Bantuan ·

Semakan Kelulusan BPR 2021 (Check Status LULUS / TIDAK)

Semakan Kelulusan BPR 2021 (Check Status LULUS / TIDAK)

Kalau anda ada buat permohonan BPR sebelum ini, macam mana nak tahu samada permohonan tersebut LULUS atau TIDAK LULUS? Izinkan kami berkongsi panduan ringkas untuk buat semakan kelulusan BPR bagi tahun 2021 bagi Fasa 1 dan Fasa 2 melalui portal bpr.hasil.gov.my.

1. Semakan permohonan BPR diterima

Berdasarkan gambarajah di atas, sebelum anda membuat semakan kelulusan BPR, anda perlu pastikan permohonan anda diterima.

Macam mana mahu check BPR untuk mengetahui status LULUS atau GAGAL jika sebenarnya permohonan anda tidak diterima. Jadi, ini bermakna anda perlu buat semakan penerimaan permohonan BPR melalui portal Bantuan Prihatin Rakyat terlebih dahulu.

Ikuti langkah-langkah di bawah:

  1. Login BPR di sini: https://bpr.hasil.gov.my/Account/Login
  2. Masukkan nombor MyKad
  3. Klik SEMAK
  4. Jika tiada apa-apa masalah, anda akan masuk ke dalam sistem
  5. Klik PETI MEL > SURAT > PERMOHONAN BPR 2021
  6. Pastikan anda melihat paparan yang menunjukkan permohonan berjaya dihantar dan diterima.
 

2. Semakan kelulusan BPR (Lulus / Gagal)

Setelah check status permohonan diterima, ucapkan syukur Alhamdulillah dahulu. Seterusnya, barulah anda boleh buat semakan untuk melihat keputusan permohonan samada LULUS atau GAGAL.

Sila ikut langkah-langkah untuk buat semakan permohonan BPR seperti di bawah:

  1. Macam biasa, sila login bpr.hasil.gov.my terlebih dahulu
  2. Tekan butang Semakan Status
  3. Jika anda berstatus LULUS, anda akan dapat lihat paparan lain bahagian pertama iaitu:
    • BPR
      • Ada butang Maklumat BPR. Boleh muat turun maklumat tersebut.
    • Amaun Keseluruhan BPR Diterima
      • Contohnya RM800.00
  4. Jika anda berstatus LULUS, anda akan dapat lihat paparan lain bahagian kedua iaitu:
    • Jadual Bayaran
      • Ada butang Maklumat Bayaran BPR. Boleh muat turun maklumat tersebut.
    • Paparan jika anda tidak download adalah seperti berikut:
      • Tarikh Kredit
      • No. Pengenalan Akaun Dikredit
      • Fasa
      • Jumlah Dikredit
      • Status Kredit
      • Nama Bank
      • No Akaun
      • Kod Tidak Berjaya
      • Nombor Siri
      • Tarikh Tunai
  5. Jika anda berstatus GAGAL, anda akan melihat paparan kod tidak lulus / gagal seperti di bawah:
    • 05 – Maklumat pengenalan pasangan perlu pengesahan
    • 12 – Pemohon berdaftar sebagai Pemegang Saham / Pengarah Syarikat / Perkongsian Liabiliti Terhad
    • 36 – Pemohon / pasangan adalah penerima GKP
    • 31 – Status perkahwinan perlu pengesahan
    • 39 – Semakan pendapatan yang dilaporkan pada borang melebihi pendapatan kelayakan yang ditetapkan termasuk perniagaan
  6. Untuk mengetahui samada duit BPR sudah masuk atau belum, pastikan Status Kredit dalam Jadual Bayaran adalah Berjaya Kredit
  7. Jika Status Kredit dalam Jadual Bayaran adalah Gagal Kredit, sila baca cara dapatkan No Baucar BPR untuk tebus di BSN.
  8. Tekan butang Kembali untuk kembali ke paparan sebelum ini
  9. Tekan butang Papar Borang untuk memaparkan keseluruhan Semakan Status ini
Untuk memastikan duit masuk ke dalam akaun, sila buat semakan pembayaran BPR.

 

3. Bila boleh buat semakan BPR?

Untuk makluman, tarikh bayaran BPR telah pun diumumkan. Sila Log Masuk BPR dan buat semakan Bantuan Prihatin Rakyat.

Tarikh untuk mohon BPR telah tamat dan permohonan baru tidak diterima. Seterusnya, bagi mana-mana individu yang mendapat status Tidak Lulus, sila buat rayuan BPR secepat mungkin.

 

4. Kenapa permohonan BPR Tidak Lulus?

Ini adalah antara beberapa sebab kenapa anda gagal mendapat kelulusan BPR:  

5. Maklumat lanjut BPR

Bagi yang mendapat status gagal, anda boleh kemukakan rayuan BPR. Apa-apa pun, ada baiknya anda hubungi pihak BPR untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Talian hotline BPR LHDN:

Talian hotline BPR MoF:  

Akhir kalam

Jangan marah-marah jika masih lagi tak dapat check BPR di portal rasmi LHDN. Bersabarlah. Mungkin ramai yang tengah masuk sampai website jadi jem dan perlahan yang teramat sangat.

Pihak LHDN pasti sedang bertungkus-lumus memproses semua permohonan dan juga buat semakan untuk kemaskini terbaru.

Apa-apa pun, kami doakan agar urusan semakan kelulusan BPR dan pembayaran berjalan lancar. Tidak mahu dengar lagi kes yang Lulus BPR tetapi duit tak masuk.

Semoga bermanfaat.