Bantuan ·

Cara Mohon GKP 3.0 (Permohonan Geran Khas Prihatin 2021)

Bagi mana-mana usahawan PKS / SME yang terlepas untuk memohon Geran Khas Prihatin (GKP 1.0 dan GKP 2.0) tempohari, kini anda mempunyai peluang untuk mohon GKP 3.0. Ingat, jangan sampai terlepas lagi kali ini.

Untuk tahun 2021, sila buat permohonan GKP 4.0

Makluman:

Izinkan kami berkongsi.

1. Cara mohon GKP 3.0 (Geran Khas Prihatin PEMERKASA)

Sila ambil perhatian. Untuk buat permohonan baru GKP 3.0, anda perlu buat pendaftaran untuk mohon melalui sistem online. Jika masih lagi belum buat, sila baca cara daftar GKP 3.0 terlebih dahulu.

Setelah selesai proses pendaftaran, ikuti cara untuk membuat permohonan GKP 3.0 seperti di bawah:

  1. Layari laman web atau portal rasmi GKP 3.0 di sini: https://gkp.hasil.gov.my
  2. Jangan salah taip GPK 3.0 pula; atau masuk https://gpk.hasil.gov.my
  3. Portal GPK 3.0 tidak wujud, yang ada hanya GKP 3.0 sahaja
  4. Sila login GKP 3.0 dengan klik pautan Log Masuk
  5. Di bahagian ID Pengguna, masukkan Nombor MyKad anda
  6. Pastikan anda masukkan Nombor MyKad baru yang mempunyai 12-digit
  7. Jangan masukkan sempang (-)
  8. Contohnya, jika Nombor Kad Pengenalan ialah 960101-01-5465, masukkan 960101015465
  9. Tekan butang Semak
  10. Sekiranya anda memang belum pernah buat permohonan GKP 1.0, anda akan menerima ralat ini "ID pengenalan belum didaftarkan. Sila Ke Halaman Daftar Akaun Untuk Mendaftar"
  11. Masukkan Nombor Kad Pengenalan sekali lagi
  12. Tekan butang Cari
  13. Akan keluar paparan ini "Untuk teruskan proses Semakan, sila isi captcha dan tekan butang Semak."
  14. Masukkan Captcha seperti yang terpapar
  15. Jika anda tersalah masukkan Captcha, akan keluar paparan ini "Peringatan! Captcha yang dimasukkan tidak tepat. Sila isikan semula."
  16. Tekan butang Semak
  17. Tekan butang Permohonan Baharu
  18. Anda kini dapat melihat borang permohonan GKP 3.0
  19. Ada beberapa bahagian yang anda perlu isi untuk mohon GKP 3.0 seperti:
    • Maklumat Pemohon
    • Maklumat Entiti Perniagaan
    • Pengesahan
  20. Sila lengkapkan bahagian Maklumat Pemohon. Antara yang perlu diisi ialah:
    • Nama Pemohon
    • Nombor MyKad
    • Jantina
    • Nombor Telefon Bimbit
    • Alamat Surat Menyurat
    • Nama Akaun Bank Persendirian Pemohon
    • Nombor Akaun Bank Persendirian Pemohon
    • Status Perkahwinan
  21. Sila lengkapkan bahagian Maklumat Entiti Perniagaan. Antara yang perlu diisi ialah:
    • Jenis Perniagaan
    • Nombor Cukai Pendapatan
    • Nama Perniagaan Pemilik Tunggal / Syarikat / Perkongsian
    • Nombor Pendaftaran Syarikat
    • Tarikh Mula Beroperasi
    • Nombor Lesen Perniagaan
    • Alamat Premis Perniagaan
  22. Selepas siap, klik tab Pengesahan di bahagian atas
  23. Buat pengesahan Captcha dengan mengisi paparan Captcha seperti yang terpapar di skrin
  24. Tekan butang Sahkan Captcha
  25. Kini anda berada di bahagian Akuan Pengesahan
  26. Jika anda bersetuju dengan syarat-syarat yang ditetapkan sila tick ruangan berkenaan.
  27. Klik butang Hantar
  28. Mesej makluman penghantaran borang permohonan GKP 3.0 berjaya akan dipaparkan
 

2. Siapa yang layak untuk buat permohonan GKP 3.0?

Berikut ialah syarat kelayakan yang melayakkan seseorang itu untuk memohon Geran Khas Prihatin 3.0:  

3. Siapa yang tidak perlu mohon GPK 3.0?

Berikut pula ialah kriteria yang tidak melayakkan seseorang itu untuk memohon Geran Khas Prihatin 3.0:  

4. Bila boleh buat permohonan baru Geran Khas Prihatin 3.0?

Tarikh untuk buat permohonan GKP 3.0 adalah seperti berikut: Jadi, bermula 1 April 2021, mana-mana usahawan atau peniaga kecil yang berminat untuk mendapatkan bantuan ini, anda boleh mula mohon GKP 3.0 melalui portal rasmi GKP Hasil.

Selepas tarikh tutup yang akan dimaklumkan nanti, permohonan ini akan terus diproses oleh LHDN. Selepas tarikh semakan diumumkan nanti, barulah anda hanya boleh buat semakan GKP 3.0 untuk melihat status samada lulus atau tidak.

 

5. Berapa jumlah bantuan GPK 3.0?

Bantuan GKP 3.0 PEMERKASA ini akan diberikan sekali sahaja. Berbeza dengan bantuan GKP sebelum-sebelum ini, jumlah bantuan one-off GKP 3.0 ini  adalah sebanyak RM1,000 sahaja.

 

6. Maklumat lanjut mengenai GPK 3.0

Sekiranya anda perlukan maklumat yang lebih lanjut tentang proses permohonan GKP 3.0 yang baru, kemaskini, semakan Geran Khas Prihatin 3.0 dan juga proses rayuan, anda boleh hubungi Hasil Care Line (HCL) di talian berikut:
  • 03- 89111000
Kami nasihatkan agar anda tidak tanya berkenaan tarikh GKP 3.0 bila masuk pula. Sila hubungi jika anda sedar duit tidak masuk ke dalam akaun bank. Boleh buat semakan dengan LHDN dan jugak pihak bank samada ada masalah pengkreditan atau tidak.

Akhir kalam

Kepada peniaga atau usahawan PKS / SME di luar sana yang mohon GKP 3.0 ini, manfaatlah bantuan PEMERKASA dari kerajaan ini sebaiknya. Naikkan semula bisnes dan kecapi kejayaan seperti sebelum PKP. Yang paling penting sekali, berniagalah dengan jujur.

Sekiranya semua berjalan lancar, tunggu sahaja pengumuman dari kerajaan tentang tarikh bila GKP 3.0 akan dibayar.

Semoga bermanfaat.