Kerjaya ·

Kerja Kosong Singapore 2021 (Jawatan Untuk Orang Malaysia)

Jika anda tertanya-tanya, wujudkah kerja di Singapura yang tidak perlukan pengalaman dan bergaji besar?

Ya, memang wujud.

Jika tidak ada SPM sekalipun, masih lagi boleh kerja di Singapura.

Jika anda masih lagi mahu kerja di Malaysia, jemput baca kerja gaji besar tanpa SPM di Malaysia.

Bidang kerja di Singapura

Ada banyak kerja kosong di Singapura. Ada yang kerja di hotel, ada juga yang kerja di kilang. Ada yang jadi pengawal keselamatan dan ada juga yang kerja cuci pinggan. Yang penting halal.

Ikut rezeki masing-masing. Kalau tidak ada di Malaysia, mungkin boleh cuba nasib di Singapura pula.

Mencari kerja kosong Singapore tidaklah sesukar mana, jika tahu caranya.

Izinkan kami berkongsi sedikit maklumat tentang kerja kosong Singapore yang terkini.

Ada banyak kerja di Singapura. Antara lokasi dan tempat yang orang kita selalu kerja ialah: Antara jawatan kosong atau kerja kosong Singapore yang ada ialah:

Berapa gaji minimum kerja di Singapura?

Gaji basic ialah SGD 1,000 (Singapore Dollar). Ini ialah gaji untuk 'unskilled labour' iaitu gaji pekerja tanpa SPM.

Ini belum termasuk elaun dan overtime.

Jika masuk elaun dan overtime, mungkin bulan mencecah sehingga SGD 1,500. Kalau ditukarkan kepada matawang Ringgit Malaysia, ia jadi lebih kurang (SGD 1,5000 x 3.00) = RM4,500

Namun, jika pekerja mempunyai Diploma atau Ijazah (Degree holder), gaji mungkin lebih tinggi.

 

Kerja kosong Singapore, gaji ditolak work permit atau levi tak?

Tidak.

Majikan di Singapura yang patut bayar.

Jadi, gaji yang kita dapat adalah bersih. Work permit dan levi adalah di bawah tanggungjawab majikan, bukan pekerja.

Apabila kerja di Singapura, anda kena tahu bahawa majikanlah yang perlu bayar setiap bulan, tanpa tolak gaji pekerja.

 

Ada diploma, layak kerja cleaner?

Ini tidak benar. Sebenarnya, warga Malaysia boleh bekerja dalam apa jua industri di Singapura yang sesuai dengan kelayakan.

 

Tak ada SPM, boleh kerja di Singapura?

Ya, boleh. Sudah dijawab seperti di atas.

 

Tak pandai cakap Bahasa Inggeris macam mana?

Tidak ada masalah jika tidak pandai Bahasa Inggeris. Boleh sahaja kerja di sini kalau English tak berapa bagus. Ada kerja-kerja tertentu yang tidak memerlukan pekerja cakap Bahasa Inggeris.

 

Kerja di Singapura, kos sara hidup tinggi tak?

Sudah tentu kosnya tinggi. Disarankan agar berulang-alik untuk lebih jimat.

 

Macam mana nak kurangkan kos sara hidup?

Selalunya, pekerja tinggal di Johor Bahru (atau bandar berdekatan seperti Skudai, Kulai, Gelang Patah dan lain-lain) dan berulang-alik ke Singapura setiap hari.

 

Kerja di Singapura, boleh buat loan rumah dan loan kereta?

Ya, kalau bekerja di Singapura, masih boleh buat loan rumah atau loan kereta di Malaysia. Tidak ada masalah. Sila bertanyakan pihak bank terlebih dahulu untuk kepastian.

 

Mesti guna agensi pekerjaan?

Tidak semestinya. Jika boleh cari sendiri, dialu-alukan.

Nasihat kami, carilah geng atau join mana-mana group seperti di Whatsapp atau Telegram, yang boleh berkongsi maklumat yang lebih tepat lagi. Jangan terlalu percayakan kata-kata yang hanya dari satu sumber sahaja.

Yang lebih penting, elakkan dari ditipu. Dan semestinya pasti, kerja kosong di Singapura untuk rakyat Malaysia memang wujud.

 

Berbaloikah kerja di Singapor?

Tepuk dada tanya selera.

Jika sanggup berpagi-pagian untuk menempuh Tambak Johor atau Linkedua setiap hari hanya untuk keluarga, silakan.

Jika rasa masih banyak lagi rezeki di bumi Malaysia tercinta, tidaklah perlu ke sana.

Berbincanglah dengan keluarga terlebih dahulu.

 

Akhir kalam

Kerjalah di mana-mana, asalkan halal. Ikut selera, samada mahu bekerja di Malaysia atau Singapura.

Masing-masing ada cabaran yang tersendiri.

Jika memilih untuk tidak ke mana-mana, jemput baca kerja gaji besar di Malaysia tanpa SPM.

Kami doakan semoga pencarian kerja anda dipermudahkan; dan dapat membantu meringankan beban

keluarga.

Semoga bermanfaat.

Nota: Info tentang kerja kosong Singapore di atas adalah bersumberkan fakta dan kenyataan oleh Najib Halim di YouTube.