Bantuan ·

Cara Mohon Bakul Prihatin Negara JKM 2021 (Permohonan Bantuan Melalui Whatsapp)

Bagi anda yang menonton berita atau baru sahaja menerima SMS dari MKN berkenaan bantuan Bakul Prihatin Negera, izinkan kami berkongsi maklumat lanjut berkenaan cara mohon Bakul Prihatin Negara yang boleh dibuat melalui beberapa cara.

1. Cara mohon Bakul Prihatin Negara melalui Whatsapp 019-2615999

Ini adalah yang yang paling pantas. Namun, kami tidak pasti samada cara ini akan membolehkan anda cepat menerima reply atau tidak. Takut-takut double tick sahaja.

Berikut ialah langkah-langkah untuk memohon:

  1. Klik pautan ini https://wa.me/60192615999 ; atau
  2. Buka Contacts
  3. Save nombor 019-2615999 sebagai Bakul Prihatin Negara
  4. Hantar mesej Whatsapp ke contacts yang baru disimpan tadi
  5. Untuk panduan ringkas, berikut antara mesej yang boleh dihantar:

Salam,

Saya XXX

Saya berumur XX tahun dan sekarang tinggal di XXX bersama XXX

Sepanjang Covid-19 dan PKP, saya selalu terputus bekalan makanan.

Saya sangat-sangat berharap akan bantuan Bakul Prihatin Negara ini.

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi saya di talian 012-1234XXX

Jika anda sudah hantar mesej Whatsapp seperti di atas, mohon berikan maklumbalas di ruangan komen. Ada antara pembaca kami mengatakan bahawa sehingga 1 jam, masih lagi belum berbalas. Malahan, hanya single tick sahaja.

 

2. Cara mohon bantuan Bakul Prihatin Negara melalui Talian Kasih 15999

Jika anda jenis yang tidak suka taip mesej panjang-panjang melalui Whatsapp, boleh cuba langkah berikut:
  1. Pastikan telefon anda masih lagi mempunyai kredit
  2. Tekan nombor 15999
  3. Tunggu sehingga dijawab
  4. Jika berjawab, maklumkan pada Talian Kasih mengenai masalah ada
  5. Berikut adalah antara yang boleh dimaklumkan pada pihak sana

Assalamualaikum,

Saya XXX

Saya berumur XX tahun dan sekarang tinggal di XXX bersama XXX

Sepanjang Covid-19 dan PKP, saya selalu terputus bekalan makanan.

Saya sangat-sangat berharap akan bantuan Bakul Prihatin Negara ini.

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi saya di talian 012-1234XXX

 

3. Cara mohon Bakul Prihatin Negara melalui Bilik Gerakan JKM Daerah / Negeri

Anda boleh hubungi berdasarkan nombor telefon dan alamat seperti berikut:

IBU PEJABAT Jabatan Kebajikan Masyarakat Aras 6, 9-18 No 55, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya Telefon : 03 - 8000 8000 Faks : 03 - 8323 2045

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor Tingkat 4, Blok A, Bangunan Wisma Persekutuan, Jalan Air Molek, 80000 Johor Bahru, Johor. Tel : 07- 228 2971 / 07- 228 2972 Faks : 07- 224 0336 Emel : jkmn_johor@jkm.gov.my

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kelantan Blok 7, Kompleks Kota Darulnaim, 15503 Kota Bharu, Kelantan. Tel : 09-7416900 Faks : 09-7481264 Emel : jkm@kelantan.gov.my

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah Aras Bawah, Zon C, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Bandar Mu’adzam Shah 06550 Alor Setar Kota Setar, Kedah. Tel : 04-700 1700 Faks : 04-731 3407 Emel : jkmn_kedah@jkm.gov.my

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor Unit G6, Tingkat Bawah IDCC Shah Alam Jalan Pahat L, 15/L Seksyen 15 40200 Shah Alam, Selangor. Tel : 03-5545 5598 Faks : 03-5545 5229 Emel : jkmn_selangor@jkm.gov.my

