Kerjaya ·

Gaji Minimum 2020 (Di Bandar-bandar Utama di Malaysia)

Tidak kira anda warganegara Malaysia (Semenanjung, Sabah, Sarawak) atau warga asing, gaji minimum 2020 adalah sama. Gaji minimum yang ditetapkan kerajaan ialah RM1,200.

Gaji minimum 2020

Ini adalah ringkasan dari dokumen rasmi Perintah Gaji Minimum 2020 dari Kementerian Sumber Manusia.

Kadar gaji minimum di kawasan Majlis Bandaraya atau Majlis Perbandaran

Kadar gaji minimum yang kena dibayar kepada seseorang pekerja yang bekerja di suatu tempat kerja dalam mana-mana kawasan Majlis Bandaraya atau Majlis Perbandaran sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual hendaklah seperti yang berikut:

Kawasan Majlis Bandaraya (Layak gaji minimum 2020)

  1. Johor Bahru
  2. Iskandar Puteri
  3. Alor Setar
  4. Melaka Bersejarah
  5. Pulau Pinang
  6. Seberang Perai
  7. Ipoh
  8. Shah Alam
  9. Petaling Jaya
  10. Kuala Terengganu
  11. Kuching Utara
  12. Kuching Selatan
  13. Miri
  14. Kota Kinabalu
  15. Kuala Lumpur
  16. Seremban

Kawasan Majlis Perbandaran (Layak gaji minimum 2020)

  1. Batu Pahat
  2. Kluang
  3. Kulai
  4. Muar
  5. Segamat
  6. Pasir Gudang
  7. Kulim
  8. Sungai Petani
  9. Langkawi
  10. Kubang Pasu
  11. Kota Bharu
  12. Alor Gajah
  13. Jasin
  14. Hang Tuah Jaya
  15. Port Dickson
  16. Jempol
  17. Kuantan
  18. Temerloh
  19. Bentong
  20. Manjung
  21. Kuala Kangsar
  22. Taiping
  23. Teluk Intan
  24. Kangar
  25. Ampang Jaya
  26. Kajang
  27. Klang
  28. Selayang
  29. Subang Jaya
  30. Sepang
  31. Kemaman
  32. Dungun
  33. Padawan
  34. Sibu
  35. Kota Samarahan
  36. Bintulu
  37. Sandakan
  38. Tawau
  39. Labuan
  40. Putrajaya

 

Adakah pekerja asing pun dapat gaji RM1,200?

Pendirian Kerajaan ialah menetapkan bahawa PGM 2016 meliputi semua pekerja tempatan termasuk juga pekerja asing berasaskan sebab-sebab yang berikut:  

Siapa yang tidak layak dapat gaji minimum?

 

Kalau majikan dan pekerja setuju, bolehkah bayar bawah RM1,200?

TIDAK BOLEH. Ini adalah bertentangan dengan undang-undang.

 

Kenapa mesti buat gaji minimum?

Dasar gaji minimum membantu meningkatkan gaji selaras dengan kos sara hidup, seterusnya membolehkan pekerja memenuhi keperluan asas seperti makanan, tempat tinggal dan pakaian.

Perlaksanaan Perintah Gaji Minimum 2016 akan secara langsung meningkatkan kadar bayaran kerja lebih masa (overtime), caruman dalam simpanan KWSP dan perlindungan di bawah PERKESO.

 

Apa beza ‘gaji’ dan ‘gaji minimum’?

‘Gaji’ dan ‘Gaji Minimum’ ditakrifkan di bawah seksyen 2 Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011. ‘Gaji’ mempunyai maksud yang sama dengan ‘gaji’ dalam seksyen 2 Akta Kerja 1955Ordinan Buruh Sabah (Bab 67) dan Ordinan Buruh Sarawak (Bab 76) manakala ‘gaji minimum’ merujuk kepada gaji pokok sahaja, tidak termasuk apa-apa elaun atau bayaran lain.

 

Jadi, apa maksud gaji minimum?

Gaji minimum adalah gaji pokok, tidak termasuk apa-apa elaun atau bayaran lain.

 

Siapa yang tetapkan gaji minimum?

Kadar gaji minimum ditentukan oleh Kerajaan berdasarkan syor yang dibuat oleh Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN).

 

Apakah faktor penentu kadar?

Pada masa sekarang, kadar gaji minimum ditentukan oleh lima faktor: 1. Pendapatan Garis Kemiskinan 2. Keupayaan majikan untuk membayar gaji (penengah gaji) 3. Indeks Harga Pengguna (CPI) 4. Kadar pengangguran sebenar 5. Pertumbuhan produktiviti

 

Adakah pekerja TASKA, NGO dan badan kebajikan layak untuk dapat gaji minimum?

PGM 2016 adalah terpakai kepada semua pekerja di sektor swasta yang bekerja di Malaysia termasuk pekerja-pekerja TASKA, badan bukan berasaskan keuntungan (non-profit organisation) atau badan kebajikan, kecuali pekhidmat domestik. Penetapan pelaksanaan gaji minimum ke atas kategori pekerja-pekerja di atas dibuat kerana:  

Bagaimana dengan pekerja industri mikro?

Industri mikro adalah industri yang sangat kecil, dengan pekerja dalam lingkungan 1-4 orang sahaja. PGM 2016 tetap terpakai kepada semua pekerja termasuk industri mikro kerana kumpulan pekerja dalam subsektor ini adalah “vulnerable group” dan perlu dilindungi. Akhir kalam

Kerjalah apa-apa sekalipun, janji halal. Yang penting jangan mencuri dan menyusahkan orang lain. Jika tidak mahu gaji minima, iaitu bekerja dengan orang, jemput baca tentang kerja gaji besar dan lumayan tanpa SPM.

 

Gaji minimum dikenakan cukai pendapatan

Ini tidak ada kaitan dengan warta kerajaan dalam Perintah Gaji Minimum 2020.

Namun, suka kami berkongsi di sini, bahawa sesiapa yang memperolehi pendapatan bulanan di bawah RM3,000, anda tidak akan dikenakan cukai oleh LHDN.

 

Akhir kalam

Diharapkan agar perkongsian mengenai gaji minimum 2020 ini dapat membantu anda.

Nasihat kami, kerjalah apa-apa sahaja, janji halal. Kumpul duit banyak-banyak supaya boleh beli rumah dan kereta.

Lepas dapat duit gaji, jangan lupa bersedekah untuk mendapat lebih keberkatan dalam kerja.

Semoga bermanfaat.