Cara Daftar MySejahtera (mysejahtera.malaysia.gov.my)
Semenjak tular wabak Coronavirus COVID-19 dan dengan adanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kita semua diarahkan untuk duduk di rumah. Jika ingin buat pergerakan, perlu buat permohonan Gerak Malaysia. Bukan itu sahaja, kita juga mempunyai aplikasi MySejahtera dan MyTrace. Untuk memudahkan semua, kami akan kongsikan cara daftar MySejahtera secara terperinci bermula dari proses pendaftaran dan login.
Klik sini juga untuk membaca cara daftar MySejahtera untuk syarikat. Ini adalah penting untuk mana-mana peniaga yang mempunyai bisnes atau premis perniagaan yang dikunjungi pelanggan dalam tempoh PKPP.
Izinkan kami berkongsi.
1. Apa itu MySejahtera?
MySejahtera mmerupakan aplikasi yang dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia. Ia adalah bertujuan untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak COVID-19 di Malaysia.MySejahtera membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan sendiri.
Pada masa yang sama, MySejahtera juga membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapat maklumat awal untuk mengambil tindakan yang cepat dan berkesan.
Dengan kata lain, MySejahtera boleh bantu Kerajaan Malaysia untuk bantu kita semua dalam melindungi diri dan keluarga dari Coronavirus COVID-19. Ia bertujuan untuk:
- Menilai tahap kesihatan terhadap risiko COVID-19 untuk diri kita dan keluarga
- Mendapatkan panduan kesihatan terkini berkaitan COVID-19
- Mendapatkan panduan tindakan yang perlu diambil berdasarkan kategori risiko COVID-19
- Mendapatkan maklumat lokasi fasiliti kesihatan yang berdekatan
- Menerima maklumat yang terkini dan panduan mengenai COVID-19 dari sumber yang sahih
2. Cara daftar MySejahtera
Berikut ialah langkah dan cara daftar MySejahtera seperti yang dikongsikan dalam laman web rasmi mysejahtera.malaysia.gov.my- Muat turun atau download dahulu aplikasi MySejahtera
- Klik Daftar Di Sini
- Daftar dengan nombor telefon atau email
- Masukkan OTP yang diterima melalui SMS
- Klik pautan pengesahan dalam email
- Anda kini berada dalam langkah 1 dalam proses daftar MySejahtera
- Masukkan atau kemaskini butiran pendaftaran
- Nama pengguna
- Nama penuh
- Nombor telefon
- Nombor Kad Pengenalan atau Passport
- Umur
- Jantina
- Bangsa
- Alamat semasa
- Anda kini berada dalam Langkah 2 dalam proses daftar MySejahtera
- Tetapkan Kata Laluan
- Tekan butang Sahkan
- Pendaftaran MySejahtera anda telah berjaya
- Anda akan menerima mesej "Terima kasih! Hampir selesai. Sila klik pautan di bawah untuk memuat turun aplikasi MySejahtera. ID Pengguna anda ialah idpengguna@gmail.com. Kata laluan anda adalah seperti yang dimasukkan dalam halaman sebelumnya"
- Tekan Tutup
- Kini anda sudah boleh login MySejahtera
3. Cara login MySejahtera
Berikut ialah langkah-langkah atau cara login MySejahtera. Pastikan anda sudah install app MySejahtera dan mengikuti cara daftar MySejahtera.- Buka aplikasi MySejahtera
- Tunggu sehinga siap loading sepenuhnya
- Masukkan ID Pengguna
- Klik Log Masuk
- Jika terlupa kata laluan, klik Lupa Kata Laluan
- Sekiranya semuanya berjalan lancar, anda boleh login MySejahtera
Akhir kalam
Mungkin anda rasa terlalu banyak mahu install. Apa-apa pun, kita percaya, kerajaan tahu apa yang terbaik untuk rakyat.Diharapkan agar perkongsian cara daftar MySejahtera ini dapat memudahkan lagi pencarian maklumat anda.
Semoga kita semua dilindungi dan dipelihara oleh Allah dari wabak COVID-19 ini.
Semoga bermanfaat.