Cara Permohonan Gerak Malaysia (gerakmalaysia.gov.my)
Bagi mereka yang terkandas di kampung sejak PKP 1 pada 18 Mac 2020, anda kini boleh balik semula ke rumah anda. Walau bagaimanapun, anda perlu buat permohonan dan pendaftaran terlebih dahulu menggunakan aplikasi Gerak Malaysia. Jadi, izinkan kami kongsikan cara permohonan Gerak Malaysia secara online.
Jika anda sudah isi permohonan tetapi ada kesilapan, sila kemaskini maklumat data peribadi Gerak Malaysia terlebih dahulu.
Bagi mengetahui status kelulusan, samada dapat permit atau tidak, sila buat semakan Gerak Malaysia.
Permohonan balik kampung pelajar IPT
Untuk makluman, berbeza dengan orang biasa, pelajar-pelajar di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) termasuk politeknik serta kolej komuniti yang terkurung di kampus, tidak perlu buat permohonan balik kampung semasa PKP.PENTING
Ini BUKAN SALURAN RASMI untuk permohonan, kemaskini dan semakan Gerak Malaysia. Sila hubungi Gerak Malaysia untuk maklumat rasmi yang sahih dan lebih tepat.
Makluman dari Majlis Keselamatan Negara (MKN)
Pada masa anda membaca perkongsian ini, anda juga mungkin telah menerima SMS dari MKN yang berbunyi“Muat turun aplikasi Gerak Malaysia untuk memohon permit pergerakan dengan menggunakan kod QR bagi kelulusan PDRM semasa PKP”
Teruskan membaca di bahagian bawah untuk mengetahui cara-cara untuk muat turun, isi borang, hantar, kemaskini dan buat semakan Gerak Malaysia, samada lulus atau tidak.
Apa itu Gerak Malaysia
Dalam bahasa yang mudah, Gerak Malaysia adalah suatu usaha atau inisiatif dari kerajaan Malaysia.Aplikasi Gerak Malaysia boleh mengesan kedudukan anda dengan syarat anda menghidupkan GPS. Ia juga dipanggil pengesanan kontak.
Maka, ini akan membolehkan kerajaan menangani wabak COVID-19 dan membendung penyebaran virus dengan lebih berkesan.
Cara buat permohonan Gerak Malaysia
Ingin kami kongsikan di sini, jika anda menggunakan peranti Apple iOS, app Gerak Malaysia ini, antaramukanya hanya ada dalam Bahasa Inggeris. Begitu juga dengan peranti Android dan Huawei.Walaupun begitu, jangan risau.
Kami akan kongiskan langkah dan panduan mudah dalam Bahasa Melayu.
Ikuti cara-cara di bawah:
- Download app Gerak Malaysia
- Klik sini untuk download di App Store, jika anda gunakan Apple iPhone
- Klik sini untuk download di Google Play, jika anda gunakan Android
- Klik sini untuk download di Huawe AppGallery, jikan anda gunakan Huawei
- Install sehingga selesai
- Buka aplikasi Gerak Malaysia
- Akan keluar beberapa gambar dan penerangan
- Slide sehingga habis
- Klik Let's get started
- Sekarang anda akan berada di ruangan Verify your mobile number
- Masukkan nombor telefon bimbit anda
- One Time Password (OTP) dalam bentuk SMS akan dihantar ke telefon bimbit anda
- Sila buat pengesahan dengan memasukkan 6 digit Verification Code untuk buat pengesahan
- Anda akan diminta untuk buat pendaftaran di ruangan Register
- Masukkan Nama Penuh seperti dalam Kad Pengenalan di ruangan Name per NRIC / Passport
- Masukkan Alamat Tempat Tinggal sekarang di ruangan Residential Address
- Residential Address ialah alamat yang TERKANDAS sekarang. Maksudnya, anda perlu masukkan alamat kampung.
- Masukkan Bandar di ruangan City
- Masukkan Poskod di ruangan Postcode
- Pilih jenis Pengenalan Diri dalam ruangan Identification Type iaitu Nombor Kad Pengenalan atau Passport
- Jika jenis Pengenalan Diri anda ialah Nombor Kad Pengenalan, masukkan Nombor Kad Pengenalan anda
- Jika jenis Pengenalan Diri anda ialah Nombor Passport, masukkan Nombor Passport anda
- Masukkan email di ruangan Email
- Jika tidak ada email, abaikan sahaja ruangan itu
- Klik Continue
- Klik Yes untuk berkongsi lokasi peranti anda
- Klik Allow untuk memberikan kebenaran kepada Gerak Malaysia menjejaki lokasi peranti anda
- Ikuti langkah seterusnya sehingga selesai
- Setelah selesai pendaftaran, akan akan diminta untuk tekan butang Generate QR Code bagi memohon permit
- Anda akan diberikan pilihan seperti:
- Membeli Makanan dan Keperluan Harian
- Rawatan Perubatan
- Kecemasan
- Aktiviti-aktiviti Perlu
- Membeli barangan dapur
- Pergerakan Antara Negeri
- Untuk Perjalanan Antara Negeri, selepas Generate QR Code, anda akan menerima maklumat berikut "Terima kasih. Permohonan perjalanan anda telah diterima. Kami sedang meneliti semua permohonan. Sila rujuk kembali di sini pada 29 April 2020 untuk maklumat lanjut bagi melengkapkan proses permohonan anda.
- QR Code ini akan diimbas oleh pasukan PDRM di mana-mana road-block sepanjang perjalanan anda
Muat turun aplikasi Gerak Malaysia
Izinkan kami letakkan sekali pautan untuk muat turn aplikasi Gerak Malaysia di sini- Jika anda gunakan iPhone yang menggunakan Apple iOS, boleh muat turun di App Store.
