Bantuan ·

Permohonan TEKUN Mobilepreneur (Bantuan Untuk Rider)

Jika anda salah seorang rider GrabFood atau Foodpanda yang terjejas teruk dek COVID-19 dan PKP, kami sarankan anda buat permohonan TEKUN Mobilepreneur.

Bagi anda mempunyai perniagaan, anda juga boleh buat pinjaman TEKUN sebanyak RM10,000

Sedikit mengenai TEKUN Mobilepreneur

Ini adalah satu inisiatif kerajaan untuk memberi peluang kepada golongan yang hilang punca pendapatan akibat COVID-19.

Ini adalah pembiayaan modal kepada usahawan perkhidmatan penghantaran motosikal.

 

Nilai pembiayaan

RM1,000 - RM2,000

 

Tempoh pembiayaan

1 tahun dan 6 bulan penangguhan

 

Kadar keuntungan (interest rate)

2% setahun

 

Yuran pemprosesan

RM30 sahaja

Syarat dan kelayakan TEKUN Mobilepreneur

Berikut ialah antara syarat kelayakan yang mesti dipenuhi untuk buat permohonan ini.

Cara permohonan TEKUN Mobilepreneur

T5-01-01, MENARA 5, JALAN LINGKARAN TENGAH (MAJU LINK), 57000, BANDAR TASIK SELATAN KUALA LUMPUR

Dokumen permohonan TEKUN

Berikut ialah senarai dokumen yang diperlukan Maklumat lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan dan mahu mengetahui lebih lanjut berkenaan permohonan TEKUN Mobilepreneur ini, sila hubungi pegawai berikut:

Encik Nasrul: 011-3343 4145 Puan Azidah: 019-263 7110

 

Akhir kalam

Kami menyambut baik usaha kerajaan dalam membantu golongan yang terjejas oleh COVID-19 dan PKP.

Golongan ini sebenarnya dan sememangnya dalam kesusahan. Cuma malu mahu meminta-minta. Inisiatif sebegini mampu untuk memberikan mereka harapan dan semangat.

Semoga bermanfaat.