Semakan BKSS 2021 (Status Bantuan Khas Sarawakku Sayang)
Kemaskini ini adalah pada 16 Jun 2020. Dikhabarkan bahawa mana-mana pemohon yang telah memohon Bantuan Khas Sarawakku Sayang sebelum ini, anda boleh buat semakan BKSS. Jika masih belum buat permohonan, sila rujuk cara mohon BKSS 5.0 bagi tahun 2021.
Bukan BKKS, tapi BKSS
Ramai yang tersilap. Akronim atau kependekan untuk Bantuan Khas Sarawakku Sayang ialah BKSS, bukan BKSS.
Duit BKSS sudah masuk
Dikhabarkan bayaran untuk pemohon bujang sebanyak RM500 juga sudah masuk. Boleh check akaun masing-masing dengan buat semakan BKSS bujang.
Sekadar berkongsi, jika anda sedang hamil sekarang, atau telah melahirkan anak pada 1 Januari 2020 yang lalu juga, anda layak untuk buat permohonan Bantuan Ibu Bersalin Sarawak.
Sedikit mengenai BKSS
Beruntung betul rakyat Sarawak.
Golongan B40 di Sarawak akan menerima Bantuan Khas Sayangku Sarawak yang akan dikreditkan ke akaun bank penerima setiap 15 haribulan mulai 15 April 2020 hingga 15 September 2020. Ini bermakna, bulan Jun 2020 adalah bayaran ketiga.
Sebelum buat semakan BKSS, perlu tahu berapa banyak amaun yang bakal diterima.
Pembayaran tunai sebanyak RM 250 yang akan dibayar selama 6 bulan ini akan memanfaatkan ramai rakyat Sarawak, iaitu untuk yang sudah berkahwin yang berada dalam kategori isi rumah.
Pembayaran RM 500 pula untuk kategori bujang.
Bantuan BKSS dan BSH
Yang lebih menarik lagi, penerima yang layak adalah terdiri dari penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) yang telah diluluskan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan tiada sebarang permohonan perlu dibuat.
Jadi, ini bermakna anda bakal menerima duit bayaran BSH dan juga BKSS.
Sungguh beruntung!
Sekadar makluman mengenai BSH, bagi anda yang menerima status Tidak Lulus permohonan BSH Fasa 3 2020 ini, jemput baca cara buat rayuan BSH. Mudah-mudahan, dipermudahkan.
Kelayakan BKSS
Sebelum boleh buat permohonan dan semakan Bantuan Sayangku Sarawak, anda perlu melihat syarat dan kelayakan terlebih dahulu.
Lihat kriteria di bawah:
- Merupakan warganegara Malaysia dan menetap di Sarawak
- Merupakan penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020
- Berumur 21 tahun dan ke atas termasuk kategori warga emas (60 tahun dan ke atas)
- Pendapatan isi rumah adalah RM4,000 dan ke bawah
- Pendapatan kategori bujang adalah RM2,000 dan ke bawah
Semakan BKSS online
Semakan Bantuan Sarawakku Sayang boleh dibuat secara online. Setakat ini, tidak ada semakan secara SMS.Berikut ialah cara buat semakan BKSS online.
- Layari laman web rasmi BKSS di sini: https://www.sarawak.gov.my/web/home/bkss_semak
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan (MyKad)
- Pastikan tidak masukkan sempang (-) atau dash
- Contohnya, jika Nombor Kad Pengenalan 770101-13-4456, masukkan sahaja 770101134456
- Tekan butang Submit
- Anda akan dapat melihat status kelulusan
Tarikh bayaran selepas semakan BKSS
Berikut ialah jadual dan tarikh pembayaran BKSS sehingga September 2020.- Bayaran pertama: 15 April 2020 sebanyak RM250
- Bayaran kedua: 15 Mei 2020 sebanyak RM250
- Bayaran ketiga: 15 Jun 2020 sebanyak RM250
- Bayaran keempat: 15 Julai 2020 sebanyak RM250
- Bayaran kelima: 15 Ogos 2020 sebanyak RM250
- Bayaran keenam: 15 September 2020 sebanyak RM250
Semakan dan cara pembayaran BKSS
Anda dinasihatkan untuk buat semakan pembayaran BKSS dengan melihat baki dalam akaun.Seperti yang dimaklumkan, pembayaran akan dilakukan dengan dua cara:
1. Pembayaran terus ke dalam akaun bank
Anda akan menerima bayaran Bantuan Khas Sarawakku Sayang melalui bank yang didaftarkan semasa permohonan tempohari. Hanya perlu
2. Pembayaran secara tunai melalui BSN
Jika dan tidak mempunyai akaun bank atau pembayaran terus ke dalam akaun bank mempunyai masalah, bayaran BKSS akan dilakukan secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional.
- Fasa 1 (RM750) : selepas 17 April 2020
- Fasa 2 (RM750) : selepas 17 Julai 2020
Sila sertai Facebook Group SARAWAKKU SAYANG di sini, yang sedang rancak membincangkan tentang perkara ini.
Rayuan BKSS
Untuk makluman semua, rayuan Bantuan Khas Sarawak ku Sayang telah ditutup.Menurut maklumat rasmi dari laman web rasmi sarawak.gov.my, kerajaan negeri Sarawak sedang dalam proses kemaskini data-data rayuan.
Keputusan rayuan BKSS hanya akan diumumkan dan dimaklumkan semula hanya setelah proses kemaskini siap sepenuhnya.
Maklumat lanjut
Jika anda mempunyai apa-apa pertanyaan mengenai semakan dan pembayaran, boleh hubungi pihak BKSS di sini:
- Nombor telefon: 082-555 999
- Email: 555999@sarawak.gov.my
Akhir kalam
Pertama sekali, bagi yang sudah mendapat kelulusan BKSS, bersyukurlah. Bersabarlah dalam menunggu duit pembayaran BKSS dari kerajaan negeri Sarawak.
Apabila ramai pemohon, kita perlu faham dengan proses yang akan mengambil masa.
Bagi yang tidak berjaya pula, jangan terlalu bersedih. Mungkin itu bukan rezeki kita. Kami harap, anda dapat bantuan BPN dan juga BSH.
Diharapkan agar perkongsian semakan BKSS ini dapat memudahkan lagi urusan anda. Sila buat rayuan BKSS jika tidak lulus.
Sama-sama berdoa agar hidup kita dipermudahkan dan sentiasa dimurahkan rezeki. Bagi rakyat negeri Sarawak yang beragama Islam, anda juga boleh mohon Bantuan Baitulmal Kamek.
Semoga bermanfaat.