Kerjaya ·

Cara Daftar Lalamove Rider (Register Online di lalamove.com)

Cara Daftar Lalamove Rider (Register Online di lalamove.com)

Adakah anda salah seorang yang mencari kerja part time untuk tambah pendapatan? Kini, anda boleh cuba cara daftar Lalamove rider jika anda ada motosikal. Bukan itu sahaja, anda juga boleh baca cara daftar Lalamove driver jika anda ada kereta. Percayalah, di Malaysia ada banyak kerja. Hanya antara mahu atau tidak sahaja.

Apa itu Lalamove?

Sebelum itu, izinkan kami berkongsi serba sedikit mengenai Lalamove.

Pernahkah anda mendengar atau terbaca di mana-mana mengenai Lalamove? Apakah itu Lalamove? Lalamove merupakan servis pengangkutan logistik yang berpusat di Hong Kong. Pada asalnya, Lalamove dikenali sebagai EasyVan.

Telah bertapak dalam industri teknologi pengangkutan logistik sejak Disember 2013, Lalamove kini sudah mempunyai cawangan di beberapa buah negara di sekitar Asia, iaitu China, Hong Kong, India, Malaysia, Filipina, Singapura, Taiwan, Thailand dan Vietnam. Lalamove pada asalnya diasaskan oleh Chow Shing-yuk, yang merupakan CEO untuk syarikat ini.

Berbeza dengan penghantaran pos biasa ataupun servis penghantaran makanan seperti Foodpanda, Lalamove memfokuskan kepada penghantaran pelbagai barangan, yang merangkumi makanan, dokumen, barangan elektronik dan sebagainya. Sekiranya anda ingin membeli sesuatu barangan, anda, Lalamove akan:

 

Macam mana guna Lalamove?

Untuk memesan, anda perlu memaklumkan tempat barang anda untuk dibeli oleh pihak Lalamove, serta lokasi untuk anda mengambil barangan anda. Anda juga perlu menerangkan secara terperinci maklumat barangan anda, seperti jenama, jenis, harga, saiz, warna, serta kuantiti. Terdapat had pembelian untuk penghantaran menggunakan motorsikal dan kereta: Buat masa sekarang, Lalamove hanya menerima pelanggan dalam kawasan Klang Valley sahaja. Manakala untuk penghantaran, Lalamove menjalankan servis penghantaran ke seluruh Malaysia, kecuali ke kawasan daerah kepulauan.

 

Kelebihan kerja dengan Lalamove

Anda juga boleh membina karier anda dengan menjadi salah seorang daripada krew Lalamove.

Sama ada menjadi pemandu ataupun rider, anda mampu untuk menjalankan servis penghantaran kepada pelanggan dan menjana pendapatan anda dengan krew Lalamove yang menjalankan servis selama 24 jam setiap hari. Kelebihan menjadi krew Lalamove:

 

Syarat dan kelayakan jadi Lalamove rider

Keperluan untuk menjadi pemandu/rider Lalamove:  

Cara daftar Lalamove rider

Jika anda mempunyai motosikal, berikut ialah cara daftar sebagai rider Lalamove:  

 

Syarat dan kelayakan jadi Lalamove driver

Keperluan untuk menjadi pemandu atau driver Lalamove:  

Cara daftar Lalamove driver

Jika anda mempunyai kereta, berikut ialah cara daftar sebagai driver Lalamove:  

Training sebelum kerja dengan Lalamove

Bagi anda yang memilih untuk menjalankan latihan anda di Petaling Jaya, berikut merupakan hari dan masa yang anda boleh hadir untuk menjalankan latihan (kecuali pada cuti umum dan hari Ahad): Sekiranya anda memilih untuk menjalankan latihan secara online/virtual, anda mampu melakukannya pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

 

Akhir kalam

Semoga perkongsian cara daftar Lalamove rider dan driver ini serba-sedikit dapat membantu anda menambah pendapatan. Jika anda bekerja di tempat lain dan gaji tidak cukup, tidak salah mencuba Lalamove.

Daftar sekarang dan jana pendapatan anda serta nikmati pelbagai kemudahan dengan menjadi krew Lalamove.

Sebagai alternatif, jika anda ada motosikal tetapi masih tidak bersedia dengan jenama Lalamove, boleh cuba jadi rider Grabfood, rider Foodpanda dan rider DahMakan. Tengok mana satu yang sesuai dengan anda.

Semoga bermanfaat.