Senarai Negeri di Malaysia (Mengikut Urutan dan Kawasan)
Mungkin anda sedang mencari maklumat kenegaraan dan fakta tentang negeri masing-masing. Ada kerja rumah barangkali? Sebagai seorang pelajar sekolah, maklumat ini sangat penting. Izinkankami berkongsi senarai negeri di Malaysia mengikut urutan dan kawasan-kawasan tertentu.
Maklumat ini adalah ihsan daripada Kementerian Penerangan Malaysia. Bukan yang terkini, tetapi info masih relevan.
Wilayah Persekutuan bukan negeri?
Menurut Wikipedia, Wilayah Persekutuan ialah wilayah yang ditadbir secara langsung oleh kerajaan Persekutuan Malaysia dan ditadbir di bawah perundangan Kementerian Wilayah Persekutuan. Maka, jelaslah ia bukan negeri.
Tidak seperti negeri-negeri lain bagi Malaysia, Wilayah Persekutuan tidak diperintah oleh kerajaan negeri, sebaliknya terletak di bawah pentadbiran Persekutuan dan diperintah oleh Yang di-Pertuan Agong.
Terdapat tiga bahagian dalam Wilayah Persekutuan, iaitu Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. Daripada ketiga-tiga bahagian ini, Kuala Lumpur merupakan ibu negara rasmi Malaysia, Labuan merupakan Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa (IBFC) manakala Putrajaya merupakan pusat pentadbiran Persekutuan dan ibu negara pentadbiran Malaysia.
Ada negeri yang ada sultan, ada yang tak ada?
Ya, betul. Ada negeri-negeri di Malaysia yang ada sultan. Ada juga negeri-negeri di Malaysia yang tidak mempunyai sultan. Ini bersusur galur dari sejarah kesultanan Melayu Melaka pada zaman dahulu, yang masih lagi dipegang kukuh.
Ikuti penjelasan kami di bawah, yang memberikan senarai negeri di Malaysia yang mempunyai institusi raja.
Negeri-negeri di Malaysia berasal dari Bahasa Arab?
Bukan keseluruhannya. Penambahan 'darul' di belakang setiap negeri itulah perlambangan tentang sesuatu negeri itu. Ia diambil dari Bahasa Arab.
Bahagian Utara (Malaysia Barat)
Perlis Indera Kayangan
Negeri Perlis dikepalai oleh Raja Perlis bersama Raja Perempuan. Hal pentadbiran kerajaan negeri dipimpin oleh Menteri Besar Perlis.
IBU NEGERI
Kangar
BANDAR DIRAJA
Arau
DAERAH
Tiada
PARLIMEN
3 Kawasan
DEWAN UNDANGAN NEGERI
15 Kawasan
LAMAN WEB
https://www.perlis.gov.my
Kedah Darul Aman
Negeri Kedah dikepalai oleh Raja Kedah dan Sultanah. Hal pentadbiran kerajaan negeri dipimpin oleh Menteri Besar Kedah.
IBU NEGERI
Alor Setar
BANDAR DIRAJA
Anak Bukit
DAERAH
11 Daerah
PARLIMEN
15 Kawasan
DEWAN UNDANGAN NEGERI
36 Kawasan
LAMAN WEB
https://www.kedah.gov.my
Pulau Pinang
Berlainan dengan negeri yang mempunyai sultan, Pulau Pinang dikepalai oleh Yang Di-Pertua Negeri. Hal pentadbiran kerajaan negeri dipimpin oleh Ketua Menteri Besar Pulau Pinang.
IBU NEGERI
Georgetown
BANDAR DIRAJA
DAERAH
5 DAERAH
PARLIMEN
11 KAWASAN
DEWAN UNDANGAN NEGERI
33 KAWASAN
LAMAN WEB
https://www.sukpp.gov.my
Perak Darul Ridzuan
Negeri Perak dikepalai oleh Sultan Perak bersama Raja Permaisuri.. Hal pentadbiran kerajaan negeri dipimpin oleh Menteri Besar Perak.
IBU NEGERI
IPOH
BANDAR DIRAJA
KUALA KANGSAR
DAERAH
9 DAERAH
PARLIMEN
23 KAWASAN
DEWAN UNDANGAN NEGERI
52 KAWASAN
LAMAN WEB
https://www.perak.gov.my
Bahagian Tengah (Malaysia Barat)
Selangor Darul Ehsan
Negeri Selangor dikepalai oleh Sultan Perak bersama Raja Permaisuri.. Hal pentadbiran kerajaan negeri dipimpin oleh Menteri Besar Selangor.
IBU NEGERI
SHAH ALAM
BANDAR DIRAJA
KLANG
DAERAH
9 DAERAH
PARLIMEN
17 KAWASAN
DEWAN UNDANGAN NEGERI
48 Kawasan
LAMAN WEB
https://www.selangor.gov.my
Bahagian Selatan (Malaysia Barat)
Johor Darul Takzim
Negeri Johor dikepalai oleh Sultan Johor bersama Sultanah Johor. Hal pentadbiran kerajaan negeri dipimpin oleh Menteri Besar Johor.
