Semakan Bantuan Prihatin Nasional (Check BPN 2020)
Sekiranya anda menepati kriteria kelayakan untuk menerima BPN dan langsung tidak perlu buat permohonan, tentu tertunggu-tunggu bagaimana untuk buat semakan Bantuan Prihatin Nasional.
Jemput baca perkongsian kami seperti di bawah.
Sedikit mengenai BPN
Bantuan Prihatin Nasional adalah salah satu bantuan yang disediakan oleh kerajaan Malaysia dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang akan diberikan secara one-off kepada golongan B40 dan M40.Pemberian Bantuan Prihatin Nasional bagi golongan B40 adalah berdasarkan kepada pangkalan data atau database Bantuan Sara Hidup.
Manakala Bantuan Prihatin Nasional bagi golongan M40 adalah berdasarkan data percukaian Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).
Jemput rujuk BPN 101 untuk mendapatkan pengumpulan maklumat mengenai langkah-langkah permohonan Bantuan Prihatian Nasional dari mula sehingga akhir.
Semakan Bantuan Prihatin Nasional
Sebelum itu, pastikan buat semakan samada status permohonan BPN diterima atau tidak.
Semakan Bantuan Prihatin Nasional Bujang, gaji bawah RM2000
Berikut ialah cara untuk buat semak status Bantuan Prihatin Nasional B40 Bujang- Layari laman web rasmi BPN di sini: https://bpn.hasil.gov.my
- Lihat pada bahagian Semakan Status
- Masukkan Nombor MyKad anda
- Klik butang Carian
- Ruangan Captcha akan dipaparkan
- Masukkan sekali lagi aksara Captcha yang dipaparkan
- Klik butang Semak
- Tunggu sebentar sementara semakan sedang dilakukan
- Pastikan status semakan Bantuan Prihatin Nasional yang dipaparkan ialah:
- Status LULUS: Bermakna anda layak untuk terima duit BPN. Tidak perlu buat apa-apa permohonan.
- Jika anda bujang dan bergaji bawah RM2000, pastikan amaun kelulusan BPN ialah RM800
- Bayaran Fasa 1 RM500 akan dibayar pada bulan April 2020
- Bayaran Fasa 2 RM300 akan dibayar pada bulan Mei 2020
- Jika masih belum dapat kelulusan, teruskan buat semakan setiap hari untuk memastikan duit BPN sudah masuk
- Juga buat semakan samada duit sudah masuk ke dalam akaun bank
Semakan Bantuan Prihatin Nasional Bujang, gaji RM2000 - RM4000
Berikut ialah cara untuk buat semak status Bantuan Prihatin Nasional M40 Bujang- Layari laman web rasmi BPN di sini: https://bpn.hasil.gov.my
- Lihat pada bahagian Semakan Status
- Masukkan Nombor MyKad anda
- Klik butang Carian
- Ruangan Captcha akan dipaparkan
- Masukkan sekali lagi aksara Captcha yang dipaparkan
- Klik butang Semak
- Tunggu sebentar sementara semakan sedang dilakukan
- Pastikan status semakan Bantuan Prihatin Nasional yang dipaparkan ialah:
- Status LULUS: Bermakna anda layak untuk terima duit BPN. Tidak perlu buat apa-apa permohonan.
- Jika anda bujang dan bergaji antara RM2000 - RM4000, pastikan amaun kelulusan BPN ialah RM500
- Bayaran Fasa 1 RM250 akan dibayar pada bulan April 2020
- Bayaran Fasa 2 RM250 akan dibayar pada bulan Mei 2020
- Jika masih belum dapat kelulusan, teruskan buat semakan setiap hari untuk memastikan duit BPN sudah masuk
- Juga buat semakan samada duit sudah masuk ke dalam akaun bank
Semakan Bantuan Prihatin Nasional Berkahwin, gaji bawah RM4000
Berikut ialah cara untuk buat semak status Bantuan Prihatin Nasional B40 Berkahwin- Layari laman web rasmi BPN di sini: https://bpn.hasil.gov.my
- Lihat pada bahagian Semakan Status
- Masukkan Nombor MyKad anda
- Klik butang Carian
- Ruangan Captcha akan dipaparkan
- Masukkan sekali lagi aksara Captcha yang dipaparkan
- Klik butang Semak
- Tunggu sebentar sementara semakan sedang dilakukan
- Pastikan status semakan Bantuan Prihatin Nasional yang dipaparkan ialah:
- Status LULUS: Bermakna anda layak untuk terima duit BPN. Tidak perlu buat apa-apa permohonan.
