Bantuan ·

Maksud Status BPN Dalam Proses (Semakan Permohonan Baru & Rayuan)

Adakah anda antara individu yang baru sahaja buat semakan BPN dan terkejut kerana mendapat status BPN Dalam Proses?

Jangan risau, kami akan cuba kongsikan apa maksudnya.

Sebaliknya, baca jika status permohonan anda adalah Tidak Layak, jemput baca apa maksud status BPN Tidak Layak.

 

Status BPN Dalam Proses

 

Kenapa status BPN Dalam Proses?

Merujuk kepada hantaran MyGCC pada 21 April 2020 di Facebook, sekiranya status permohonan baru bertukar status dari Permohonan Diterima kepada Dalam Proses, ini bermakna permohonan anda sedang dalam proses semakan kelayakan oleh LHDN.

Seterusnya, anda boleh buat semakan untuk mengetahui keputusan samada anda Lulus atau Gagal.

Menurut MyGCC lagi, anda perlu bertenang dan tunggu keputusan yang akan dikeluarkan pada Mei 2020.

 

Status BPN Dalam Proses berapa lama?

Bagus soalan ini.

Namun, tidak diberitahu bilakah tarikh keputusan akan diumumkan. Tidak juga dinyatakan, berapa lama proses semakan kelayakan ini akan diambil oleh LHDN.

Jadi, kami sarankan anda teruskan buat semakan untuk mengetahui status terkini.

Sekiranya anda sudah buat semakan BPN Permohonan Baru dan Rayuan

 

Jika Dalam Proses, boleh buat rayuan?

 

Berikut ialah kemaskini dari MyGCC di Facebook. Tidak dinyatakan pula bahawa Dalam Proses boleh buat rayuan.

Mengikut pemahaman kami, jika status masih lagi Dalam Proses, anda mesti menunggu keputusan Lulus atau Tidak Lulus terlebih dahulu.

Sebagain informasi tambahan, bagi sesiapa yang telah buat Permohonan Baru BPN dan mendapat status Tidak Lulus 

Bagi sesiapa yang telah buat Rayuan Baru BPN yang Tidak Lulus Buat masa ini, rayuan ke atas permohonan BPN sebelum ini yang berstatus Tidak Lulus belum lagi diputuskan oleh kerajaan.

 

Akhir kalam

 

Diharapkan agar perkongsian status Dalam Proses ini dapat melegakan kegusaran anda.

Kami harap anda bertenang dan bersabar menunggu keputusan kelulusan.

Jika ada rezeki, tak ke mana.

Semoga bermanfaat.