Bantuan Bulanan RM350 Warga Emas 2020 (Orang Tua)
Anak-anak sila ambil perhatian. Anda kini boleh buat permohonan bantuan bulanan warga emas sebanyak RM350. Bantuan bulanan untuk orang tua ini bertujuan untuk membantu warga emas meneruskan kelangsungan hidup dan kesejahteraan kehidupan dalam masyarakat.
Untuk makluman semua, bantuan bulanan RM350 warga emas ini sudah lama wujud. Namun, akhir-akhir ini ramai yang baru sedar akan kewujudan Bantuan Orang Tua (BOT) dari kerajaan. Teruskan membaca untuk mengetahui bagaimana cara untuk memohon bantuan ini.
Kelayakan Bantuan Bulanan RM350 untuk Warga Emas
Sebelum memohon bantuan orang tua ini, sila baca kriteria di bawah untuk melihat samada layak atau tidak:- Pemohon mestilah seorang warganegara
- Pemohon mestilah seorang pemastautin di Malaysi
- Pemohon ialah warga emas berumur 60 tahun dan ke atas
- Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa
- Warga emas bukan tinggal di institusi kendalian JKM
- Warga emas juga bukan tinggal di pusat jagaan harian/ berkediaman yang memberi kemudahan/ perkhidmatan secara percuma
Cara memohon Bantuan Bulanan RM350 Warga Emas
Permohonan dan juga semakan status permohonan Bantuan Orang Tua boleh dibuat dengan menghubungi dan menghadirkan diri ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) yang berhampiran. Kami sarankan anda download dan isi borang permohonan bantuan JKM siap-siap.Sebaik-baiknya, pada pendapat kami, permohonan bantuan RM350 Warga Emas ini dibuat secara online melalui sistem eBantuanJKM.
Berikut ialah cara untuk melihat pertimbangan pemberian bantuan kewangan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebelum memohon bantuan bulanan RM350 Warga Emas secara online:
- Layari laman web rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di sini: https://spbk.jkm.gov.my/spbk/login.jsp
- Anda kini berada di dalam Sistem Pengurusan Bantuan Kebajika eBantuanJKM
- Klik butang Daftar Permohonan Atas Talian
- Sila baca dan fahamkan notis yang dipaparkan
- Klik butang Daftar Permohonan
- Pilih Negeri
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon tanpa tanda sempang
- Contohnya: 60010145555 dan bukannnya 600101-14-5555
- Klik butang Daftar
- Isikan Bahagian A iaitu Maklumat Pendapatan
- Isi Pendapatan Pemohon / Ketua Keluarga iaitu Pendapatan Kasar Bulanan
- Isi Pendapatan Isteri / Suami
- Isi Pendapatan Ahli Isi Rumah Yang Tinggal Bersama
- Isi Pendapatan Pencen Bulanan (JPA/SOCSO dan lain-lain)
- Masukkan lain-lain pendapatan
- Masukkan maklumat pemilikan kereta
- Tick jika ada menggunakan telefon pintar / Astro / Internet
- Tick jika ada menggunakan kelengkapan aircond
- Lihat Bahagian B iaitu Maklumat Keperluan Bulanan
- Tekan butang Keputusan
- Jika butang Keputusan tidak menunjukkan apa-apa, sila hubungi JKM untuk maklumat lanjut
- Nombor telefon: 03 - 8000 8000
- Email: helpdesk.ebantuan@jkm.gov.my
- Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia Aras 6, 9 - 18 , No 55, Persiaran Perdana Presint 4, 62100 Putrajaya
Sils hadir ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat
- Sila ambil maklum bahawa pemohon atau wakil dikehendaki hadir ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat mengikut Daerah mana yang dipohon dalam sistem eBantuanJKM.
- Masa yang diberikan adalah dalam tempoh 14 hari dari permohonan dibuat diatas talian.
- Kegagalan berbuat demikian sistem akan membatalkan permohonan tersebut secara automatik.
Dokumen yang perlu disediakan untuk borang Bantuan Bulanan RM350
- Salinan fotostat Kad Pengenalan / MyKad Pemohon
- Salinan fotostat Kad Pengenalan MyKad ahli keluarga yang tinggal bersama
- Sertakan salinan alah satu Bil Utiliti (air / elektik / telefon / Astro) yang menunjukkan alamat rumah
- Jika bekerja sendiri, sediakan salinan penyata pendapatan /surat akuan pendapatan
- Jika sakit atau tidak bekerja, dapatkan salinan laporan pegawai perubatan dari hospital / klinik kesihatan kerajaan / swasta
Semakan eBantuan JKM Bantuan Orang Tua (BOT)
Berikut pula cara untuk membuat semakan bantuan kewangan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebelum memohon bantuan bulanan RM350 Warga Emas secara online:- Layari laman web rasmi eBantuan JKM di sini: https://spbk.jkm.gov.my/spbk/login.jsp
- Anda kini berada di dalam Sistem Pengurusan Bantuan Kebajikan eBantuan JKM
- Klik Semakan Status Permohonan Online
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan seperti yang didaftarkan semasa permohonan
- Ikut langkah seperti di paparan untuk melihat keputusan
Akhir kalam
Bagi kebannyakan orang, bantuan bulanan RM350 warga emas ini tidaklah banyak mana. Namun, besar nilainya bagi mereka.
Anak-anak yang terbaca perkongsian ini, cubalah mohon bantuan bulanan Warga Emas ini untuk ibu-bapa masing-masing. Warga emas bukannya tahu guna komputer. Jadi, adalah menjadi tanggungjawab anak-anak untuk bantu.
Didoakan agar mak ayah kita semua sihat dan sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah.
Jika anda seorang ibu tunggal, anda juga boleh dapatkan bantuan ibu tunggal dari JKM.
Semoga bermanfaat.