- Jika anda sudah berkahwin dan isi pendapatan bawah RM4000, pastikan amaun kelulusan BPN ialah RM1600
- Bayaran Fasa 1 RM1000 akan dibayar pada bulan April 2020
- Bayaran Fasa 2 RM600 akan dibayar pada bulan Mei 2020
- Jika masih belum dapat kelulusan, teruskan buat semakan setiap hari untuk memastikan duit BPN sudah masuk
- Juga buat semakan samada duit sudah masuk ke dalam akaun bank
Semakan Bantuan Prihatin Nasional Berkahwin, gaji antara RM4000 - RM8000
Berikut ialah cara untuk buat semak status Bantuan Prihatin Nasional B40 Berkahwin- Layari laman web rasmi BPN di sini: https://bpn.hasil.gov.my
- Lihat pada bahagian Semakan Status
- Masukkan Nombor MyKad anda
- Klik butang Carian
- Ruangan Captcha akan dipaparkan
- Masukkan sekali lagi aksara Captcha yang dipaparkan
- Klik butang Semak
- Tunggu sebentar sementara semakan sedang dilakukan
- Pastikan status semakan Bantuan Prihatin Nasional yang dipaparkan ialah:
- Status LULUS: Bermakna anda layak untuk terima duit BPN. Tidak perlu buat apa-apa permohonan.
- Jika anda sudah berkahwin dan isi pendapatan antara RM4000 - RM8000, pastikan amaun kelulusan BPN ialah RM1000
- Bayaran Fasa 1 RM500 akan dibayar pada bulan April 2020
- Bayaran Fasa 2 RM500 akan dibayar pada bulan Mei 2020
- Jika masih belum dapat kelulusan, teruskan buat semakan setiap hari untuk memastikan duit BPN sudah masuk
- Juga buat semakan samada duit sudah masuk ke dalam akaun bank
Semakan Status Pembayaran BPN di bpn.hasil.gov.my
Untuk buat semakan bayaran BPN, iaitu untuk tahu samada duit sudah masuk atau belum, ikuti langkah-langkah di bawah:
- Layari laman Semakan Status Permohonan dan Maklumat Pembayaran di sini: https://bpn.hasil.gov.my/SemakanStatus.aspx
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda
- Akan keluar Captcha
- Untuk teruskan proses Semakan, sila isi Captcha
- Klik butang Semak.
- Akan keluar paparan:
- Nama
- No MyKad
- Status Permohonan
- Info Tambahan
- Harap bersabar jika belum ada apa-apa maklumat
- Sila buat semakan seterusnya di lain hari
Semakan Status Pembayaran BPN di mybsn.com.my
Jika anda pilih untuk masukkan duit ke BSN, untuk buat semakan bayaran ikuti langkah-langkah di bawah:- Layarai MyBSN di https://www.mybsn.com.my
- Klik Login
- Masukkan Username dan Password
- Lihat baki terkini
Maksud Status Semakan Permohonan BPN
Ada empat (4) status semakan permohonan BPN. Untuk mendapatkan bantuan, anda perlu mendapat status LULUSSemakan Status BPN LULUS
- Untuk melihat paparan maklumat yang lebih terperinci, anda perlu Log Masuk BPN
- Sekali lagi, sila layari laman web rasmi untuk semak BPN di sini: https://bpn.hasil.gov.my
- Klik Log Masuk pada bahagian Menu
- Masukkan Nombor Mykad anda
- Anda akan dipaparkan dengan paparan Kunci Keselamatan
- Jika paparan ini adalah sama seperti yang didaftarkan dahulu, sila klik Ya
- Jika paparan ini tidak sama dengan apa yang didaftarkan dahulu, klik Tidak
- Ini adalah penting sebagai satu langkah keselamatan agar tidak maklumat anda tidak diceroboh
- Masukkan Kata Laluan yang telah didaftarkan sebelum ini
- Klik Log Masuk
- Jika semuanya baik, anda akan dapat Log masuk
