Permohonan Baru BPN 2.0 (Cara Pendaftaran Online)
Berita baik untuk anda yang tidak sempat atau mendapat status Tidak Lulus dalam permohonan BPN yang lalu. Anda kini boleh membuat permohonan baru BPN 2.0 melalui portal rasmi LHDN di bpn.hasil.gov.my
Bagi yang sudah memohon dan memang layak untuk BPN 2.0, sekiranya ada apa-apa perubahan maklumat peribadi, sila kemaskini BPN 2.0.
BPN 2.0, permohonan baru bila boleh buat?
Mana-mana individidu yang tidak tersenarai sebagai penerima selepas buat semakan BPN 2.0, anda boleh mula memohon melalui portal rasmi LHDN pada:- Hari: Khamis
- Tarikh: 15 Oktober 2020,
Macam mana cara nak buat permohonan baru BPN 2.0 secara online?
Pertama sekali, buat semakan kelayakan BPN 2.0 terlebih dahulu. Jika menepati kriteria, baru boleh mohon. Jika tidak, bimbang anda akan kecewa dan buat kerja sia-sia kerana bakal mendapat status TIDAK LAYAK.Jika masih belum daftar ID pengguna dan kata lalaun, sila baca cara daftar BPN 2.0 terlebih dahulu.
Baca panduan di bawah hanya selepas anda berjaya buat pendaftaran dan berjaya Log Masuk.
- Layari portal rasmi BPN di pautan berikut: https://bpn.hasil.gov.my
- Klik Log Masuk
- Di bahagian PENGGUNA, masukkan ID Pengguna
- ID Pengguna ialah Nombor Kad Pengenalan atau Nombor MyKad
- Soalan “Adakah ini kata kunci keselamatan anda?” akan keluar
- Jika betul seperti yang didaftarkan di atas, klik Ya
- Jika salah dan tidak seperti yang didaftarkan di atas, klik Tidak
- Kami andaikan anda klik Ya
- Anda akan dibawa ke bahagian PENGGUNA sekali lagi
- Tidak perlu masukkan ID Pengguna kerana ia sudah diisi secara automatik
- Masukkan Kata Laluan
- Klik Log Masuk
- Anda akan dapat lihat dua (2) tab di bahagian atas iaitu:
- Maklumat Pemohon
- Pengesahan
- Di bahagian Maklumat Pemohon, isikan dengan lengkap:
- Nama
- Nombor MyKad
- Jantina
- Alamat
- Poskod
- Bandar
- No Telefon Rumah
- Pekerjaan
- Status Perkahwinan
- Isikan Maklumat Pasangan (jika sudah berkahwin) dengan lengkap
- Isikan Maklumat Waris dengan lengkap di ruangan yang disediakan
- Isikan Maklumat Anak dengan lengkap
- Nama anak
- No Kad Pengenalan anak
- Umur anak
- Status anak
- Jika anda mempunyai anak lebih dari satu, sila isikan ruangan yang lain
- Klik Teruskan
- Kini anda berada di bahagian Pengesahan
- Akan ada mesej “Untuk teruskan proses permohonan, sila isi Captcha dan tandakan pengakuan untuk paparkan bahagian Simpan / Hantar”
- Masukkan Captcha seperti yang tertera
- Klik Sahkan Captcha
- Di bahagian Akuan Pengesahan, sila tick ruangan tersebut
- Ini bermaksud anda bersetuju dengan syarat-syarat permohonan yang telah ditetapkan
- Klik butang jika anda bersetuju dengan syarat-syarat permohonan yang telah ditetapkan
- Selepas tekan butang Hantar, akan ada pilihan untuk anda mendaftar akaun untuk membolehkan anda Log Masuk untuk melihat perincian
- Jika anda belum daftar BPN 2.0, klik Ya untuk mendaftar akaun BPN
- Jika anda sudah daftar BPN 2.0 seperti di atas, klik Tidak
- Klik butang Cetak untuk mencetak borang permohonan BPN yang telah didaftarkan
- Jika anda memilih Ya untuk mendaftar akaun BPN, anda dikehendaki mendaftar Kata Kunci Keselamatan dengan memilih lima (5) pilihan soalan keselamatan.
- Format kata kunci keselamatan hanyalah huruf dan nombor sahaja
- Aksara khas dan simbol adalah tidak dibenarkan
- Kata Laluan juga perlu didaftarkan untuk urusan Log Masuk pada masa akan datang.
- Kekuatan password atau Kata Laluan yang anda masukkan akan ditentukan oleh warna
- Warna Kata Laluan yang bagus dan sukar untuk diteka dan digodam adalah yang berwarna hijau
- Jika ada apa-apa pertanyaan untuk permohonan baru BPN 2.0 ini, sila ajukan kepada Kementerian Kewangan Malaysia atau LHDN
Boleh rujuk cara check BPN 2.0 untuk mengetahui status terkini.
Dulu saya terima BPN 1.0, tapi tak nak terima BPN 2.0 ini. Apa perlu buat?
Bagi anda yang menerima bantuan BPN 1.0 sebelum ini tetapi menolak untuk menerima pembayaran untuk BPN 2.0, ada beberapa perkara yang anda perlu buat:- Tulis surat kepada Kementerian Kewangan Malaysia, dengan menyertakan maklumat berikut:
- Nama Penuh
- Nombor Kad Pengenalan
- Sebab kenapa ingin pulangkan semula duit BPN 2.0
- Sertakan cheque atau bank draft atas nama Akauntan Negara Malaysia
- Masukkan jumlah amaun yang ingin dipulangkan
- Hantar ke alamat berikut:
- Pejabat Belanjawan Negara Kementerian Kewangan Malaysia Presint 2, 62592, Putrajaya, MALAYSIA
Akhir kalam
Bagi sesiapa yang terlepas pandang dengan permohonan BPN sebelum ini, jangan ambil ringan. Jangan terlepas lagi tarikh untuk mohon BPN 2.0 yang terbaru ini.Sila pastikan semua maklumat adalah benar dah sahih.
Andai kata nasib tidak menyebelahi kerana menerima status Tidak Lulus, sila buat rayuan BPN 2.0.
Sekiranya semua berjalan lancar dan pembayaran Fasa Pertama sudah diterima, sila check BPN Fasa 2 bila masuk pula.
Semoga bermanfaat.