Bantuan ·

Cara Mohon BPR 2021 (Daftar Bantuan Prihatin Rakyat)

Cara Mohon BPR 2021 (Daftar Bantuan Prihatin Rakyat)

Ingin kami jelaskan di sini bahawa cara mohon BPR atau Bantuan Prihatin Rakyat secara online di portal MyBPR ini hanyalah untuk golongan yang tidak pernah terima BSH, BPN, BPN 2.0 dan juga tidak pernah bayar cukai pendapatan di LHDN.

Jadi, boleh terus langkau artikel ini untuk baca cara daftar BPR bagi pengguna baru & seterusnya cara mohon BPR.

Permohonan BPR secara ringkas

Secara ringkasnya, permohonan BPR adalah seperti di bawah:

  1. Sekiranya anda B40, iaitu penerima BSH, BPN dan BPN 2.0 sebelum ini, anda tidak perlu mohon. Hanya perlu login BPR rujuk cara kemaskini BPR 2021. Seterusnya, tunggu sahaja pengumuman untuk buat semakan BPR secara online.
  2. Sekiranya anda bukan penerima BSH, BPN dan BPN 2.0, tetapi berada dalam golongan M40 yang membayar cukai pendapatan di LHDN dan menepati kriteria kelayakan, juga tidak perlu mohon kerana sudah ada rekod sebagai pembayar cukai di LHDN.
  3. Akan tetapi, jika anda tidak termasuk dalan dua golongan di atas dan anda rasa diri anda perlu diberikan bantuan kerana tidak tergolong dalam golongan M40 mahupun T20, serta anda tidak pernah memohon bantuan BSH ataupun membayar cukai, sila buat permohonan baru yang tarikhnya akan diumumkan nanti.
Sila ambil maklum bahawa semakan pengesahan data akan dibuat dan bantuan secara adil akan diberikan kepada mereka yang layak untuk mohon BPR Hasil 2021.

Cara mohon BPR 2021 (Bantuan Prihatin Rakyat)

Pertama sekali, sila baca kriteria di atas terlebih dahulu. Jika tidak tidak pernah mohon bantuan apa-apa sebelum ini, baru mohon. Jika tidak, kemaskini sahaja di bpr.hasil.gov .my.

Permohonan baru Bantuan Prihatin Rakyat

Sila pastikan proses pendaftaran BPR sudah berjaya terlebih dahulu. Selepas itu, ikuti langkah untuk buat permohonan BPR seperti di bawah:
  1. Layar laman web rasmi BPR di sini: https://bpr.hasil.gov.my
  2. Untuk direct link Permohonan Baru, boleh terus klik sini: https://bpr.hasil.gov.my/PermohonanBPR.aspx
  3. Permohonan BPR ini terbahagi kepada 3 bahagian yang boleh dilihat di bahagian atas laman iaitu:
    • Permohonan
    • Pengesahan
    • Hantar
  4. Kita mulakan dengan bahagian Permohonan terlebih dahulu
  5. Untuk bahagian yang pertama iaitu Permohonan, sila lengkapkan Maklumat Pemohon seperti berikut:
    • No MyKad (tekan butang Semak untuk sahkan Nombor Kad Pengenalan)
    • Nama
    • Umur
    • Jantina
    • No Telefon Rumah
    • No Telefon Bimbit
    • Pekerjaan
    • Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon dan Pasangan)
    • Status Perkahwinan
    • Alamat
    • Poskod
    • Negeri
    • Bandar
    • Nama Bank
    • No Akaun Bank
    • Alamat Emel
  6. Masih lagi di bahagian Permohonan, anda dikehendaki muat naik atau upload Dokumen Sokongan seperti:
    • Sijil Kahwin
    • Sijil Cerai
    • Sijil Kematian Pasangan
    • Pengesahan Pasangan
    • Pengesahan Bank
  7. Seterusnya, tekan butang Muat Naik
  8. Untuk Maklumat Wakil, pilih salah satu:
    • Ada Wakil
    • Tiada Wakil
  9. Kita mulakan dengan bahagian Permohonan terlebih dahulu
  10. Tekan butang Teruskan
  11. Sekarang, anda berada di bahagian Pengesahan
  12. Akan ada mesej "Untuk teruskan proses permohonan, sila isi Captcha dan tandakan pengakuan untuk paparkan bahagian Simpan / Hantar"
  13. Masukkan Captcha seperti yang tertera
  14. Klik Sahkan Captcha
  15. Di bahagian Akuan Pengesahan, sila tick ruangan tersebut
  16. Ini bermaksud anda bersetuju dengan syarat-syarat permohonan yang telah ditetapkan
  17. Klik butang Hantar jika anda bersetuju dengan syarat-syarat permohonan yang telah ditetapkan
  18. Permohonan BPR 2021 sudah selesai
 

Jumlah amaun bayaran BPR 2021

Cara mohon BPR 2021 sudah dikongsikan di atas. Bagaimana pula dengan jumlah bantuan yang bakal diterima?

 

#1 Gaji kurang RM2,500 (bujang)

Individu bujang berpendapatan RM 2,500 ke bawah pula, akan menerima bantuan RM350. Tidak sekadar itu, had umur kelayakan individu bujang diturunkan kepada 21 tahun, berbanding syarat sebelum ini, iaitu 40 tahun.

 

#2 Gaji kurang RM2,500

Isi rumah berpendapatan bulanan kurang RM2,500 dan mempunyai sehingga seorang anak akan menerima bantuan sebanyak RM 1,200, manakala isi rumah yang mempunyai dua orang anak atau lebih akan menerima bantuan sebanyak RM 1,800

 

#3 Gaji antara RM2,501 hingga RM4,000

Bagi isi rumah berpendapatan bulanan antara RM 2,501 hingga RM 4,000 dan mempunyai sehingga seorang anak, bantuan BPR sebanyak RM 800 akan disalurkan, manakala isi rumah yang mempunyai dua orang anak atau lebih akan menerima bantuan sebanyak RM 1,200

 

#4 Gaji antara RM4,001 hingga RM5,000

Kerajaan turut akan membantu kumpulan isi rumah berpendapatan bulanan antara RM 4,001 hingga RM 5,000. Kategori ini akan menerima RM500 bagi yang mempunyai sehingga seorang anak dan bantuan RM 750 kepada isi rumah yang mempunyai dua orang anak atau lebih

 

Pertanyaan tentang kemas kini Bantuan Prihatin Rakyat

Jika anda adalah salah seorang yang sudah baca cara mohon BPR, namun masih lagi ingin tahu maklumat lanjut berkenaan pendaftaran BPR, permohonan BPR, kemas kini dan lain-lain lagi, sila hubungi nombor hotline BPR di Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di sini:

Waktu operasi talian hotline BPR ini bermula pada jam 9 pagi hingga 5 petang setiap Isnin hingga Jumaat.

Alternatif lain, sila hubungi nombor hotline BPR di Kementerian Kewangan Malaysia di talian berikut:

Anda juga boleh cuba hubungi Hasil Care Line (HCL) di talian berikut:

Akhir kalam

Diharapkan agar perkongsian cara mohon BPR 2021 ini akan mengurangkan beban keluarga anda.

Pesan kepada adik-beradik, ibu-bapa dan kawan-kawan, sila hati-hati dengan scammer yang mengambil peluang untuk menipu.

Jangan berurusan dengan orang tengah. Jangan beri maklumat seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat rumah dan nombor telefon kepada pihak ketiga.

Mari kita semua berdoa agar penularan wabak Coronavirus COVID-19 cepat hilang dari muka bumi ini.

Semoga bermanfaat.