Bantuan ·

BPN 2.0 Login (Log Masuk Direct Link bpn.hasil.gov.my)

Izinkan kami buat andaian bahawa anda sudah pun buat pendaftaran BPN 2.0. Jadi,  anda kini hanya mahu tahu link BPN 2.0 login bagi untuk buat permohonan BPN 2.0 yang baru.

Anda juga boleh Log Masuk BPN 2.0 di bpn.hasil.gov.my jika mahu tahu BPN 2.0 bila masuk. Ini kerana tarikh bayaran BPN 2.0 adalah berbeza-beza mengikut bank.

Apa-apa pun, di bawah ini ialah perkongsian pautan dan juga cara untuk login BPN 2.0.

Ikuti langkah-langkah yang ringkas seperti di bawah:
  1. Layari direct link untuk Log Masuk Bantuan Prihatin Nasional 2.0 di sini: https://bpn.hasil.gov.my/Account/Login
  2. Masukkan ID Pengguna anda
  3. Untuk makluman, ID Pengguna ialah Nombor Kad Pengenalan / MyKad anda
  4. Pastikan ID Pengguna tersebut adalah dalam 12 digit
  5. Isikan tanpa tanda sempang (-) atau dash 
  6. Contohnya, jika Nombor MyKad ialah 950202-02-5355, masukkan 950202025355
  7. Tekan butang Semak
  8. Ada dua situasi di sini:
  9. Yang pertama, jika ada belum mendaftar lagi, akan akan terpapar ralat ini. Maka, anda perlu buat pendaftaran terlebih dahulu.
    • ID pengenalan belum didaftarkan. Sila Ke Halaman Daftar Akaun Untuk Mendaftar.
  10. Yang kedua, jika anda sudah mendaftar, akan berjaya login BPN 2.0
  11. Selepas berjaya masuk, anda boleh mula daftar permohonan
 

Masalah Log Masuk BPN 2.0

Berikut ialah antara beberapa masalah yang selalu dihadapi semasa cuba login BPN 2.0:
  1. Keluar error "ID pengenalan belum didaftarkan"
    • Sekiranya ini berlaku, ini bermakna anda belum pernah mendaftar untuk Bantuan Prihatin Nasional termasuk BPN 1.0.
    • Anda dikehendaki pergi ke halaman Daftar Akaun untuk mendaftar terlebih dahulu.
    • Untuk panduan ringkas, sila baca cara buat pendaftaran akaun BPN 2.0
  2. Kata Laluan salah
    • Ada kemungkinan anda terlupa password sebelum ini. Jangan risau. Jika ini berlaku, sila klik link Terlupa Kata Laluan?  sebelum mencuba Log Masuk BPN 2.0
    • Soalan Keselamatan akan dipaparkan, bermula dengan Soalan Pertama
    • Sila jawab Soalan Keselamatan mengikut jawapan yang anda isikan semasa buat pendaftaran dahulu
    • Klik butang Seterusnya untuk soalan yang seterusnya
    • Jawab kelima-lima Soalan Keselamatan
    • Ikut arahan yang diberikan sehingga selesai
 

Akhir kalam

Diharapkan agar perkongsian cara login BPN 2.0 ini dapat memudahkan lagi urusan anda untuk membuat pendaftaran dan permohonan.

Hanya sedikit sahaja nasihat kami kepada semua pemohon-pemohon Bantuan Prihatin Nasional 2.0 ini. Janganlah terlalu berharap kepada bantuan ini, bimbang akan kecewa nanti.

Benar, kita memang layak. Namun, tak semestinya bantuan ini ditakdirkan untuk kita. Andainya rezeki tidak menyebelahi kita, janganlah marah-marah. Berlapang dada itu lebih baik

Apa-apa pun, kita cuba dahulu. Semoga berhasil.

Jemput juga untuk baca panduan BPR login. Anda boleh dapatkan maklumat berkenaan Bantuan Prihatin Rakyat seperti cara daftar BPR dan cara mohon BPR.

Insya Allah, dipermudahkan segala urusan.

Semoga bermanfaat.