Bantuan ·

Bantuan Khas Ibu Tunggal BKIT 2020 (Permohonan Online)

Memang agak mengecewakan apabila semua pautan untuk daftar ibu tunggal bagi mendapatkan bantuan PENJANA ibu tunggal tidak boleh diakses. Mungkin memang tidak aktif ataupun mungkin juga sedang diselenggara. Kini tidak lagi, JPW telah mengumumkan beberapa cara mohon Bantuan Khas Ibu Tunggal (BKIT) yang boleh dibuat secara online mengikut negeri di seluruh Malaysia.

Bayaran bantuan sebanyak RM300 ini akan diberikan sebelum Hari Raya Haji 2020.

Persediaan sebelum mohon Bantuan Khas Ibu Tunggal 2020

Untuk persediaan, anda cuma perlukan perkara berikut:
  1. Email GMail dari Google
  2. Apabila anda daftar GMail dari Google, secara automatik akaun Google akan tercipta.
  3. Sediakan dokumen sokongan terlebih dahulu. Ini adalah untuk mengelakkan pembaziran masa mengisi borang berulang-ulang kali
Klik sini untuk mendaftar akaun Google terlebih dahulu.

 

Kelayakan untuk mohon BKIT online

Adakah anda layak untuk buat permohonan BKIT ini?

Syarat asas kelayakan adalah seperti berikut:

Berdasarkan Pelan Tindakan Pemerkasaan Ibu Tunggal (2015-2020), KPWKM mengambil kira ibu tunggal berdasarkan definisi berikut: Secara ringkasnya:  

Cara mohon BKIT (Permohonan online bantuan khas ibu tunggal)

Setelah siap daftar akaun Google dan memastikan anda layak untuk buat permohonan BKIT ini, sila rujuk cara di bawah untuk buat permohonan bantuan khas ibu tunggal secara online.

Untuk makluman, dalam panduan ini, kami gunakan negeri Selangor sebagai contoh. Ini kerana semua permohonan BKIT menggunakan format yang sama melalui Gooogle Form.

Untuk negeri-negeri lain, sila rujuk link untuk borang seperti di bahagian seterusnya di bawah.

Bahagian I (Maklumat)

  1. Sila pastikan anda mempunyai akaun Google. Jika belum, rujuk panduan di bahagian atas
  2. Sign In ke dalam Google Account anda
  3. Klik sini untuk borang online untuk mohon online mengikut negeri
  4. Sila pastikan anda berada di negeri yang betul
  5. Masukkan Maklumat Peribadi seperti berikut untuk mohon bantuan khas ibu tunggal:
    • Nama
    • Kategori Kad Pengenalan
      • IC (MyKad)
      • Nombor Tentera
      • Nombor Polis
    • Nombor Kad Pengenalan
    • Nama Bank
    • Nombor Akaun Bank
    • Bangsa
      • Melayu
      • Cina
      • India
      • Bumiputera Sabah
      • Bumiputera Sarawak
      • Lain-lain
    • Agama
      • Islam
      • Buddha
      • Kristian
      • Hindu
      • Lain-lain
    • Alamat Tetap
    • Pekerjaan
    • Pejabat PPWN/Negeri
    • Parlimen
    • DUN
    • Nombor Telefon Rumah
    • Nombor Telefon Bimbit
    • Email
    • OKU
    • Pernah mendaftar E-Kasih?
  6. Masukkan Maklumat Waris seperti berikut untuk teruskan proses mohon BKIT:
    • Nama Waris
    • Hubungan dengan Waris
    • Nombor Telefon Waris
  7. Masukkan Maklumat Tanggungan seperti berikut:
    • Bilangan Anak
    • Nama Anak berserta Nombor MyKid / MyKad/ Sijil Pengangkatan daripada JPN
  8. Isikan Maklumat Bantuan Diterima seperti berikut, samada pernah terima bantuan kebajikan atau tidak:
    • Jabatan Kebajikan Masyarakat
    • Baitulmal / Pusat Zakat
    • Swasta / Individu
    • Jenis Bantuan Yang Diterima
      • Rumah (Ya / Tidak)
      • Pendidikan Anak (Ya / Tidak)
      • Barangan Dapur (Ya / Tidak)
      • Air / Elektrik (Ya / Tidak)
      • Pakaian (Ya / Tidak)
      • Rumah (Ya / Tidak)
    • Jumlah Bantuan Yang Diterima (Dalam Ringgit Malaysia)
  9. Tekan butang Next
 

Bahagian II (Senarai Semak)

Pastikan anda mengisi borang di atas elok-elok. Ini kerana di bahagian ini, anda perlu memuat naik lampiran dokumen sokongan untuk pengesahan.

Dokumen sokongan yang diperlukan ialah:

 

Borang online bantuan khas

Izinkan kami berkongsi link dari Jabatan Pembangunan Wanita yang boleh diakses untuk membuat permohonan.

Boleh rujuk pautan seperti di bawah yang dikategorikan mengikut negeri:

 

Borang permohonan BKIT Utara:

  1. Perlis
  2. Kedah
  3. Pulau Pinang
  4. Perak
 

Borang permohonan BKIT Tengah:

  1. Selangor
  2. Wilayah Persekutuan
 

Borang permohonan BKIT Selatan:

  1. Johor
  2. Negeri Sembilan
  3. Melaka
 

Borang permohonan BKIT Pantai Timur:

  1. Pahang
  2. Terengganu
  3. Kelantan
 

Borang permohonan BKIT Sabah & Sarawak:

  1. Sabah
  2. Sarawak
 

Akhir kalam

Kami menyambut baik inisiatif kerajaan dalam PENJANA yang diumumkan baru-baru ini.

Langkah JPW juga yang hanya menggunakan Google Form sahaja perlu diberikan pujian. Google Form di bawah Google Docs ini adalah percuma. Ini secara tidak langsung mengurangkan lagi perbelanjaan kerajaan untuk membina sistem dengan kos yang mahal.

Kepada semua ibu tunggal yang layak di sana, cubalah cara mohon BKIT ini.

Jika ada rezeki, adalah. Jika tak ada, jangan putus asa. Berusaha cara lain pula.

Semoga bermanfaat.