IBU NEGERI
JOHOR BAHRU
BANDAR DIRAJA
JOHOR BAHRU
DAERAH
10 KAWASAN
PARLIMEN
26 Kawasan
DEWAN UNDANGAN NEGERI
56 Kawasan
LAMAN WEB
https://www.johordt.gov.my
Negeri Sembilan Darul Khusus
Agak berlainan sedikit, Negeri Sembilan dikepalai oleh Yang Di-Pertuan Besar bersama Tunku Ampuan. Hal pentadbiran kerajaan negeri dipimpin oleh Menteri Besar Negeri Sembilan.
IBU NEGERI
SEREMBAN
BANDAR DIRAJA
SERI MENANTI
DAERAH
7 KAWASAN
PARLIMEN
7 Kawasan
DEWAN UNDANGAN NEGERI
32 Kawasan
LAMAN WEB
https://www.sukns.gov.my
Melaka
Walaupun dahulu mempunyai Raja Melaka yang tersohor, kini Melaka bukanlah negeri yang mempunyai raja. Melaka dikepalai oleh Yang Di-Pertua Negeri. Hal pentadbiran kerajaan negeri dipimpin oleh Ketua Menteri Besar Melaka.
IBU NEGERI
BANDAR DIRAJA
DAERAH
3 KAWASAN
PARLIMEN
5 Kawasan
DEWAN UNDANGAN NEGERI
25 Kawasan
LAMAN WEB
https://www.melaka.gov.my
Bahagian Pantai Timur (Malaysia Barat)
Pahang Darul Makmur
Negeri Pahang dikepalai oleh Sultan Pahang bersama Sultanah Pahang. Hal pentadbiran kerajaan negeri dipimpin oleh Menteri Besar Pahang.
IBU NEGERI
KUANTAN
BANDAR DIRAJA
PEKAN
DAERAH
11 KAWASAN
PARLIMEN
11 Kawasan
DEWAN UNDANGAN NEGERI
38 Kawasan
LAMAN WEB
https://www.pahang.gov.my
Terengganu Darul Iman
Negeri Terengganu dikepalai oleh Al-Sultan Terengganu bersama Raja Perempuan Terengganu. Hal pentadbiran kerajaan negeri dipimpin oleh Menteri Besar Terengganu.
IBU NEGERI
Kuala Terengganu
BANDAR DIRAJA
Kuala Terengganu
DAERAH
7 KAWASAN
PARLIMEN
8 Kawasan
DEWAN UNDANGAN NEGERI
32 Kawasan
LAMAN WEB
https://www.terengganu.gov.my
Kelantan Darul Naim
Negeri Kelantan dikepalai oleh Sultan Kelantan bersama Permaisuri Kelantan. Hal pentadbiran kerajaan negeri dipimpin oleh Menteri Besar Kelantan.
IBU NEGERI
Kota Bharu
BANDAR DIRAJA
Kota Bharu
DAERAH
10 KAWASAN
PARLIMEN
14 Kawasan
DEWAN UNDANGAN NEGERI
43 Kawasan
LAMAN WEB
https://www.kelantan.gov.my
Bahagian Sabah & Sarawak (Malaysia Timur / Borneo)
Sabah
Juga tiada raja di di sini. Negeri Sabah dikepalai oleh Yang Di-Pertua Negeri. Hal pentadbiran kerajaan negeri dipimpin oleh Ketua Menteri Sabah (bukan dipanggil Menteri Besar).
IBU NEGERI
Kota Kinabalu
BANDAR DIRAJA
DAERAH
6 KAWASAN
PARLIMEN
25 Kawasan
DEWAN UNDANGAN NEGERI
60 Kawasan
LAMAN WEB
https://www.sabah.gov.my
Sarawak
Sama seperti di Sabah, di Sarawah juga tiada raja. Negeri Sarawak dikepalai oleh Yang Di-Pertua Negeri. Hal pentadbiran kerajaan negeri dipimpin oleh Ketua Menteri Besar Sarawak (bukan dipanggil Menteri Besar).
IBU NEGERI
KUCHING
BANDAR DIRAJA
DAERAH
11 KAWASAN
PARLIMEN
31 Kawasan
DEWAN UNDANGAN NEGERI
71 Kawasan
LAMAN WEB
https://www.sarawak.gov.my
Akhir kalam
Semoga maklumat dan senarai negeri di Malaysia ini memberikan sedikit manfaat.
Jangan lupa siapkan kerja sekolah. Musim persekolahan ini juga, semak prestasi pembelajaran dengan aplikasi SAPS semakan ibu bapa.