Kerjaya ·

8 Cara Buat Duit Online (Tanpa Modal, Cuma Perlu Skill)

Kalau anda kena buang kerja atau nak cuba tambah pendapatan, ini adalah beberapa cara buat duit online yang boleh dilakukan.

Tolak tepi rasa malu. Soalnya sekarang, mahu atau tidak sahaja.

Izinkan kami berkongsi.

Cara buat duit online

#1 Jadi Seorang Penulis

Ada beberapa cara buat duit online dengan menjadi seorang penulis, tapi yang penting kena mula belajar menulis dengan baik terlebih dahulu. Anda harus bezakan, menulis di blog tak sama dengan menulis di media sosial.

Caranya?

Berapa banyak boleh dapat dengan jadi seorang penulis?

Kadar bayaran yang boleh diterima ialah dari RM30 hingga RM3,000. Copywriting (coretan ringkas untuk iklan atau artikel pendek) selalunya bermula dari RM50 hingga RM80. Tapi, kalau tulisan anda sangat power dan boleh membuatkan orang membeli sesuatu produk,sudah tentu boleh caj lebih mahal.

Untuk artikel blog, artikel web, dan seumpamanya, anda mampu dapat dari RM50 hingga RM100 untuk satu artikel yang panjangnya 1,000 patah perkataan.

Ada orang yang suka caj jumlah perkataan, tapi kadang-kadang cara itu nampak macam tak sesuai pula.

Waalu bagaimanapun, sekiranya anda ingin ketahui cara mudah membuat resume online untuk anda hantarkan ke bakal majikan anda nanti, kami ada sediakan panduan tentang cara buat resume online yang mudah dan ringkas.

Pro & Kontra

 

 

#2 Buat Bimbingan Atau Tuisyen/Tutorial Dalam Talian

Cara buat duit online yang ini pula sama sahaja macam di sekolah, kalau anda seorang cikgu, anda boleh mengajar dan bagi bimbingan pada pelajar sekolah. Cuma bezanya, anda mengajar secara online je dan tak perlu nak menghadap budak-budak (tak payah nak dress-up macam nak pergi sekolah!). Daftar di platform seperti Champion Tutor , Snapask Teach Me , dan CikguOnAir . Kandungan-kandungan di platform ini khusus untuk pelajar di sekolah awam atau swasta di Malaysia.

Bagaimana?

Berapa banyak yang saya dapat saya peroleh?

Selalunya dalam RM1.50 setiap soalan yang dibimbing atau dari RM40 hingga RM150 sejam per sesi tunjuk ajar. Kalau nak lagi untung, anda boleh memilih untuk buat sesi melalui Skype (tanpa platform) dan dapat bayaran terus dari pelanggan.

Pro & kontra

 

 

#3 Buat Kursus Dalam Talian

Pasaran e-pembelajaran atau e-learning sangat meluas sekarang ni. Berbeza sikit dari bimbingan atau tuisyen online, topik untuk anda ajar boleh jadi dari bermacam subjek, dari berkebun hinggalah ke teori evolusi! Apa saja yang anda rasa relevan dan orang akan pilih untuk belajar.

Bagaimana?

Berkesan ke cara ni untuk buat duit?

Berrgantung lah pada seberapa baik kursus anda. Kebanyakan platform ambil komisen (Udemy mengambil 50% dan boleh berkurang bila kandungan anda menarik lagi banyak pelanggan). Anda biasa boleh dapat antara RM1,500 sampai RM3,000 dalam beberapa bulan pertama.

Pro & kontra

 

 

#4 Hasilkan Seni Digital - Menjadi Pereka Grafik

Cara buat duit online yang seterusnya melibatkan penggunaan media pengeditan seperti Adobe Photoshop, Illustrator dan InDesign. Jika anda mahir menggunakan platform ini, anda boleh mendapatkan duit poket yang lumayan.

Bagaimana?

Berbaloi ke?

Sebagai contoh, anda boleh cas RM100 bagi satu desain kad nama. Untuk logo, susun atur, dan bahan pemasaran, boleh kenakan bayaran antara RM200 hingga RM5,000 setiap projek.

Pro & kontra

 

#5 Jual Stock Photography

Kalau anda mahir mengambil foto yang bagus dan mahir menyunting dengan baik, maka anda mesti menjual foto anda.

Saya pandai ambil gambar. Apa lagi?

Banyak ke hasil jualan?

Mana-mana antara RM10 hingga RM3000 sebulan - semua bergantung pada berapa banyak orang yang membeli gambar anda.

Pro & kontra

 

#6 Jual Stock Videography

Sepupu kepada stock photography adalah stock videography, benda yang lebih kurang sama tetapi dalam arah yang berbeza dan perlukan lebih usaha untuk menghasilkan karya.

Bagaimana?

Lebih banyak usaha, lebih lumayan hasil?

Betul! Jualan stock video boleh terjual antara RM300 hingga RM40,000 sebulan - lebih banya dari foto. Tapi juga bergantung pada berapa banyak orang yang membeli video anda.

Pro & kontra

 

 

#7 Buat Duit Online Dengan Jadi YouTuber

Bukan melakukan vlog sendiri, tetapi melalui saluran YouTube dan dengan kandungan berkualiti. Kalau anda mahir atau mempunyai kefahaman yang mendalam mengenai sesuatu topik dan anda adalah seorang yang berkarisma tinggi, pastikan anda mula YouTubing!

Bagaimana?

Berapa banyak yang saya jangkakan akan dibayar?

Jangan berharap cepat kaya seperti vlogger terkenal. Mungkin mengambil sedikit masa sebelum anda menerima cek pertama dari YouTube berjumlah $ 100. Tapi jangan bimbang, makin lama pengikut anda pasti bertambah dan jumlah penonton akan naik.

Pro & kontra

 

 

#8 Jadi Influencer di Media Sosial

Sebut saja pengaruh media sosial, atau orang lebih kenal sebagai influencer, orang akan terbayang makanan dan pelancongan percuma yang ditaja. Berita baik! Kini anda tidak perlu mempunyai 100 ribu pengikut di media sosial untuk menjadi seorang influencer. Kini, influencer-mikro menjadi tren media sosial yang terbaru dan akaun mereka mempunyai hanya beberapa ribu pengikut yang berkualiti. Jika anda ada perwatakan yang menarik dan ada rupa yang sedap mata memandang, anda harus menjadi seorang inluencer!

Bagaimana?

Betul ke hasilnya lumayan?

Anda mungkin dibayar melalui tajaan produk untuk projek bernilai lebih dari RM20,000, di samping faedah-faedah yang lain! Jika anda sangat popular, jenama besar sangat berkemungkinan menjadikan anda duta produk atau jenama mereka!

Pro & kontra

 

Akhir kalam

Diharapkan agar cara buat duit online ini dapat memudahkan urusan anda untuk mendapatkan kerja sampingan dan duit poket lebih dengan hanya bekerja secara online di rumah sahaja.

Semoga bermanfaat.