Bantuan ·

Cara Mohon Bantuan Ibu Tunggal / Single Mother (Apply Dari JKM)

Selain bantuan OKU, kerajaan juga ada menyediakan bantuan untuk ibu tunggal. Jadi, jika anda adalah single mother yang ingin memerlukan bantuan, izinkan kami kongsikan panduan yang mudah tentang cara mohon bantuan ibu tunggal yang anda boleh apply dari JKM.

Jika masih belum register, sila daftar ibu tunggal terlebih dahulu.

Senarai Bantuan Ibu Tunggal

Sebelum itu, izinkan kami kongsikan apakah bantuan yang ada dan boleh dipohon:

#1 Bantuan Kebajikan (Bantuan bulanan)

Bantuan Am  

Bantuan Orang Tua

 

Bantuan Kanak-kanak

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, klik sini.

 

 

Bantuan Anak Pelihara (Anak Angkat)

Maklumat lanjut boleh klik sini.

 

#2 Bantuan Perniagaan (Bantuan sekaligus)

Geran Pelancaran (GP) Klik sini untuk maklumat lanjut tentang syarat khas Geran Pelancaran.

 

Cara mohon Bantuan Ibu Tunggal

Berikut merupakan dua cara mohon bantuan ibu tunggal dari JKM.

#1 Secara manual

Cara mohon secara manual untuk bantuan for single mothers.
  1. Layari laman web https://www.jkm.gov.my/.
  2. Klik Perkhidmatan.
  3. Klik Skim Bantuan Kebajikan.
  4. Pada bahagian cara Permohonan di bawah sekali, borang JKM18 (Borang Permohonan Bantuan) dipaparkan.
  5. Tekan link (Klik disini untuk muat turun).
  6. Berikut merupakan link untuk mendapatkan borang permohonan bantuan JKM https://www.jkm.gov.my/jkm/uploads/files/Bahagian%20PW/BORANG_PERMOHONAN_JKM_18.pdf
  7. Isikan permohonan dengan maklumat yang diperlukan seperti berikut:
    • Negeri
    • Daerah/Jajahan
    • Mukim
    • Parlimen
    • DUN
    • Perujuk
    • Maklumat asas
    • Maklumat kediaman
    • Maklumat pekerjaan
    • Maklumat ahli keluarga
    • Maklumat kesihatan & ketidakupayaan
    • Maklumat harta
    • Maklumat pendapatan dan perbelanjaan bulanan pemohon/isi rumah
    • Maklumat waris
    • Perakuaan pemohon
    • Bawa senarai semak bersama borang permohonan
  8. Hadiri ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian.
  9. Tekan link ini bagi untuk mendapatkan maklumat dan lokasi Pejabat Kebajikan yang berdekatan dengan anda.
  10. Selesai.
 

#2 Melalui online

Berikut merupakan panduan mohon untuk bantuan ibu tunggal secara online.
  1. Layari laman web https://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp
  2. Klik Daftar Permohonan Atas Talian.
  3. Laman yang terpapar tertera dokumen-dokumen berikut diperlukan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut daerah.
  4. Dokumen-dokumen tersebut perlu dihantar dalam tempoh 14 hari dari permohonan dibuat online.
  5. Kegagalan berbuat demikian sistem akan membatalkan permohonan tersebut secara automatik.
  6. Antara dokumen yang diperlukan:
    • Salinan MyKad/ Kad Pengenalan pemohon
    • Salinan MyKad /Kad Pengenalan ahli keluarga pemohon yang tinggal bersama
    • Salinan penyata pendapatan /surat akuan pendapatan (jika bekerja sendiri)
    • Bil Utiliti (air/elektik/telefon/astro)
  7. Klik Daftar Permohonan untuk memulakan pendaftaran bantuan ibu tunggal anda.
  8. Pilih Negeri.
  9. Masukkan MyKad anda pada ruangan No. Kad Pengenalan Baru.
  10. Klik Daftar.
  11. Isikan permohonan dengan maklumat yang diperlukan seperti berikut:
    • Negeri
    • Daerah/Jajahan
    • Mukim
    • Parlimen
    • DUN
    • Perujuk
    • Maklumat asas
    • Maklumat kediaman
    • Maklumat pekerjaan
    • Maklumat ahli keluarga
    • Maklumat kesihatan & ketidakupayaan
    • Maklumat harta
    • Maklumat pendapatan dan perbelanjaan bulanan pemohon/isi rumah
    • Maklumat waris
    • Perakuaan pemohon
    • Bawa senarai semak bersama borang permohonan
  12. Hadiri ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian.
  13. Tekan link ini bagi untuk mendapatkan maklumat dan lokasi Pejabat Kebajikan yang berdekatan dengan anda.
  14. Selesai.
 

Maklumat lanjut JKM

Anda boleh menghubungi JKM melalui dua cara iaitu:

  1. Secara langsung ke pejabat
Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia Aras 6, 9 - 18 , No 55, Persiaran Perdana Presint 4, 62100 Putrajaya

        2. Secara e-mel

helpdesk.ebantuan@jkm.gov.my

 

Akhir kalam

Diharapkan agar perkongsian tentang bantuan ibu tunggal dan cara mohonnya dari JKM dapat memudahkan lagi urusan anda.

Sekiranya anda ingin tahu tentang bantuan Permai 2021, sila baca cara mohon bakul makanan.

Ada banyak lagi bantuan khas ibu tunggal yang diberikan kerajaan. Apa yang penting, anda jangan terlepas pantang untuk semak berita-berita terkini berkenaan bantuan setiap kali diumumkan kerajaan.

Jemput untuk lihat senarai bantuan kerajaan yang penuh bagi tahun ini.

Semoga bermanfaat.