Login i-Citra (Link Log Masuk KWSP di icitra.kwsp.gov.my)
Untuk kemaskini iCitra, tidak perlu buang masa untuk masuk ke laman utama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja di www.kwsp.gov.my. Boleh terus klik link login i-Citra menggunakan direct link ke portal i-Citra di icitra.kwsp.gov.my
Izinkan kami berkongsi.
1. Login i-Citra melalui icitra.kwsp.gov.my
Sila ikuti langkah-langkah yang ringkas untuk login i-Citra seperti di bawah:- Layari direct link untuk Log Masuk i-Citra KWSP di sini: https://icitra.kwsp.gov.my
- Ada beberapa bahagian yang tertera seperti:
- PERMOHONAN
- SEMAK STATUS PERMOHONAN
- SOALAN LAZIM
- PANDUAN PENGGUNA
- Jika anda masih lagi belum daftar iCitra lagi, sila klik butang PERMOHONAN
- Secara asasnya, portal ini memang tidak ada butang untuk login i-Citra
- Tetapi, apabila anda klik butang PERMOHONAN, itu sebenarnya adalah cara untuk login dan mohon iCitra
- Buat masa ini, butang SEMAKAN STATUS PERMOHONAN masih lagi belum aktif
- Sila baca dan hadamkan SOALAN LAZIM jika ada persoalan yang masih belum terjawab
- Boleh rujuk PANDUAN PENGGUNA bergambar yang disediakan oleh pihak KWSP
2. Login i-Citra melalui www.kwsp.gov.my
Walau bagaimapun, tidak salah untuk cuba login i-Citra melalui laman utama www.kwsp.gov.my. Cuma agak panjang sedikit caranya.- Layari laman web rasmi KWSP di sini: https://www.kwsp.gov.my
- Pilih Bahasa Melayu dengan klik menu BM di sebelah atas kanan
- Anda akan dibawa ke laman ini: https://www.kwsp.gov.my/ms/
- Akan terpapar slider yang cukup besar; yang tertulis Pengeluaran i-Citra
- Klik Mohon Sekarang
- Seterusnya, anda akan dibawa ke https://icitra.kwsp.gov.my
- Sila login i-Citra seperti biasa
3. Amaun pengeluaran i-Citra yang dibenarkan
Untuk makluman, KWSP hanya membenarkan pengeluaran maksimum sebanyak RM5,000 sahaja. Dan RM5,000 ini bukanlah untuk pengeluaran sekaligus.Anda hanya boleh mengeluarkan RM1,000 sahaja setiap bulan. Jadi, jika permohonan i-Citra lulus pada bulan Julai 2021, anda akan menerima duit KWSP untuk 5 bulan seterusnya iaitu:
- Bulan pertama: RM1,000 pada bulan Ogos 2021
- Bulan kedua: RM1,000 pada bulan September 2021
- Bulan ketiga: RM1,000 pada bulan Oktober 2021
- Bulan keempat: RM1,000 pada bulan November 2021
- Bulan kelima: RM1,000 pada bulan Disember 2021
4. Semakan permohonan i-Citra diterima
Macam mana mahu check i-Citra untuk mengetahui status LULUS atau GAGAL jika sebenarnya permohonan anda tidak diterima?.Ikuti langkah-langkah di bawah:
- Layari portal rasmi i-Citra di sini: https://icitra.kwsp.gov.my
- Sila buat permohonan i-Citra mengikut panduan yang diberikan
- Selesaikan Bahagian 1: Amaun Pengeluaran
- Selesaikan Bahagian 2: Maklumat Permohonan
- Selesaikan Bahagian 3: Pengesahan Permohon
- Sila ambil perhatian d Bahagian 4: Selesai
- Anda akan melihat paparan TERIMA KASIH. Permohonan anda telah diterima. Sekiranya diluluskan, bayaran akan dibuat mulai bulan Ogos.
- Sila screenshot dan simpan paparan ini untuk rekod.
- Selesai
5. Login & semak kelulusan i-Citra
Seterusnya, ikuti langkah-langkah di bawah untuk semak samada lulus atau tidak permohonan i-Citra.Ikut langkah-langkah di bawah:
- Layari portal rasmi i-Citra di sini: https://icitra.kwsp.gov.my
- Login i-Citra seperti biasa
- Klik SEMAK STATUS PERMOHONAN
- Masukkan Nombor MyKad / MyPR
- Abaikan Nombor Pasport / MyKAS kerana ini adalah untuk semakan pencarum yang berstatus Bukan Warganegara
- Pilih Kod Nombor Telefon Bimbit yang tersenarai:
- 010
- 011
- 012
- 013
- 014
- 015
- 016
- 017
- 018
- 019
- Masukkan Nombor Telefon Bimbit and yang betul dan masih aktif semasa pendaftaran tempohari
- Tick Saya bukan robot
- Tekan butang SEMAK STATUS
- Sila semak status kelulusan anda seperti yang terpapar
- Sekiranya berjaya, anda akan melihat paparan STATUS PERMOHONAN dan dibawah tulisan tersebut anda terpapar NAMA ANDA
- Selanjutnya, di bawah nama anda, akan ada butang warna hijau PERMOHONAN ANDA TELAH DILULUSKAN
- Maklumat mengenai pembayaran juga akan dipaparkan
- Contohnya: Pembayaran bulan pertama ke dalam akaun bank anda akan dibuat sebelum 31 Ogos 2021.
- Selesai
6. Semakan duit i-Citra masuk akaun bank
Kalau sudah login i-Citra dan mendapat status LULUS, jangan terlalu happy. Tunggu sehingga pihak KWSP memasukkan duit dalam akaun bank anda. Ini kerana walaupun anda berhati-hati semasa mengisi maklumat bank tempohari, ada kemungkinan anda melalukan perkara berikut:- Tersalah isi nombor akaun
- Memasukkan bank dan nombor akaun orang lain
- Memasukkan nombor akaun bank yang tidak aktif lagi
7. Maklumat lanjut iCitra
Sekiranya anda mempunyai apa-apa pertanyaan, boleh hubungi Hotline i-Citra di talian 03-89224848. Talian ini dibuka dari jam 8 pagi sehingga 5 petang; setiap Isnin hingga Jumaat.Talian customer service KWSP ini akan ditutup pada hari-hari kelepasan am Persekutuan dan Negeri Selangor.
Akhir kalam
Diharapkan agar perkongsian ringkas berkenaan cara login i-Citra melalui direct link icitra.kwsp.gov.my ini dapat memudahkan lagi urusan permohonan pengeluaran duit KWSP anda.
Bila lulus dan dapat duit, jangan berbelanja ikut nafsu. Ingatlah hari-hari mendatang.
Semoga bermanfaat.