- Jika anda gunakan telefon jenis Android, boleh muat turun di Google Play.
- Jika anda gunakan telefon jenama Huawei, sila buat carian "Gerak Malaysia" di Huawei AppGallery.
Kemaskini cara isi borang Gerak Malaysia, ruangan Residential Address
Ini soalan paling popular juga.Terima kasih pihak MyGCC yang mengesahkan perkara ini.
Bagi yang tidak berapa faham berkenaan dengan Residential Address, anda perlu meletakkan alamat tempat tinggal yang TERKANDAS. Selain itu, anda wajib aktifkan GPS jika ingin permohonan diluluskan.
Masalah Rooted Device Detected, semasa install Gerak Malaysia
Pihak MyGCC juga sudah memberikan maklumbalas tentang perkara ini.Jika anda menggunakan telefon jenis Android dan pernah buat sesuatu untuk dapatkan akses root untuk telefon tersebut, besar kemungkinan anda akan menerima masalah untuk install.
Mesej yang diterima ialah “Rooted Device Detected. This app is not supported by rooted devices”.
Anda perlu dapatkan bantuan teknikal di alamat email di bawah.
Jalan alternatif yang lain ialah anda perlu buat permohonan bertulis dari balai polis berdekatan.
Jadual perjalanan semasa PKP
Pihak PDRM juga telah mengeluarkan kenyataan di mana pemohon perlu mengikut jadual yang telah ditetapkan mengikut negeri masing-masing.7 Mei 2020 Dibenarkan hanya untuk pemohon dari: Kuala Lumpur
8 Mei 2020 Dibenarkan hanya untuk pemohon dari negeri:
- Perak
- Johor
- Kelantan
9 Mei 2020 Dibenarkan hanya untuk pemohon dari negeri:
- Perlis
- Kedah
- Pulau Pinang
- Melaka
- Pahang
- Selangor
- Negeri Sembilan
- Terengganu
Perjalanan Gerak Malaysia adalah SEHALA, bukan DUA HALA
Ramai juga yang bertanya, "Mak saya sekarang terkandas di Shah Alam. Kalau saya nak hantar mak yang nak balik kampung di Johor Bahru, dan selepas itu saya nak balik semula ke Shah Alam, boleh ke?Jawapannya, TIDAK BOLEH.
Permohonan balik kampung rentas negeri (semasa PKP)
Terlalu ramai yang bertanya, adakalah ini permohonan untuk balik kampung sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)?Bukan.
Permohonan Gerak Malaysia ialah permohonan balik bandar selepas terlalu lama terperangkap dan terkandas di kampung.
Secara ringkasnya:
- Balik ke bandar (rumah anda) dari kampung mak ayah / mertua Mohon melalui Gerak Malaysia
- Balik ke kampung (rumah anda) dari kampung mak ayah / mertua Mohon melalui Gerak Malaysia
- Balik kampung mak ayah / mertua untuk sambut Hari Raya sempena PKP Tidak dibenarkan
- Balik kampung mak ayah / mertua untuk sama-sama berbuka puasa bulan Ramadan semasa PKP Tidak dibenarkan
- Balik kampung mak ayah / mertua untuk jumpa orang tua sewaktu PKP Tidak dibenarkan
- Dari Terengganu, mahu balik ke Selangor
- Dari Kelantan, mahu pulang semula ke Kuala Lumpur
- Dari Kedah, mahu balik ke Pahang
- Dari Melaka, mahu pulang ke Perlis
- Dari Negeri Sembilan, mahu pulang ke Perak
Download borang rentas negeri (tiada app Gerak Malaysia)
Bagi orang ramai yang tidak mempunyai telefon bimbit untuk install app Gerak Malaysia, ada satu lagi cara permohonan Gerak Malaysia, iaitu menggunakan borang manual.
Anda perlu mencetak dan mengisi borang berkenaan sebelum dibawa ke balai polis berdekatan bagi mendapatkan kelulusan.
Walau bagaimanapun, borang ini hanya tertakluk kepada orang awam yang berada di Semenanjung Malaysia yang tidak mempunyai kemudahan aplikasi Gerak Malaysia untuk memohon membuat pergerakan.
Permohonan manual ini boleh dibuat bermula bila-bila masa. Selepas itu perlu membuat janji temu dengan balai berdekatan bagi urusan penghantaran borang bagi mengelakkan kesesakan.
Kelulusan akan diberikan pada hari sama selepas borang berkenaan diserahkan.
Hubungi Gerak Malaysia untuk maklumat lanjut
Hasil penelitian kami, tidak ada nombor telefon yang boleh dihubungi.Walalu bagaimanapun, jika anda mahu maklumat lanjut dan bantuan berkenaan Gerak Malaysia, boleh hantar email kepada alamat email di bawah:
- info@gerakmalaysia.gov.my
- feedback@gerakmalaysia.gov.my
- maklumbalas@gerakmalaysia.gov.my
- aduan@gerakmalaysia.gov.my
- complaint@gerakmalaysia.gov.my
Akhir kalam
Manfaatkanlah kelonggaran yang diberikan oleh kerajaan Malaysia ini.Janganlah pula buat perkara yang bukan-bukan dan melanggar undang-undang.
Hati-hati memandu. Jika mengantuk, baca dahulu cara hilangkan mengantuk ketika memandu dan baca doa naik kenderaan.
Diharapkan agar cara permohonan Gerak Malaysia ini akan menghilangkan kerisauan anda.
Semoga bermanfaat.