Bantuan ·

Cara Login Bantuan Prihatin Nasional BPN (bpn.hasil.gov.my)

Cara Login Bantuan Prihatin Nasional BPN (bpn.hasil.gov.my)

Sejak tengah malam 1 April 2020, ramai rakyat Malaysia yang mencari-cari cara login Bantuan Prihatin Nasional (BPN) untuk buat permohonan  bantuan yang diumumkan kerajaan baru-baru ini.

Sila ambil maklum bahawa ini adalah panduan login bagi BPN 1.0 yang lama. Untuk kemaskini terbaru, sila rujuk cara login BPN 2.0 yang baru.

Ramai yang kecewa kerana aliran trafik yang tinggi hingga menyebabkan ia tidak boleh dicapai.

Andai kata sudah kurang sesak, boleh ikuti cara untuk log masuk BPN seperti di bawah.

Selepas berjaya login dan mohon, jangan lupa buat semakan BPN, samada permohonan diterima atau tidak dan pembayaran duit sudah masuk akaun atau belum.

Jemput rujuk BPN 101 untuk mendapatkan pengumpulan maklumat mengenai langkah-langkah permohonan Bantuan Prihatian Nasional dari mula sehingga akhir.

Cara login Bantuan Prihatin Nasional

Ada beberapa link yang anda boleh cuba untuk cuba log masuk BPN

Log masuk melalui hasil.gov.my

  1. Layari hasil.gov.my
  2. Lihat baris yang pertama
  3. Klik BANTUAN PRIHATIN NASIONAL (BPN)
  4. Anda akan dibawa ke bpn.hasil.gov.my
 

Log masuk melalui bsh.hasil.gov.my

  1. Layari bsh.hasil.gov.my
  2. Lihat bahagian atas sekali, iaitu tulis Bantuan Prihatin Nasional
  3. Klik https://bpn.hasil.gov.my
  4. Anda akan dibawa ke bpn.hasil.gov.my
 

Login Bantuan Prihatin Nasional melalui bpn.hasil.gov.my

Jika anda cuba log masuk melalui hasil.gov.my dan bsh.hasil.gov.my, pautan yang sebenar-benarnya ialah bpn.hasil.gov.my juga.

Untuk menentusahkan bahawa laman BPN yang anda cuba masuk adalah yang sah, pastikan anda nampak paparan seperti di bawah.

  1. Layari portal rasmi BPN di sini: https://bpn.hasil.gov.my
  2. Lihat pada Semakan Status
  3. Masukkan Nombor MyKad anda
  4. Klik butang carian
  5. Ruangan CAPTCHA akan dipaparkan
  6. Masukkan sekali lagi aksara CAPTCHA yang dipaparkan
  7. Klik butang Semak
  8. Tunggu sebentar sementara semakan sedang dilakukan
  9. Terdapat tiga (3) status semakan yang akan dipaparkan:
    • Jika status LULUS: Anda layak untuk terima duit BPN. Tidak perlu buat apa-apa.
    • Jika status TIDAK LULUS: Anda tidak layak untuk terima duit BPN. Juga tidak perlu buat apa-apa.
    • Jika status TIADA REKOD:  Anda layak untuk terima duit BPN. Anda perlu buat permohonan baru Bantuan Prihatin Nasional
  10. Sebarangkan persoalan tentang status lulus atau tidak, sila hubungi Kementerian Kewangan Malaysia atau LHDN untuk kepastian dan maklumat lanjut
 

Siapa yang PERLU login & memohon BPN?

Berikut ialah ringkasan mengenai golongan yang PERLU buat permohonan dan login Bantuan Prihatin Nasional.

Jika anda BUKAN golongan di bawah, tidak perlu buat permohonan.

 

Golongan sudah berkahwin: Pendapatan Isi Rumah RM4,000 ke bawah

 

Golongan sudah berkahwin: Pendapatan Isi Rumah RM4,001 hingga RM8,000

 

Orang bujang: Pendapatan RM2,000 ke bawah

 

Orang bujang: Pendapatan RM2,000 hingga RM4,000

Semoga penerangan mengenai cara mohon Bantuan Prihatin Nasional di atas jelas.

 

 

Tak boleh login Bantuan Prihatin Nasional (BPN)?

Jika anda tidak boleh masuk ke pautan yang diberi, kami sarankan anda hubungi nombor telefon seperti berikut yang khusus untuk pertanyaan mengenai BPN:

Hubungi Kementerian Kewangan Malaysia

Nombor telefon Waktu operasi Bantuan Prihatin Nasional oleh MOF adalah dari 9 pagi - 5 petang

Ahad - Jumaat

 

Email

Waktu operasi 24 jam

 

Telegram

 

Hubungi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Nombor telefon Waktu operasi Bantuan Prihatin Nasional oleh LHDN adalah dari 9 pagi - 5 petang

Ahad - Jumaat

 

Akhir kalam

Usah risau jika tidak dapat login Bantuan Prihatin Nasional.

Kemungkinan besar sistem tidak dapat dicapai kerana terlalu ramai yang cuba login dalam satu-satu masa.

Sila bawa bertenang dan cuba lagi.

Jika boleh login, jangan lupa kemaskini BPN.

Akhir sekali, untuk mengelakkan dari terlepas pandang, sila ambil maklum dengan tarikh bayaran BPN untuk Fasa 1 & Fasa 2; dan juga cara pembayaran BPN.

Semoga bermanfaat.