- Klik butang Papar Borang untuk melihat dan menyemak maklumat terperinci yang telah didaftarkan
Semakan Status BPN TIDAK LULUS
- Jika status permohonan BPN anda tidak lulus, tidak perlu Log Masuk
- Selepas masukkan Nombor Mykad anda, klik butang Carian
- Masukkan aksara CAPTCHA seperti dipinta
- Status TIDAK LULUS akan dipaparkan
- Butang ALASAN TIDAK LULUS juga akan dipaparkan
- Sebarang persoalan kenapa Bantuan Prihatin Nasional anda tidak lulus, sila ajukan kepada Kementerian Kewangan Malaysia atau LHDN
- Anda juga boleh ajukan permohonan baru BPN
Semakan Status BPN TIADA REKOD
- Jika status BPN ialah TIADA REKOD, anda perlu buat permohonan baru
- Klik butang Permohonan Baru
- Hanya jika anda berstatus TIADA REKOD boleh mengisi borang permohonan ini
- Isikan Maklumat Pemohon dengan lengkap
- Isikan Maklumat Pasangan (jika sudah berkahwin) dengan lengkap
- Isikan Maklumat Anak dengan lengkap di ruangan yang disediakan
- Isikan Maklumat Waris dengan lengkap di ruangan yang disediakan
- Di bahagian Pengesahan Captcha, sila masukkan aksara Captcha dengan betul
- Klik butang Sahkan Captcha
- Di bahagian Akuan Pengesahan, sila tick ruangan tersebut
- Ini bermaksud anda bersetuju dengan syarat-syarat permohonan yang telah ditetapkan
- Klik butang Hantar jika anda bersetuju dengan syarat-syarat permohonan yang telah ditetapkan
- Selepas tekan butang Hantar, akan ada pilihan untuk anda mendaftar akaun untuk membolehkan anda Log Masuk untuk melihat perincian
- Jika mahu, klik Ya untuk mendaftar akaun BPN
- Jika tidak, klik Tidak
- Klik butang Cetak untuk mencetak borang permohonan BPN yang telah didaftarkan
- Jika anda memilih untuk mendaftar akaun BPN, anda dikehendaki mendaftar Kata Kunci Keselamatan dengan memilih lima (5) pilihan soalan keselamatan
- Format kata kunci keselamatan hanyalah huruf dan nombor sahaja
- Aksara khas dan simbol adalah tidak dibenarkan
- Kata Laluan juga perlu didaftarkan untuk urusan Log Masuk pada masa akan datang.
- Kekuatan password atau Kata Laluan yang anda masukkan akan ditentukan oleh warna
- Warna Kata Laluan yang bagus dan sukar untuk diteka dan digodam adalah yang berwarna hijau
- Sebarang pertanyaan untuk pendaftaran Bantuan Prihatin Nasional baru, sila ajukan kepada Kementerian Kewangan Malaysia atau LHDN
Semakan Status BPN TIDAK LAYAK
- Tidak perlu login
- Hanya perlu ke portal https://bsh.hasil.gov.my
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan
- Tekan Carian
- Jika status BPN ialah TIDAK LAYAK, anda tidak perlu buat permohonan baru
- Kemungkinan besar anda berada dalam golongan T20
- Kita berikan bantuan ini kepada yang lebih layak
Akhir kalam
Kami faham, anda perlukan duit bantuan itu segera.
Sabar.
Kami yakin kerajaan kini berhempas pulas untuk memberikan servis terbaik kepada rakyat Malaysia yang terjejas akibat wabak Coronavirus COVID-19 ini.
Diharapkan agar perkongsian cara semak Bantuan Prihatin Nasional serba-sedikit memberi kefahaman kepada anda.
Bagi yang layak menerima duit BPN, untuk mengelakkan dari terlepas pandang, sila rujuk tarikh bayaran BPN dan pastikan baca cara pembayaran Bantuan Prihatin Nasional.
Semoga bermanfaat.