Rayuan BPR Fasa 3 2021 (Status Permohonan & Rayuan TIDAK LULUS)
Bagi anda yang mendapat status Tidak Lulus / Gagal selepas membuat semakan BPR, sila rujuk cara-cara untuk membuat rayuan BPR seperti yang akan kami kongsikan di bawah. Anda juga buat rayuan Bantuan Prihatin Rakyat Fasa 3 di portal bpr.hasil.gov.my secepat mungkin apabila dibuka nanti.
Izinkan kami berkongsi.
1. Cara buat rayuan BPR Fasa 3 online
Tak perlu buat semakan bayaran BPR untuk melihat samada duit BPR masuk dalam akaun bank ataupun tidak. Sekarang ini, anda mendapat status TIDAK LULUS permohonan BPR. Jadi, jika gagal dalam permohonan, tentu sekali tidak akan dapat bantuan. Sila buat rayuan BPR secepat mungkin.Ikut langkah-langkah di bawah untuk membuat rayuan BPR:
- Layari laman web rasmi BPR di sini: bpr.hasil.gov.my
- Klik pautan Log Masuk
- Isikan No MyKad dalam ruangan yang disediakan
- Tekan butang Semak
- Sila buat pengesahan bahawa apa yang terpapar adalah kata kunci keselamatan anda
- Jika ya, klik butang Ya
- Jawab semula SOALAN KESELAMATAN yang dipaparkan
- Tekan butang Teruskan
- Jika tidak ada apa-apa masalah, akan akan dapat masuk ke portal MyBPR
- Klik butang Semakan Status
- Sila pastikan status adan adalah TIDAK LULUS
- Jika benar memang status tersebut ialah TIDAK LULUS, teruskan dengan tekan butang Permohonan Rayuan
- Tunggu sehingga paparan Permohonan Rayuan menunjukkan Berjaya
- Untuk pengesahan, klik Papar Rayuan untuk melihat rayuan yang telah dihantar sebentar tadi
- Kami sarankan anda screenshot dan simpan untuk rujukan pada masa akan datang
- Jika ada apa-apa masalah, boleh rujuk semula
2. Rayuan BPR Fasa 3 di kaunter LHDN
Sebelum ini, semasa proses rayuan BPN 1.0 dan BPN 2.0, mana-mana individu yang permohonan mereka tidak diluluskan boleh hadir sendiri ke kaunter-kaunter LHDN.Mereka hanya perlu isi borang rayuan BPN 1.0 atau BPN 2.0 dan menyertakan dokumen seperti berikut:
- Kad Pengenalan (MyKad)
- Surat rayuan
- Dokumen sokongan seperti surat kena buang kerja, atau apa-apa yang membuktikan kehilangan pekerjaan atau pengurangan pendapatan
Untuk senarai cawangan LHDN di seluruh Malaysia, klik sini.
3. Boleh merayu BPR melalui email?
Sebelum ini juga, sesiapa yang ingin merayu bantuan BPN 1.0 dan BPN 2.0 boleh mengemukakan rayuan dengan menghantar email ke rayuanbpn@hasil.gov.myWalau bagaimanapun, untuk rayuan BPR kali ini, masih lagi belum ada berita samada boleh hantar melalui email atau tidak. Kami akan kemaskini laman ini sejurus menerima maklumat terbaru.
4. Semakan rayuan BPR Fasa 3
Sekiranya anda sudah buat rayuan, sila layari laman web rasmi BPR untuk menyemak samada rayuan diterima atau tidak di sini: https://bpr.hasil.gov.my/Account/Login
Akhir kalam
Jangan bersedih jika status semakan kelulusan BPR anda adalah Tidak Lulus.Teruskan dengan rayuan. Tidak salah mencuba. Dapat atau tidak, itu perkara kedua.
Walapun kawan-kawan yang lain sudah dapat tarikh bayaran BPR dan bakal dapat duit BPR yang akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank, bersabarlah. Insya Allah, kalau ada rezeki, tak akan ke mana. Rezeki tak pernah salah alamat.
Diharapkan agar proses rayuan BPR ini dipermudahkan.
Semoga bermanfaat.