Semakan Rayuan BPR Fasa 3 2021 (Status TIDAK LULUS)
Jika anda salah salah seorang yang mendapat status TIDAK LULUS / GAGAL dalam permohonan BPR, sila pastikan bahawa anda telah membuat rayuan BPR yang dibuka tempohari. Jika sudah, tahniah. Kini sudah tiba masanya untuk buat semakan rayuan BPR Fasa 3 melalui bpr.hasil.gov.my.
Jika anda tidak buat apa-apa rayuan Bantuan Prihatin Nasional Fasa 3, mohon maaf. Kami tidak boleh bantu apa-apa. Buat semakan BPR pun tak guna. Anggap sahaja tidak ada rezeki.
Izinkan kami berkongsi.
1. Semakan status rayuan BPR Fasa 3 online
Sebelum membuat semakan bayaran BPR untuk kes rayuan terbaru ini, anda perlu buat semakan kelulusan terlebih dahulu.Ikut langkah-langkah di bawah untuk membuat semakan status kelulusan rayuan BPR:
- Layari laman web rasmi BPR di sini: bpr.hasil.gov.my
- Klik pautan Log Masuk
- Isikan No MyKad dalam ruangan yang disediakan
- Tekan butang Semak
- Sila buat pengesahan bahawa apa yang terpapar adalah kata kunci keselamatan anda
- Jika ya, klik butang Ya
- Jawab semula SOALAN KESELAMATAN yang dipaparkan
- Tekan butang Teruskan
- Selepas berjaya masuk, klik butang Semakan Status
- Status kelulusan dan bayaran akan terpapar di sini
2. Semakan status bayaran BPR Fasa 3 untuk rayuan
Sekiranya LULUS, jangan terburu-buru ke ATM untuk cucuk duit. Kami sarankan anda buat semakan baki dalam akaun bank anda terlebih dahulu. Ingat, lepas check BPR, check balance dalam akaun.Berikut ialah senarai bank-bank tempatan:
- Maybank
- BSN
- Bank Islam
- RHB Bank
- Ambank
- Agro Bank
- Hong Leong Bank
- Affin Bank
- Bank Rakyat
- CIMB Bank
- Bank Muamalat
- Public Bank
- Alliance Bank
3. Kenapa masih TAK LULUS BPR?
Ada beberapa sebab yang membuatkan permohonan rayuan anda ditolak.Berikut adalah kod yang menyenaraikan alasan kenapa anda Tidak Lulus BPR Fasa 3.
| Kod | Alasan Tidak Lulus BPR Fasa 3 |
| 5 | Maklumat pengenalan pasangan perlu pengesahan |
| 12 | Pemohon berdaftar sebagai Pemegang Saham / Pengarah Syarikat / Perkongsian Liabiliti Terhad |
| 36 | Pemohon / pasangan adalah penerima GKP |
| 31 | Status perkahwinan perlu pengesahan |
| 39 | Semakan pendapatan yang dilaporkan pada borang melebihi pendapatan kelayakan yang ditetapkan termasuk perniagaan |
4. Maklumat lanjut Fasa 3 PEMERKASA+
Jika anda rasa tidak puas hati dan perlukan penjelasan lanjut, sila hubungi LHDN di talian berikut:- 1800-88-2747
- Waktu operasi LHDN adalah dari jam 9 pagi hingga 5 petang sahaja
Akhir kalam
Sekiranya anda sudah buat semakan kelulusan BPR dan masih mendapat status TIDAK LULUS, jangan terlalu bersedih. Anggap sahaja tidak ada rezeki dalam rayuan BPR Fasa 3 ini.
Apa yang penting, sama-sama kita kuatkan diri dan tabahkan hati demi keluarga dan anak-anak.
Insya Allah, ada jalannya.
Semoga bermanfaat.