Kerajaan ·

Cara Daftar MyVac (Register & Mohon Online di myvac.com.my)

Kalau nak cari duit lebih, inilah masanya. Mungkin tidaklah mewah, setidak-tidaknya dapat duit dengan jadi volunteer di PPV untuk urusan suntikan vaksin Covid-19. Jadi, izinkan kami berkongsi cara daftar MyVac.

1. Cara daftar sebagai sukarelawan MyVac di myvac.com.my

Berikut adalah cara untuk mendaftar sebagai sukarelawan MyVac:
  1. Layari myvac.com.my.
  2. Tekan butang Daftar.
  3. Isikan maklumat berikut:
    • Nama
    • No. kad pengenalan
    • Kata laluan
    • Umur
    • Jantina
    • Bangsa
    • Alamat rumah
    • Emel
    • No telefon
    • Pekerjaan (anda akan ditanya tentang butir organisasi bergantung sama ada anda bekerja, pelajar universiti, atau lain-lain)
    • Tekan Teruskan
    • Isikan Deklarasi Kesihatan. Tekan Teruskan.
    • Isikan Butir Pendedahan Covid-19.
    • Tekan Konfirmasi.
Belum selesai lagi. Sejurus selepas mendaftar di myvac.com.my, anda perlu pilih samada mahu jadi vounteer kesihatan atau bukan kesihatan.

Pastikan anda sudah daftar penerima vaksin. Jika belum, boleh rujuk cara daftar vaksin Covid AstraZeneca.

2. Daftar sukarelawan bukan kesihatan MyVac

Langkah 1: Langkah 2: Langkah 3:  

3. Daftar sukarelawan kesihatan MyVac

Langkah 1: Langkah 2: Langkah 3: Langkah 4:  

4. Login di myvac.com.my

Berikut adalah cara untuk login di myvac.com.my:
  1. Layari myvac.com.my.
  2. Tekan butang Log Masuk.
  3. Masukkan emel dan kata laluan.
  4. Tekan konfirmasi.
Kini, selaras dengan perlaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), rakyat Malaysia berusia 18-40 tahun dijemput untuk menjadi sukarelawan bagi mengisi keperluan tenaga kerja bagi menyokong perlaksaan PICK dengan berkesan. Anda boleh mendaftar di myvac.com.my.

Sebelum  itu, izinkan kami berkongsi sedikit maklumat mengenai MyVac, cara mendaftar dan memohon.

 

 

5. Kelayakan untuk jadi volunteer MyVac

Program ini terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dan sihat tubuh badan. Jika anda merupakan seorang pegawai perubatan, jururawat, penolong pegawai perubatan, pegawai pergigian, atau pegawai farmasi, anda layak untuk menjadi seorang Sukarelawan Kesihatan (tertakluk kepada Sijil Perakuan Pendataran Tahunan (APC) yang sah).

Terdapat dua jenis sukarelawan dan skop tugas mereka iaitu:

a) Sukarelawan Bukan Kesihatan

b) Sukarelawan Kesihatan  

6. Berapa elaun sukarelawan MyVac?

Bayaran saguhati sukarelawan akan diberikan mengikut kadar seperti di bawah: Kad pengenalan diri dan vest akan diberikan kepada setiap sukarelawan yang bertugas.

Di akhir program PICK, sijil untuk setiap sukarelawan juga akan dikeluarkan.

 

Akhir kalam

Semoga usaha anda menjadi sukarelawan akan melancarkan lagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan. Terima kasih atas usaha anda dan semoga lebih cepat kita mencapai “Herd Immunity”.

Semoga bermanfaat.