Bantuan ·

Cara Rayuan BPN Fasa Kedua Bantuan Prihatin (bpn.hasil.gov.my)

Pada 10 Mei 2020, kerajaan bersetuju untuk melanjutkan tempoh rayuan BPN Fasa 2 sehingga 31 Mei 2020. Bagi mana-mana individu yang mendapat status Tidak Lulus, boleh ikuti cara untuk buat rayuan seperti di bawah.

 

Rayuan BPN Fasa Kedua

Seperti yang dimaklumkan oleh Perdana Menteri, ada beberapa cara untuk buat rayuan BPN Fasa 2.

Rayuan BPN Fasa Kedua melalui email

Berikut ialah langkah untuk buat rayuan BPN melalui email:
  1. Anda boleh mengemukakan rayuan dengan menghantar email ke rayuanbpn@hasil.gov.my
  2. Sila sertakan dokumen sokongan seperti bukti kehilangan pekerjaan dan pendapatan yang semakin kurang disebabkan Coronavirus COVID-19
  3. Kami cadangkan anda hantar dengan conoth tajuk seperti berikut:
    • RAYUAN BPN: 800505-05-5555
    • PERMOHONAN RAYUAN BPN. NO K/P: 801010-10-5333
  4. Pastikan anda tekan butang Send
  5. Buat pengesahan email telah dihantar dengan semak Sent folder
  6. Akhir sekali, tunggu maklumbalas daripada pihak LHDN
 

Rayuan BPN Fasa Kedua di kaunter LHDN

Mana-mana individu yang permohonan mereka tidak diluluskan juga boleh hadir sendiri ke kaunter-kaunter LHDN. Sila rujuk cara isi borang rayuan BPN untuk penerangan yang lebih terperinci.
  1. Anda boleh mula untuk membuat rayuan pada hari Isnin 11 Mei 2020.
  2. Sila pastikan anda membawa dokumen seperti:
    • Kad Pengenalan (MyKad)
    • Surat rayuan
    • Dokumen sokongan seperti surat kena buang kerja, atau apa-apa yang membuktikan kehilangan pekerjaan atau pengurangan pendapatan
  3. Sila berpakaian sopan dan beradab semasa hadirkan diri ke kaunter LHDN.
  4. Sila pastikan anda mengikut SOP PKPB sepanjang berurusan di LHDN.
Untuk senarai cawangan LHDN di seluruh Malaysia, klik sini.

 

Rayuan Bantuan Prihatin Nasional Fasa 2 online (Tidak Lulus)

Ini hanya untuk permohonan sebelum ini, bukan Permohonan Baru dan Rayuan.
  1. Layari laman web rasmi BPN di sini: https://bpn.hasil.gov.my
  2. Lihat pada bahagian Semakan Status
  3. Masukkan Nombor MyKad anda
  4. Klik butang Carian
  5. Ruangan Captcha akan dipaparkan
  6. Masukkan sekali lagi aksara Captcha yang dipaparkan
  7. Klik butang Semak
  8. Tunggu sebentar sementara semakan sedang dilakukan
  9. Terdapat tiga (3) status semak Bantuan Prihatin Nasional yang akan dipaparkan:
    • Lulus
    • Tidak Lulus
    • Tiada Rekod
    • Tidak Layak
Seperti Carian di atas, jika status semakan Tidak Lulus anda boleh buat rayuan BPN.

Teruskan dengan langkah di bawah:

  1. Selepas buat semakan BPN seperti di atas, anda akan nampak paparan permohonan Tidak Lulus
  2. Klik butang Permohonan Rayuan
  3. Paparan Permohonan Rayuan yang telah Berjaya dihantar akan dipaparkan
  4. Klik Papar Rayuan untuk melihat rayuan yang telah dihantar
 

Rayuan Bantuan Prihatin Nasional Fasa 2 (Permohonan Baru)

Gambar di atas ialah kemaskini dari MyGCC di Facebook. Sila ambil maklum bahawa link tersebut tidak lagi aktif.

Terdahulu, dikatakan bahawa:

Bagi Permohonan Baru BPN yang Tidak Lulus

Bagi Rayuan BPN yang Tidak Lulus Buat masa ini, rayuan ke atas permohonan BPN yang berstatus Tidak Lulus belum diputuskan lagi oleh kerajaan.

Namun, semakan terbaru kami mendapati post ini telah dipadam. Ini mungkin bermakna ada peluang untuk anda buat rayuan BPN. Cuba hadirkan diri ke mana-mana cawangan LHDN untuk bertanyakan status ini.

Berbeza dengan mereka yang sudah mendafatar, perkongsian langkah di bawah ialah hanya apabila anda belum lagi mendaftar BPN. Ini bermakna anda belum ada ID Pengguna dan Kata Laluan untuk Log Masuk.

  1. Selepas buat semakan BPN seperti di atas, anda akan nampak paparan permohonan Tidak Lulus
  2. Jika belum daftar ID Pengguna, anda perlu mendaftar terlebih dahulu
  3. Klik butang Daftar Akaun
  4. Jawab Soalan Keselamatan berdasarkan maklumat yang telah didaftarkan pada borang permohonan
  5. Hanya ada dua (2) soalan sahaja yang perlu dijawab
  6. Setelah berjaya menjawab Soalan Keselamatan tadi, anda dikehendaki memelih lima (5) soalan Frasa Keselamatan
  7. Kata Laluan juga perlu didaftarkan bagi urusan Log Masuk
  8. Kekuatan Kata Laluan ditentukan oleh warna
  9. Kata Laluan yang bagus dan sukar untuk digodam ialah yang berwarna hijau
  10. Selepas selesai pendaftaran akaun BPN, klik butang Log Masuk
  11. Masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan yang didaftarkan
  12. Paparan Maklumat Pemohon dan Pengesahan akan dipaparkan
  13. Kemaskini Maklumat Pemohon jika ada
  14. Klik butang Permohonan Rayuan
  15. Paparan Permohonan Rayuan yang telah Berjaya dihantar akan dipaparkan
  16. Klik Papar Rayuan untuk melihat rayuan yang telah dihantar
 

1) Hubungi Kementerian Kewangan Malaysia untuk pertanyaan rayuan BPN

Nombor telefon

Waktu operasi Bantuan Prihatin Nasional oleh MOF adalah dari 9 pagi – 5 petang

Ahad – Jumaat

 

Email

Waktu operasi 24 jam

 

Telegram

 

2) Hubungi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia untuk pertanyaan rayuan BPN

Nombor telefon

Waktu operasi Bantuan Prihatin Nasional oleh LHDN adalah dari 9 pagi – 5 petang

Ahad – Jumaat

 

Akhir kalam

Jangan bersedih jika status semakan anda Tidak Lulus. Mungkin itu bukan rezeki.

Walau bagaimanapun, tidak salah buat rayuan Bantuan Prihatin Nasional.

Dapat atau tidak, itu perkara kedua. Yang penting, kita mencuba.

Diharapkan agar perkongsian cara buat rayuan BPN ini dapat membantu anda.

Akhir sekali, jika anda ada buat permohonan Geran Khas Prihatin (GKP), sudah boleh buat semakan GKP untuk menyemak kelulusan.

Semoga bermanfaat.