Semakan Bayaran BSP 3.0 (Bantuan Sabah Prihatin 2021)
Beruntung jadi warga Sabah kerana kerajaan negeri yang cukup prihatin. Jika anda salah seorang penerima, sila buat semakan bayaran BSP 3.0 terlebih dahulu sebelum cucuk duit di ATM.
Ini bermakna Borneo memang prihatin dan terkehadapan dalam menyantuni rakyat. Sarawak ada BKSS manakala Sabah ada BSP.
Nota:
- Untuk diskusi, join group Telegram #sayangsabah di sini: https://t.me/joinchat/Oh50JU246FBhZjFl
1. Semakan status bayaran BSP 3.0 di bantuan.covid19.sabah.gov.my
Berikut ialah langkah-langkah ringkas untuk buat semakan BPR bagi kedua-dua kategori Bujang dan Isi Rumah:- Layari portal rasmi Bantuan Sabah Prihatin di sini: https://bkn-covid.sabah.gov.my/bsp-semak/
- Jika klik laman yang lama, iaitu https://bantuan.covid19.sabah.gov.my , ia akan redirect ke laman yang baru juga seperti di atas
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan
- Sila gunakan format Kad Pengenalan yang baru
- Contohnya, 940404125555
- Tidak perlu masukkan tanda sempang atau dash (-)
- Tick Saya bukan robot
- Tekan butang SEMAK
- Maklumat berkenaan status bayaran akan terpapar di skrin
2. Duit BSP 3.0 masuk dalam akaun bank?
Tidak dimaklumkan samada duit akan terus masuk dalam akaun bank atau tidak.Namun, menurut sumber berita seperti Astro Awani, pengagihan Bantuan Sabah Prihatin akan dibuat melalui 8 kementerian, selain Pejabat Tugas-Tugas Khas dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) kepada golongan sasaran masing-masing.
3. Berapa amaun bantuan BSP 3.0 ini?
Bantuan BSP adalah berjumlah RM300 sahaja. Ia akan diberikan secara one-off dan diperuntukkan kepada golongan berikut:- Kategori miskin, miskin tegar & e-Kasih
- Usahawan mikro dan kotej
- Penjaja kecil
- Pemandu bas, lori, teksi, institusi memandu, pemandu bot dan pemohon baharu.
- Nelayan, petani, pekebun sawit (MPOB), pekebun kecil koko, pekebun kecil LIGS, penternak , pekebun kecil KPD, (pekebun / penternak) dan pekebun kecil LKTNS
- Pemandu pelancong, penggiat seni, Divemaster, Malim gunung dan Porter (sektor pelancongan)
4. Macam mana nak buat permohonan baru Bantuan Prihatin Sabah?
Berdasarkan pengamatan kami, tidak ada permohonan baru untuk BSP 3.0.Ini kerana, permohonan akan menggunakan laman rasmi https://bantuan.covid19.sabah.gov.my juga.
Buat masa ini, laman web rasmi tersebut hanya boleh buat semakan.
Kami akan kemaskini sekiranya ada maklumat terbaru berkenaan permohonan ini.
5. Ada masalah untuk semak status bayaran BSP 3.0?
Jika anda mempunyai apa-apa pertanyaan dan masalah untuk akses laman ini, sila hubungi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Covid-19 Negeri Sabah di Facebook.
Akhir kalam
Diharapkan agar perkongsian berkenaan semakan bayaran BSP 3.0 ini akan memudahkan lagi urusan anda untuk menerima bantuan.Andai sudah terima duit bantuan itu nanti, pandai-pandailah berjimat cermat.
Semoga bermanfaat.