatangkan masalah kerana duplikasi permohonan.
Apa maksud duplikasi permohonan BPN?
Masalah Gagal Kredit ini akan berlaku apabila anda buat permohonan baru, sedangkan anda sudah lulus.Duplikasi di sini bermakna anda buat permohonan sekali lagi, sedangkan anda sudah lulus.
Ini bermakna ada satu nama yang sama, tetapi dua permohonan.
Apa maksud Gagal Kredit?
Status Gagal Kredit menunjukkan bahawa tidak ada kemasukan duit BPN ke dalam akaun bank yang anda masukkan semasa permohonan tempohari.Selain duplikasi permohonan, ada beberapa kemungkinan kegagalan kredit. Duit tidak dapat dimasukkan ke dalam bank mungkin kerana:
- Akaun bank tidak aktif
- Nombor akaun bank yang salah
- Tersilap masukkan nombor akaun bank
- Nama pemilik bank akaun tidak sama dengan nama pemohon BPN
Sila dapatkan Nombor Siri dari dalam portal BPN dan pergi ke mana-mana cawangan BSN terdekat. Anda boleh memberikan Nombor Siri dan mendapatkan duit secara tunai.
Apa maksud status Berjaya Kredit?
Berlainan dengan Gagal Kredit, status Berjaya Kredit menunjukkan bahawa ada kemasukan duit BPN ke dalam akaun bank yang anda masukkan semasa permohonan tempohari.
Akhir kalam
Seperti yang dimaklumkan oleh MyGCC, sila tunggu No Siri diberikan sebelum marah-marah dan menyerang mana-mana pegawai LHDN.Harap bertenang dan jangan terlalu risau. Duit BPN tetap ada.
Jika sudah ada No Siri, anda boleh tunaikan selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berakhir.
Bukan semasa PKP.
Semoga bermanfaat.