Bantuan ·

Cara Daftar BPR 2021 (Register Bantuan Prihatin Rakyat)

Cara Daftar BPR 2021 (Register Bantuan Prihatin Rakyat)

Bagi mana-mana individu yang masih lagi belum pernah buat permohonan BPR, BPN 2.0, BPN dan BSH, anda kini boleh mohon Bantuan Prihatin Rakyat. Izinkan kami berkongsi panduan dan cara daftar BPR 2021 secara online.

1. Cara daftar BPR 2021

Berikut ialah cara untuk buat pendaftaran BPR Hasil:
  1. Layari portal rasmi BPR di sini: bpr.hasil.gov.my
    • Elakkan typo, jangan tersilap dengan taip BRP dengan melayari https://brp.hasil.gov.my pula
    • Ini adalah Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), bukannya Bantuan Rakyat Prihatin (BRP).
  2. Anda akan tiba ke laman utama BPR
  3. Masukkan No MyKad
  4. Tekan butang Semak
  5. Jika anda masih belum mendaftar BPR, akan keluar ralat ini "ID pengenalan anda belum didaftarkan. Sila ke halaman Daftar Akaun untuk mendaftar"
  6. Klik Daftar Akaun
  7. Anda akan dipaparkan dengan beberapa Soalan Keselamatan untuk memastikan anda adalah pemilik akaun yang sah
  8. Sila jawab semua soalan yang diberikan
  9. Antara Soalan Keselamatan tersebut ialah:
    • Soalan pertama: Apakah poskod yang telah didaftarkan?
    • Soalan kedua: Apakah nombor pengenalan pasangan anda yang telah didaftarkan?
  10. Jika soalan tidak berkaitan dengan permohonan, sila masukkan TIADA
  11. Selepas menjawab dua (2) Soalan Keselamatan ini, anda boleh teruskan proses dan cara daftar BPR
  12. Di bahagian PENDAFTARAN BPR, sila semak dan masukkan maklumat berikut:
    • Nama
    • No Pengenalan
    • Kata Kunci Keselamatan
  13. Untuk Kata Kunci Keselamatan, masukkan apa-apa sahaja kata kunci yang mudah untuk anda kenal atau identify apabila masuk login BPR nanti. Ini bukan Kata Laluan atau password.
  14. Seterusnya, anda perlu menjawab lima (5) soalan lagi yang akan diberikan
  15. Antara soalan tersebut ialah:
    • Apakah tahun kelahiran ayah anda?
    • Apakah tahun kelahiran ibu anda?
    • Apakah warna kegemaran anda?
    • Apakah haiwan kegemaran anda?
    • Apakah lagu kegemaran anda?
    • Apakah buku kegemaran anda?
    • Apakah nama panggilan anda ketika kecil?
    • Apakah sukan kegemaran anda?
    • Apakah buah kegemaran anda?
  16. Soalan dan jawapan ini penting apabila anda mahu reset password jika terlupa. Jadi, jangan main-main di bahagian ini.
  17. Sila screenshot dan simpan untuk rujukan akan datang
  18. Tekan butang Teruskan
  19. Sekarang, masukkan Kata Laluan
  20. Untuk kekuatan password yang tinggi, masukkan gabungan huruf kecil, huruf besar, nombor dan simbol; sehingga indikator di bawah itu bertukar menjadi hijau
  21. Seterusnya, tekan butang Daftar
  22. Akan keluar makluman "Akaun telah berjaya didaftarkan. Sila ke halaman Log Masuk untuk ke menu BPR"
  23. Pendaftaran BPR anda kini sudah berjaya
  24. Selesai
Sila Log Masuk BPR untuk mula buat permohonan atau kemaskini BPR dengan maklumat terkini.

 

2. Perlu daftar BPR untuk penerima BSH dan BPN?

Untuk makluman, anda tidak perlu buat permohonan baru Bantuan Prihatin Rakyat. Boleh terus buat semakan BPR apabila dibuka nanti. Bagi yang tidak terima apa-apa bantuan, ikuti cara daftar BPR seperti di atas.

Bagi yang layak, untuk terima Bantuan Prihatin Rakyat 2021 yang terbaru ini, anda hanya perlu kemaskini BPR. Ini adalah untuk memastikan data dan maklumat peribadi anda adalah yang terkini agar mudah diproses oleh pihak LHDN.

Contoh perkara yang perlu dikemaskini adalah seperti berikut:

 

3. Maklumat lanjut Bantuan Prihatin Rakyat

Tentu sekali ada yang mahu tahu lebih lanjut tentang pendaftaran, cara kemaskini BPR, semakan, rayuan dan juga permohonan baru.

Jangan risau.

Jika anda adalah salah seorang yang sudah baca cara mohon BPR, namun masih lagi ingin tahu maklumat lanjut berkenaan pendaftaran BPR, permohonan BPR, kemas kini dan lain-lain lagi, sila hubungi nombor hotline BPR di Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di sini:

Alternatif lain, sila hubungi nombor hotline BPR di Kementerian Kewangan Malaysia di talian berikut: Anda juga boleh cuba hubungi Hasil Care Line (HCL) di talian berikut:

Akhir kalam

Diharapkan agar perkongsian cara daftar BPR ini dapat mengurangkan lagi beban anda. Selesaikan dulu berkenaan pendaftaran, barulah buat semakan Bantuan Prihatin Rakyat untuk mengetahui status kelulusan dan bayaran.

Pesan kepada adik-beradik, ibu-bapa dan kawan-kawan, sila hati-hati dengan scammer yang mengambil peluang untuk menipu.

Jangan berurusan dengan orang tengah. Jangan beri maklumat seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat rumah dan nombor telefon kepada pihak ketiga.

Semoga bermanfaat.