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis Kompleks Pejabat Kerajaan Negeri 01000 Kangar , Perlis. Tel : 04-9731926 Faks : 04-979 1401 Emel : jkmn_perlis@jkm.gov.my

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka No. 36-2, Tingkat 2 Jalan KC 1 Bangunan Kota Cemerlang 75450 , Melaka. Tel : 06-232 4670 Faks : 06-231 9221 Emel : jkmn_melaka@jkm.gov.my

Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak Wisma Kebajikan Lot 4273, Blok 14 Off Jalan Siol Kanan 93050 Kuching, Sarawak. Tel : 082-449577 Faks : 082-448741 / 082-448455 Emel : welfare@sarawak.gov.my

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan Tingkat 1, Blok B, Wisma Negeri, Jalan Dato Abd. Malek, 70000 Seremban, Negeri Sembilan. Tel : 06 - 765 9555 Faks : 06 - 7629 541 Emel : jkmn_sembilan@jkm.gov.my

Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Negeri Sabah Tingkat 6 & 8, Blok B, Bangunan Wisma MUIS Jalan Sembulan, 88100 Kota Kinabalu, Sabah. Tel : 088-25 5133/ 088-25 5134 / 088-24 4228 Faks : 088-22 4983 / 088-31 8304 Emel : jpka_sabah@jkm.gov.my

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang Jalan Tanah Putih 25100 Kuantan, Pahang. Tel : 09-5650222 Faks : 09-5165185 Emel : jkmn_pahang@jkm.gov.my

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang Aras 35, Menara KOMTAR, 10564 Timur Laut, Pulau Pinang. Tel : 046505259 Faks : 042635964 Emel : jkmnpp@jkm.gov.my

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perak Lot 1516, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, Ipoh 30000 Kinta, Perak. Tel : 05-2545505 Faks : 05-2546505 Emel : -

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Terengganu Tingkat 1, Wisma Negeri, Jalan Pejabat 20564 Kuala Terengganu, Terengganu. Tel : 09-6222444 / 09-6274256/51 Faks : 09-6239864 Emel : jkmn_terengganu@jkm.gov.my

Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Tingkat 9, Grand Seasons Avenue No. 72, Jalan Pahang Kuala Lumpur 50564 , Kuala Lumpur. Tel : 03-40441188/03-26124000 Faks : 03-40428185 Emel : jkmn_kl@jkm.gov.my

Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Labuan Peti Surat 81212 Jalan Tun Mustapha 87022 Wilayah Persekutuan Labuan, Labuan. Tel : 087-424961 Faks : 087-418185 Emel : jkmn_labuan@jkm.gov.my

 

4. Apa barangan bantuan yang ada dalam Bakul Prihatin Negara?

Berikut adalah beberapa barangan asas yang bakal diterima oleh pemohon:
  1. Beras (5 Kg)
  2. Gula (1 Kg)
  3. Tepung (2 Kg)
  4. Bihun (400 Gm)
  5. Kicap (650 Ml)
  6. Sardin (230 Gm)
  7. Biskut
  8. Kopi
 

5. Siapa yang layak menerima bantuan ini?

Mana-mana rakyat Malaysia yang terkesan dengan COVID-19 layak memohon. Walau bagaimanapun,  setiap keluarga hanya layak untuk memohon satu permohonan Bakul Prihatin Negara.

Contohnya; jika satu keluarga ada 5 orang yang tinggal serumah, hanya seorang sahaja boleh buat permohonan.

 

6. Berapa lama akan terima bantuan?

Maklumat yang kami terima, pemohon bakal menerima bantuan Bakul Prihatin Negara ini dalam masa 24 jam selepas membuat permohonan.

Namun, mungkin lambat, mungkin cepat. Ini kerana penghantaran adalah bergantung kepada beberapa perkara berikut: