Contoh Soalan PKSK 2022 (Kemasukan SBP Tingkatan 1 & 4)
Sila ambil perhatian bahawa ini bukanlah soalan sebenar. Contoh soalan PKSK ini cuma berdasarkan soalan dan jawapan UKSBP tahun-tahun sebelum ini.
Langkau artikel ini untuk dapatkan contoh soalan UKKM MRSM bagi yang buat permohonan kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA Tingkatan 1 dan 4.
Contoh soalan PKSK 2021
Berikut ialah perkongsian dari ibu-bapa yang sudah selesai menghantar anak-anak mereka menjalani ujian PKSK.Walau bagaimanapun, ini hanyalah sekadar panduan semata-mata. Baca boleh, cuma jangan bergantung harapan 100% dengan tajuk yang diberikan.
Soalan soalan Artikulasi Penulisan PKSK (Karangan / Esei)
Ada ibu-bapa berkongsi yang soalan-soalannya agak senang. Dalam soalan berbentuk karangan ini, pelajar akan diberikan tiga tajuk dan boleh pilih salah satu.Antara tajuk karangan artikulasi penulisan PKSK 2020 adalah seperti berikut:
- Bagaimana cara untuk mencegah Covid-19 ?
- Bagaimana cara untuk menyesuaikan diri dalam norma baharu Covid-19?
- Bagaimanakah cara untuk pergi ke sesuatu tempat yang lain semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlangsung?
- Apakah aktiviti anda semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)?
- Bagaimana cara anda belajar di rumah secara atas talian dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)?
- Bagaimana untuk terus hidup sekiranya anda terdampar di sebuah pulau yang tiada penghuni?
- Bagaimana didikan agama boleh mengurangkan masalah sosial
- Bagaimana hubungan keluarga boleh mengurangkan masalah sosial
- Bagimana pengaruh rakan sebaya boleh menyebabkan masalah sosial
- Pengurusan diri di asrama
“Sekiranya anda menadapat cabutan bertuah sebanyak RM100,000, apakah yang anda menggunakan duit itu secara berhemah?”
Jangan bimbang. Jika anak-anak sudah berlatih membuat karangan untuk menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) sebelum ini, pasti mudah untuk menjawab soalan ini.
Jumlah perkataan penulisan esei
Bagi kemasukan Tingkatan 1 2021, pelajar perlu membuat penulisan esei sekurang-kurangnya 100 patah perkataan.
Manakala bagi kemasukan Tingkata 4 2021, pelajar perlu menulis esei mengikut tajuk yang diberikan sekurang-kurangnya 250 patah perkataan.
Masa yang diberikan hanya 45 minit.
Tips untuk Artikulasi Penulisan
Ibu-bapa juga disarankan agar menasihatkan agar bersedia dengan mencari points yang penting untuk ditulis semasa ujian berlangsung.
Bagi ibu-bapa lain yang sudah selesai menduduki ujian ini, mohon kongsikan tajuk-tajuk lain di ruangan komen di bawah. Kami akan kemaskini contoh soalan PKSK di sini.
Sama-sama kita bantu yang lain. Dapat masuk SBP / SMKA atau tidak, itu adalah urusan Allah.
Maklumat tambahan PKSK
Tiada soalan dwi-bahasa kerana semua soalan adalah dalam Bahasa Melayu. Ada banyak soalan PKSK yang berbentuk keperibadian.
Soalan-soalan tahun sebelum ini
PKSK mempunyai 3 komponen penting iaitu:- Kecerdasan Insaniah (EQ, SQ dan SSQ) yang meliputi 20% dari keseluruhan markah ujian
- Kecerdasan Intelek (IQ, Pengetahuan Am dan Penyelesaian Masalah) yang meliputi 70% dari keseluruhan markah ujian
- Artikulasi Penulisan (yang telah dikongsikan di atas) menyumbang 10% dari kesemuanya
- Walaupun cuma sekadar menyumbang 10% dari keseluruhan markah, penulisan esei masih lagi penting. Kegagalan pelajar menjawab dengan baik akan menyebabkan kehilangan markah yang agak tinggi.
- Nama nama pengasas Facebook?
- Siapakah nama bapa pembangunan Malaysia?
- Antara berikut manakah kuih tradisional Sarawak?
- Jika kamu makan malam bersama keluarga kamu, apa kamu akan buat?
- Jika kamu dibuli di asrama, apa perlu kamu buat?
- Apakah tasik buatan manusia?
- Ladang apakah yang tidak diusahakan di Malaysia?
- Model Preve itu, Proton atau Perodua?
- Siapakah orang pertama yang mencipta kereta?
- Bilakah tahun penubuhan Malaysia?
- Ziyad atlet sukan apa?
- Apakah suku kaum terbesar di Sabah?
- Siapakah pemain squash wanita no 1 dunia?
- Apakah unit mengukur kekuatan gempa bumi?
- Apakah sinonim untuk perkataan amalan?
- Apakah perkara yang perlu dilakukan sebelum mengulangkaji?
- Berapakah wilayah yang ada di Malaysia?
- Apakah yg perlu dilakukan apabila jumpa pengemis di jalanan?
- Apakah senjata kebesaran diraja?
- Anda rosakkan kalkulator kawan, apakah tindakan anda?
- Labu sayong berasal dari negeri mana?
- Siapakah penjajah pertama Malaysia?
- Siapakah orang yang pertama mencipta lampu?
- Genting Highland terletak di mana?
- Apakah tarian terkenal di Johor?
- Siapakah yang mencipta bendera Malaysia?
- Siapakah orang yang mencipta telefon?
- Siapakah yang mencipta kapal terbang?
- Kalau rindu ibu bapa apa perlu dibuat?
- Kalau kawan bergaduh apa tindakan anda?
- Apakah nama ibu negara Malaysia?
- Sungai Gombak berhubung dengan sungai apa?
- Beryl jenama apa?
- Adat pepatih dr negeri mana
- Le tour de Langkawi sukan apa?
- Kalau tak sesuai tinggal di asrama, nak buat apa?
- Anda sudah siapkan 3 muka surat kerja Matematik, tiba-tiba adik umur 8 tahun koyak kan. Apakah tindakan anda?
- Kawan-kawan sekeliling tak suka dengar ceramah, apakah tindakan anda?
- Kalau tersepak bola dan terkena tingkap, apa perlu dibuat?
- Kalau rumah kawan terbakar, nak buat apa?
- Kalau bising, ketua kelas dan murid perlu buat apa?
- Jika kawan yg dikenali melalui Facebook ajak berjumpa, apakah tindakan anda?
- Siapa nama pemain bola sepak Sepanyol?
- Apa gelaran kepada jaguh pecut basikal Negara?
- Apa nama tasik yang terkenal di Terengganu?
- Muzik dan lagu untuk negeri contoh Dondang Sayang.
- Wau dari negeri apa?
- Pulau Pangkor terletak di mana?
- Bangunan Sultan Abdul Samad terletak di mana?
- Kalau bendera jatuh, apa nak buat?
- Siapakah Perdana Menteri Malaysia ke-8?
Peringatan & tips untuk jawab soalan ujian PKSK
Contoh soalan PKSK sudah dikongsikan di atas. Kini, izinkan kami berkongsi beberapa tips dan peringatan semasa mengambil ujian ini.- Untuk soalan-soalan EQ, SQ dan SSQ, pilihlah jawapan yang paling positif.
- Untuk soalan IQ, Pengetahuan Am dan Penyelesaian, ambil tahu hal semasa negara, sukan, fakta umum, sejarah negara dan lain-lain lagi
- Untuk soalan Matematik, kuasai peratus, operasi bergabung dan juga nisbah
Akhir kalam
Contoh soalan PKSK yang ada di sini adalah hasil perkongsian dari ibu-bapa yang cakna di Whatsapp, Telegram dan juga Facebook.
Jika anda juga salah seorang dari ibu-bapa yang sama-sama menghantar anak menduduki PKSK, jika tidak keberatan, sudi-sudikanlah berkongsi.
Semoga semua urusan untuk mengambil ujian PKSK ini dipermudahkan. Bagi yang belum check tawaran menduduki ujian, sila buat semakan UKKM untuk MARA dan juga semakan PKSK untuk SBP / SMKA.
Semoga proses permohonan PKSK dan hajat untuk memasuki SBP / SMKA 2021 nanti akan menjadi kenyataan.
Semoga bermanfaat.