Semakan BKC 2021 (Check Pembayaran & Status Kelulusan Online)
Sudah masuk bulan Ogos 2021, tapi masih lagi belum ada bayang-bayang tentang tarikh bayaran BKC dan status duit yang bakal masuk. Bila boleh buat semakan BKC untuk mengetahui status kelulusan bagi yang layak dan juga bayaran?
Izinkan kami berkongsi.
1. Semakan status kelulusan BKC
Seperti BPR dan BSH, semua bantuan-bantuan kerajaan akan melalui fasa kelulusan dahulu. Walau bagaimanapun, memandangkan BKC ini adalah untuk insan terpilih sahaja, tidak diketahui samada perlu buat semakan untuk mengetahui status lulus atau gagal.
2. Semakan status bayaran BKC
Mengikut PDF FAQ PEMULIH Bantuan Khas Covid-19 BKC, individu yang layak tidak perlu mohon BKC. Perenggan terakhir di dalam PDF tersebut menyatakan bahawa cara-cara untuk buat semakan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Tidak dinyatakan samada semakan untuk kelulusan atau semakan bayaran BKC.Kebiasaannya, maklumat status LULUS adalah bersekali dengan maklumat pengkreditan duit ke akan bank penerima.
Kita tunggu pengumuman dari Kerajaan berkenaan perkara ini.
3. Berapa jumlah amaun bantuan BKC yang akan diterima?
Amaun bantuan BKC adalah mengikut kategori:| Golongan Miskin Tegar |
|
| Golongan B40 |
|
| Golongan M40 |
|
4. Cara bantuan BKC dibayar mengikut kategori
Memandangkan tidak ada fungsi kemaskini, penerima akan menerima bantuan BKC dalam bentuk wang tunai dengan cara berikut:| Golongan Miskin Tegar |
|
| Golongan B40 |
|
| Golongan M40 |
|
5. Semakan pembayaran BKC ke dalam akaun bank
Sama seperti bantuan-bantuan terdahulu, jika anda mempunyai akaun bank yang aktif, duit bantuan akan terus dimasukkan terus ke dalam akaun bank.Senarai bank-bank tempatan adalah seperti berikut:
- Maybank
- BSN
- Bank Islam
- RHB Bank
- Ambank
- Agro Bank
- Hong Leong Bank
- Affin Bank
- Bank Rakyat
- CIMB Bank
- Bank Muamalat
- Public Bank
- Alliance Bank
5. Ada pertanyaan tentang BKC?
Dek kerana tiada laman web rasmi yang khusus untuk BKC, kami mengandaikan bahawa segala pertanyaan boleh diajukan Hotline BPR di talian berikut:- 1800 88 2747
Akhir kalam
Diharapkan agar membuat semakan status bayaran BKC sebelum pergi keluarkan duit di ATM. Pastikan betul-betul duit sudah masuk ke dalam akaun bank untuk mengelakkan kekecewaan.
Semoga bermanfaat.