Bantuan ·

BPR Login (Log Masuk Bantuan Prihatin Rakyat bpr.hasil.gov.my)

Izinkan kami buat andaian bahawa anda sudah pun buat pendaftaran Bantuan Prihatin Rakyat. Jadi,  anda kini hanya mahu tahu direct link BPR login bagi untuk buat permohonan BPR yang dibentangkan dalam #bajet2021 tempohari.

Makluman

  • Kerajaan mengumumkan Bantuan Lockdown 3.0 yang terbaru
  • Sila rujuk cara mohon Bantuan Lockdown 3.0
  • Join group Telegram Komuniti B40 #kitajagakita di sini: https://t.me/joinchat/dS26mOoq-64yMzM1

Anda juga boleh Log Masuk BPR Hasil jika mahu tahu BPR bila dapat. Ini kerana tarikh bayaran BPR adalah berbeza-beza mengikut bank.

Apa-apa pun, di bawah ini ialah perkongsian pautan dan juga cara untuk login BPR melalui portal rasmi bpr.hasil.gov .my

Sila ambil maklum bahawa link ini mungkin jem sebab terlalu ramai orang masuk. Nasihat kami, sila masuk pada waktu bukan puncak (contohnya 12 malam dan ke atas) untuk mengelakkan kesesakan di bpr.hasil.gov .my

Ikuti langkah-langkah yang ringkas seperti di bawah:

  1. Layari laman web rasmi BPR di sini: https://bpr.hasil.gov.my
  2. Namun, untuk memudahkan urusan, boleh terus guna direct link untuk Log Masuk Bantuan Rakyat di sini: https://bpr.hasil.gov.my/Account/Login
  3. Masukkan No MyKad anda
  4. Pastikan No MyKad yang dimasukkan adalah dalam 12 digit
  5. Isikan tanpa tanda sempang (-) atau dash 
  6. Contohnya, jika Nombor MyKad ialah 900202-03-5355, masukkan 900202035355
  7. Tekan butang Semak
  8. Sila ambil perhatian. Akan ada dua situasi di sini semasa dalam proses login BPR:
  9. Yang pertama, jika ada belum pernah mendaftar lagi, akan akan terpapar ralat ini "ID pengenalan belum didaftarkan. Sila Ke Halaman Daftar Akaun Untuk Mendaftar." Maka, anda perlu buat pendaftaran terlebih dahulu.
  10. Yang kedua, jika anda sudah mendaftar, akan berjaya login BPR
  11. Selepas berjaya masuk, anda boleh mula daftar permohonan Bantuan Prihatin Rakyat
 

2. Akaun BPR disekat?

Jika anda mempunyai kesukaran untuk login dan menerima ralat Anda telah gagal menjawab soalan keselamatan lebih dari 3 kali. Akaun anda telah disekat, jangan menggelabah. Apa yang anda perlu buat ialah tunggu dalam masa lebih kurang 10 minit. Selepas itu, cuba login sekali lagi.

Namun, jika masih lagi gagal, boleh rujuk panduan berkenaan BPR akaun disekat.

 

3. Masalah Log Masuk BPR

Berikut ialah antara beberapa masalah yang selalu dihadapi semasa cuba login BPR:
  1. Portal BPR jem, tak boleh masuk
    • Sila ambil maklum bahawa aliran trafik ke portal BPR mungkin sangat tinggi dan mengalami kesesakan.
    • Anda mungkin tidak boleh masuk kerana terlalu ramai yang cuba login BPR dalam masa yang sama.
    • Kami sarankan anda cuba akses pada waktu malam. Lebih baik lagi, jam 12 tengah malam dan ke atas.
  2. Keluar error "ID pengenalan belum didaftarkan"
    • Sekiranya ini berlaku, ini bermakna anda belum pernah mendaftar untuk Bantuan Prihatin Nasional termasuk BPN 2.0 dan BPN 1.0.
    • Anda dikehendaki pergi ke halaman Daftar Akaun untuk mendaftar terlebih dahulu.
    • Untuk panduan ringkas, sila baca cara buat pendaftaran akaun BPR
  3. Kata Laluan salah
    • Ada kemungkinan anda terlupa password sebelum ini. Jangan risau. Jika ini berlaku, sila klik link Terlupa Kata Laluan?  sebelum mencuba Log Masuk BPR
    • Soalan Keselamatan akan dipaparkan, bermula dengan Soalan Pertama
    • Sila jawab Soalan Keselamatan mengikut jawapan yang anda isikan semasa buat pendaftaran dahulu
    • Klik butang Seterusnya untuk soalan yang seterusnya
    • Jawab kelima-lima Soalan Keselamatan
    • Ikut arahan yang diberikan sehingga selesai
 

Maklumat lanjut berkenaan BPR

Jika anda adalah salah seorang yang sudah baca cara login BPR, namun masih lagi mempunyai masalah untuk Log Masuk dan dalam masa yang sama ingin tahu maklumat lanjut berkenaan pendaftaran BPR, permohonan BPR, kemaskini dan lain-lain lagi, sila hubungi nombor hotline BPR di Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di sini:

Alternatif lain, sila hubungi nombor hotline BPR di Kementerian Kewangan Malaysia di talian berikut: Anda juga boleh cuba hubungi Hasil Care Line (HCL) di talian berikut:  

Akhir kalam

Diharapkan agar perkongsian cara login BPR di bpr.hasil.gov.my ini dapat memudahkan lagi urusan anda untuk membuat pendaftaran dan permohonan Bantuan Prihatin Rakyat yang terbaru ini..

Hanya sedikit sahaja nasihat kami kepada semua pemohon-pemohon Bantuan Prihatin Rakyat ini. Janganlah terlalu berharap kepada bantuan ini, bimbang akan kecewa nanti.

Benar, kita memang layak. Namun, tak semestinya bantuan ini ditakdirkan untuk kita. Andainya rezeki tidak menyebelahi kita, janganlah marah-marah. Berlapang dada itu lebih baik

Apa-apa pun, kita cuba dahulu. Semoga berhasil.

Insya Allah, dipermudahkan segala urusan.

Selepas selesai semua proses daftar BPR, mohon BPR dan kemaskini BPR 2021, barulah boleh buat semakan BPR untuk melihat status kelulusan dan pembayaran.

Semoga bermanfaat.