Kerjaya ·

Cara Daftar GrabFood Rider (Apply Kerja Online di grab.com/my)

Cara Daftar GrabFood Rider (Apply Kerja Online di grab.com/my)

GrabFood merupakan salah satu servis yang disediakan oleh syarikat Grab. Sama dengan Foodpanda dan ShopeeFood, GrabFood juga adalah perkhidmatan penghantaran makanan terus kepada pengguna. Dalam artikel ini, kami akan berkongsi cara daftar GrabFood rider, agar anda dapat menambah pendapatan.

Cari duit untuk tambah pendapatan dengan platform Grab ini, bukan hanya ada Grab Food sahaja. Kalau anda ada kereta, jemput baca cara daftar Grab driver pula untuk jadi pemandu secara part-time atau full-time.

Yang mencari alternatif kepada Grab Food, langkau artikel ini untuk terus baca cara jadi rider makanan seperti Foodpanda, Pop Meals (dulu dikenali dengan Dah Makan).

Bagi yang mempunyai kedai makan dan mencari rider yang boleh hantar makanan, boleh rujuk cara daftar Grab Food Merchant dan juga Foodpanda Merchant.

Sedikit mengenai Grab

Grab ataupun nama penuhnya GrabTaxi Holdings Pte. Ltd. Merupakan sebuah syarikat pengangkutan yang berpengkalan di Singapura.

Pernah mempunyai ibu pejabat di Malaysia sekitar tahun 2012-2014, syarikat ini menawarkan perkhidmatan ini melalui aplikasi di Singapura dan negara-negara Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia, Filipina, Vietnam, Thailand, Myanmar dan Kemboja.

Syarikat ini pernah mempunyai saingan yang menjalankan perkhidmatan yang sama iaitu Uber.

Tetapi, pada tahun 2018, Grab mengambil alih Uber untuk menjadi syarikat perkhidmatan secara perkongsian yang pertama di Asia Tenggara.

Aplikasi Grab menghantar teksi dan kereta peribadi yang diupah kepada penumpang yang berdekatan menerusi sistem perkongsian lokasi. Syarikat ini menembusi pasaran di banyak negara dan setiap kali berjaya menembusi pasaran di sesebuah negara, syarikat ini membelikan telefon pintar untuk pemandu yang bekerja dengan mereka di negara tersebut, dan pemandu itu dapat membayar ansuran setiap hari untuk telefon tersebut.

Syarikat ini membuat keuntungan dengan memotong bayaran tempahan.

Grab menjangkau terus ke pemandu teksi dengan menandatangani mereka di lapangan terbang, pusat penjaja, beratur teksi, dan depot. Syarikat itu juga mendidik pemandu teksi menggunakan telefon pintar dan aplikasi mudah alih mereka. Sebagai tambahan kepada bandar-bandar besar, Grab juga telah berjaya menembusi pasaran bandar kecil.

Kini, Grab mempunyai bukan sahaja servis pengangkutan untuk penumpang, malahan mempunyai servis lain seperti GrabExpress yang menghantar dokumen, bungkusan dan hadiah, serta Grabfood, servis penghantaran makanan.

Kelayakan Grab Food rider

Untuk menjadi seorang rider Grabfood, beberapa perkara perlu dilakukan. Pertama sekali, terdapat beberapa kriteria yang anda perlu penuhi jika anda ingin bergelar seorang rider untuk Grabfood.  

Cara daftar GrabFood rider

Sekiranya anda dapat memenuhi kriteria-kriteria ini, anda boleh menjadi rider. Berikut merupakan langkah yang anda perlu lakukan: Kami pasti anda sudah ikut cara daftar Grab Food seperti di atas.

Sekarang, perlu menunggu sekejap.

Pihak Grabfood akan menghubungi anda untuk anda menjalani latihan dan akhirnya, mengambil kit Delivery-Partner anda di Grab Driver Centre, Jaya One. Kemudian, kehidupan anda sebagai rider Grabfood bermula! Anda juga boleh terus ke Grab Driver Office atau mana-mana kiosk Grab untuk membuat pendaftaran menjadi rider SECARA OFFLINE.

 

Apa kebaikan menjadi rider GrabFood?

Jangan daftar GrabFood rider semata-mata untuk cari duit. Anda perlu tahu kelebihan menjadi seorang rider GrabFood yang tidak ada pada kerja-kerja yang lain.

Antaranya ialah:

 

Gaji Grab Food rider

 

Apa beza GrabFood dan Foodpanda rider?

Secara ringkasnya, terdapat beberapa perbezaan antara menjadi rider foodpanda dan Grabfood: Walau bagaimanapun, cara daftar Grab Food rider agak berlainan dengan Food Panda. Mohon rujuk pautan yang kami beri di atas tadi.

 

Akhir kalam

Kesimpulannya, tidak kira anda menjadi rider untuk foodpanda mahupun Grab rider, kerja sebegini adalah kerja yang mencabar dan sangat memenatkan, tetapi menyeronokkan kerana banyak pengalaman anda dapat peroleh, lebih-lebih lagi apabila berdepan pelanggan yang mempunyai kerenah yang berbeza.

Cara daftar GrabFood rider sudah ada. Kini, segala-galanya terletak pada diri sendiri. Mahu atau tidak mahu sahaja. Kalau rajin, dapatlah duit lebih.

Jika tidak minat untuk buat delivery makanan, boleh rujuk senarai kerja rider di Malaysia dan dialu-alukan untuk cuba kerja hantar barang seperti Lalamove, BungkusIT dan Shopee Express rider.

Tambahan lagi, kerja sebegini berbaloi untuk mencari duit poket lebih, serta untuk pelajar atau lepasan universiti mencari pengalaman kerja.

Biar kita susah, tak apa. Jangan sesekali menyusahkan orang lain terutama sekali mak ayah sendiri.

Semoga bermanfaat.