Semakan Gerak Malaysia (Check Status Kelulusan Permit Interstate Travel)
Anda pastinya salah seorang pemohon yang sudah buat permohonan Gerak Malaysia tempohari. Kini, tentu sekali anda tertunggu-tunggu pula, bila boleh buat semakan Gerak Malaysia untuk mulakan pergerakan balik ke destinasi yang ingin dituju.
Dan sebelum dapat keputusan lulus atau gagal untuk mulakan pergerakan, pastikan anda kemaskini Gerak Malaysia, terutama bahagian Residential Address yang mungkin tersilap isi.
PENTING
Ini BUKAN SALURAN RASMI untuk permohonan, kemaskini dan semakan Gerak Malaysia.
Sila hubungi Gerak Malaysia untuk maklumat rasmi yang sahih dan lebih tepat.
KEMASKINI 1 MEI 2020 Menurut Harian Metro, tarikh 1 hingga 3 Mei 2020 bukan tempoh pergerakan ke destinasi yang ingin dituju. Sebaliknya tarikh 1 hingga 3 Mei 2020 adalah untuk kerajaan menyemak dan memutuskan keputusan sama ada meluluskan permohonan mereka yang terkandas. Apa-apa pun, kita tunggu pengumuman dan pengesahan dari sumber rasmi. Wallhua'alam.
Sedikit mengenai permohonan Gerak Malaysia
Bagi mereka yang terperangkap dan terkandas di kampung sejak PKP diumumkan pada 18 Mac 2020, anda kini boleh balik semula ke rumah anda.Bukan balik kampung untuk sambut Ramadan atau Hari Raya Aidilfitri. Tetapi balik bandar untuk pulang ke rumah dari kampung.
Semakan Gerak Malaysia
Berikut adalah cara untuk buat semakan untuk status kelulusan permohonan permit Gerak Malaysia.
Untuk makluman, tarikh untuk buat semakan adalah pada 1 Mei 2020.
<Maklumat terkini akan dikemaskini selepas mendapat maklumat rasmi>
Cara buat semakan Gerak Malaysia
- Pastikan anda sudah muat turun dan install aplikasi Gerak Malaysia samada melalui Google Play, App Store atau AppGallery
- Klik ikon Gerak Malaysia dalam telefon bimbit anda
- Tunggu hingga loading keseluruhannya
- Anda kini sudah masuk di muka hadapan aplikasi Gerak Malaysia
- Status akan dipaparkan di sini
- <Setakat hari ini 1 Mei 2020, masih lagi belum ada apa-apa pengumuman dari Gerak Malaysia. Maklumat akan dikemaskini selepas mendapat maklumat rasmi>
Semak Residential Address
Sila semak maklumat Residential Address yang ada masukkan sebelum ini.Mungkin anda adalah salah seorang yang tersalah mengisi ruangan Residential Address.
Sila pastikan bahawa anda memasukkan:
- Alamat yang TERKANDAS di kampung
- BUKAN alamat destinasi di bandar
Bagi sesiapa yang telah tersilap mengisi ruangan Residential Address dengan lokasi destinasi, anda perlu kemaskini dengan meletakkan alamat tempat tinggal yang TERKANDAS. Anda juga wajib aktifkan GPS jika ingin permohonan diluluskan.
Alasan untuk pergerakan
Pastikan anda pilih alasan yang kukuh untuk buat pergerakan rentas negeri Gerak Malaysia.Semasa proses pendaftaran dan permohonan sebelum ini, anda akan dipaparkan dengan mesej “Please select a valid reason of travelling out of your home”.
Anda diberikan beberapa pilihan kenapa mahu melakukan pergerakan.
Pilihan yang ada ialah:
- Emergency Activity
- Medical Treatment
- Essential Activity
- Essential Shopping
- Interstate Travel
Dikhuatiri jika anda mahu buat pergerakan rentas negeri, tetapi buat pilihan yang salah, anda akan dikenakan tindakan undang-undang.
Tarikh & jadual perjalanan semasa PKP
Pihak PDRM juga telah mengeluarkan kenyataan di mana pemohon Gerak Malaysia perlu mengikut jadual yang telah ditetapkan mengikut negeri masing-masing.- 1 Mei 2020
Dibenarkan hanya untuk pemohon dari negeri:
- Perak
- Johor
- Kelantan
- 2 Mei 2020
Dibenarkan hanya untuk pemohon dari negeri:
- Perlis
- Kedah
- Pulau Pinang
- Melaka
- Pahang
- 3 Mei 2020
Dibenarkan hanya untuk pemohon dari negeri:
- Selangor
- Kuala Lumpur
- Negeri Sembilan
- Terengganu
Hubungi Gerak Malaysia untuk maklumat lanjut
Jika anda mengalami masalah teknikal, serta mahu maklumat lanjut berkenaan Gerak Malaysia, boleh hantar email kepada alamat email seperti yang disenaraikan di bawah:- info@gerakmalaysia.gov.my
- feedback@gerakmalaysia.gov.my
- maklumbalas@gerakmalaysia.gov.my
- aduan@gerakmalaysia.gov.my
- complaint@gerakmalaysia.gov.my
Terdapat maklumat sahih dan lengkap, termasuk FAQ yang bakal menjawab segala persoalan anda.
Akhir kalam
Kami doakan agar permohonan anda selepas kemaskini data peribadi Gerak Malaysia mendapat kelulusan.
Bagi yang mendapat permit kelulusan untuk pergerakan rentas negeri, hati-hati memandu. Jika takut mata rasa mengantuk kerana sudah lama tidak jalan jauh, jemput baca dahulu cara hilangkan mengantuk ketika memandu dan baca doa naik kenderaan.
Bagi yang tidak dapat permit dan kelulusan, jangan bersedih. Kita sama-sama ikut arahan kerajaan dan berkorban untuk negara dalam tempoh PKP ini.
Diharapkan agar perkongsian semakan Gerak Malaysia ini akan dapat memberikan sinar kegembiraan kepada anda.
Semoga bermanfaat.