Cara Tukar Nombor Telefon KWSP (Kemaskini No Baru)
Sekiranya anda adalah salah seorang ahli KWSP yang mempunyai masalah untuk menerima SMS OTP / TAC semasa mohon i-Citra (mahupun i-Sinar dan i-Lestari sebelum ini), ada kemungkinan nombor telefon anda ada masalah. Jika ini berlaku, anda perlu tukar nombor telefon KWSP yang pernah didaftarkan sebelum ini.
Antara masalah tersebut ialah:
- Nombor yang didaftarkan di i-Akaun KWSP adalah nombor lama
- Nombor prepaid tersebut sudah expired
- Nombor postpaid tersebut telah ditamatkan perkhidmatan
- Telefon hilang atau kena curi, dan anda tidak gunakan lagi nombor tersebut
- Anda beli dan daftar nombor baru
- No baru masih lagi belum didaftarkan ke dalam i-Akaun
1. Cara tukar nombor telefon KWSP (melalui kiosk)
- Hadirkan diri ke mana-mana lokasi yang mempunyai kiosk KWSP
- Antaranya ialah:
- Cawangan KWSP
- Senarai penuh, rujuk sini: https://www.kwsp.gov.my/ms/reach-us/offices-kiosks
- Urban Transformation Centre (UTC)
- Senarai penuh, rujuk sini: https://www.utc.my/hubungi/
- Bank-bank terpilih
- Cawangan KWSP
- Sentuh skrin dan buat pilihan bahasa
- Masukkan MyKad di tempat yang disediakan di bahagian sebelah kiri kiosk
- Letakkan ibu jari kanan anda pada ruangan yang disediakan untuk pengesahan identiti
- Seterusnya, ikut arahan seperti yang terpapar di skrin untuk tukar no telefon KWSP
- Bagi yang tidak tahu guna, rujuk cara menggunakan kiosk KWSP
- Jika masih lagi mengalami kesukaran, minta bantuan kepada staff KWSP di premis tersebut
2. Boleh tukar no telefon KWSP secara online?
Hasil semakan kami, tidak ada cara untuk kemaskini no telefon KWSP secara atas talian. Mungkin ada sebab-sebab tertentu KWSP tidak membenarkan ahli menukar nombor telefon secara atas talian.
3. Ada masalah untuk update phone number KWSP?
Sekiranya anda masih lagi tidak boleh kemas kini, ada beberapa cara untuk hubungi pihak KWSP dan bertanyakan pihak mereka tentang permasalahan ini:Hubungi KWSP secara online
- Layari https://www.kwsp.gov.my/ms/reach-us/connect-with-us
- Di bahagian Apa yang anda mahu lakukan?, pilih salah satu seperti di bawah:
- Pertanyaan
- Cadangan
- Pujian
- Aduan
- Semak Status Pertanyaan
- Ikuti arahan seperti yang terpapar di skrin sehingga selesai
Hubungi KWSP melalui nombor telefon
- Boleh gunakan talian 03-8922 6000
- Masa operasi ialah pada hari Isnin - Jumaat
- Waktu operasi ialah dari jam 8.00 pagi - 5.00 petang
Akhir kalam
Diharapkan agar perkongsian berkenaa cara tukar nombor telefon KWSP ini akan memudahkan lagi urusan anda.Semoga bermanfaat.