Bantuan ·

Kemaskini BPR 2021 Online (Kemas Kini Bantuan Prihatin Rakyat)

Maklumat berkenaan kemaskini BPR 2021 sudah tidak terpakai lagi. Untuk anda yang layak menerima bantuan, sila rujuk pautan untuk kemaskini BTR 2023 yang terbaru.

Pasti anda tertanya-tanya, macam mana cara kemaskini BPR 2021. Kami tahu, ramai yang masih tidak pasti, kalau sudah layak BSH, BPN atau BPN 2.0, adakah perlu kemaskini lagi?

Untuk pengetahuan, kami juga belum pasti kerana maklumat rasmi Bantuan Prihatin Rakyat masih lagi belum dikeluarkan oleh LHDN.

Untuk permohonan baru, sila baca cara daftar BPR terlebih dahulu. Selepas itu, baru boleh buat permohonan baru BPR.

Makluman

  • Kerajaan mengumumkan Bantuan Lockdown 3.0 yang terbaru
  • Sila rujuk cara mohon Bantuan Lockdown 3.0
  • Join group Telegram Komuniti B40 #kitajagakita di sini: https://t.me/joinchat/dS26mOoq-64yMzM1

Cara kemaskini BPR 2021 secara online

Ikut langkah di bawah untuk buat proses kemaskini BPR Hasil 2021 yang ringkas:
  1. Layari portal rasmi untuk login BPR di sini: https://bpr.hasil.gov.my
  2. Tekan pautan Log Masuk pada bahagian Menu atas sebelah kanan
  3. Masukkan No MyKad iaitu Nombor Kad Pengenalan anda
  4. Tekan butang Semak
  5. Akan keluar soalan "Adakah ini kata kunci keselamatan anda?"
  6. Jika yang terpapar ialah kata kunci anda, tekan Ya
  7. Masukkan Kata Laluan anda
  8. Tekan butang Log Masuk
  9. Jika tidak ada apa-apa masalah, anda akan dapat Log Masuk ke dalam sistem
  10. Akan terpapar beberapa butang yang anda dapat lihat:
    • Profil
    • Semakan Status
    • Kemaskini Permohonan
    • Cetakan
    • Peti Mel
    • Maklum Balas
  11. Untuk update, tekan Kemaskini Permohonan
  12.  Sila kemaskini sekiranya ada maklumat diri anda yang sudah berubah dari sebelum ini
  13. Maklumat yang paling selalu berubah ialah:
    • Nombor Akaun Bank
    • Status Perkahwinan
    • Nombor Telefon
    • Maklumat Anak

Apa yang boleh dikemaskini BPR 2021?

Secara amnya, cara kemaskini BPR ini adalah berdasarkan berikut adalah beberapa maklumat penting yang anda boleh update di bpr.hasil.gov.my.

#1 Nombor akaun bank terkini

 

#2 Status perkahwinan terkini

 

#3 Nombor telefon terkini

 

#4 Maklumat anak terkini

Selepas mengikuti panduan dan cara kemaskini BPR ini; dan hanya selepas proses kemaskini diterima oleh pihak LHDN, barulah anda boleh buat semakan BPR 2021 untuk melihat status samada lulus atau tidak apabila dibuka kelak.

 

Pertanyaan tentang kemas kini Bantuan Prihatin Rakyat

Tentu sekali ada yang mahu tahu lebih lanjut tentang pendaftaran, cara kemaskini BPR, semakan, rayuan dan juga permohonan baru.

Jangan risau.

Jika anda adalah salah seorang yang sudah baca cara mohon BPR, namun masih lagi ingin tahu maklumat lanjut berkenaan pendaftaran BPR, permohonan BPR, kemas kini dan lain-lain lagi, sila hubungi nombor hotline BPR di Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di sini:

Alternatif lain, sila hubungi nombor hotline BPR di Kementerian Kewangan Malaysia di talian berikut: Anda juga boleh cuba hubungi Hasil Care Line (HCL) di talian berikut:  

Akhir kalam

Adalah menjadi tanggungjawab anda untuk memastikan maklumat diri adalah lengkap dalam sistem BPR. Oleh yang demikian, jangan marah-marah jika bayaran tidak masuk ke dalam akaun kerana kesilapan diri sendiri.

Pastikan ikut langkah-langkah, panduan dan cara kemaskini BPR seperti yang disarankan seperti di atas. Ini adalah untuk mengelakkan terjadinya permasalahan pada masa akan datang, terutama sekali berkenaan pembayaran.

Seperti yang dimaklumkan, selepas selesai semua proses mohon BPR dengan login BPR, barulah boleh buat semakan BPR untuk melihat status kelulusan dan pembayaran.

Jemput refresh semula kaedah bayaran dengan membaca jumlah bayaran BPR dan cara pembayaran BPR.

Semoga bermanfaat.