Cara Semak Status BPN (Permohonan Diterima, Lulus / Tidak?)
Sekiranya anda menepati kriteria kelayakan untuk menerima BPN dan langsung tidak perlu buat permohonan, tentu tertunggu-tunggu bagaimana cara semak status BPN.
Langkau artikel ini untuk baca maksud BPN Permohonan Diterima bagi status Bantuan Prihatin Nasional 2.0.
Pastikan selepas sahih permohonan diterima, buat semakan kelulusan BPN pula.
Sedikit mengenai BPN
Bantuan Prihatin Nasional adalah salah satu bantuan yang disediakan oleh kerajaan Malaysia dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang akan diberikan secara one-off kepada golongan B40 dan M40.Pemberian Bantuan Prihatin Nasional bagi golongan B40 adalah berdasarkan kepada pangkalan data atau database Bantuan Sara Hidup.
Manakala Bantuan Prihatin Nasional bagi golongan M40 adalah berdasarkan data percukaian Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).
Setelah selesai buat semakan dan ia diterima, sila buat semakan Bantuan Prihatin Nasional untuk maklumat pembayaran.
Cara semak status permohonan BPN
Berikut ialah cara untuk buat semak status Bantuan Prihatin Nasional, samada permohonan diterima atau tidak.
Cara semak status BPN (Permohonan Diterima)
Sebelum sampai ke status LULUS, anda mesti menghantar permohonan BPN terlebih dahulu.Secara ringkasnya, pada akhir permohonan, klik butang Hantar dan pastikan anda melihat mesej Berjaya.
Kami andaikan anda sudah mempunyai ID Penggguna dan boleh Log Masuk.
- Klik Log Masuk di https://bpn.hasil.gov.my
- Di bahagian PENGGUNA, masukkan ID Pengguna
- ID Pengguna ialah Nombor Kad Pengenalan atau Nombor MyKad
- Akan keluar soalan “Adakah ini kata kunci keselamatan anda?”
- Jika betul seperti yang didaftarkan di atas, klik Ya
- Jika salah dan tidak seperti yang didaftarkan di atas, klik Tidak
- Kami andaikan anda klik Ya
- Anda akan dibawa ke bahagian PENGGUNA sekali lagi
- Tidak perlu masukkan ID Pengguna kerana ia sudah diisi secara automatik
- Masukkan Kata Laluan
- Klik Log Masuk untuk permohonan, bukan semak status BPN
- Anda akan dapat lihat dua (2) tab di bahagian atas iaitu:
- Maklumat Pemohon
- Pengesahan
- Di bahagian Maklumat Pemohon, isikan dengan lengkap:
- Nama
- Nombor MyKad
- Jantina
- Alamat
- Poskod
- Bandar
- No Telefon Rumah
- Pekerjaan
- Status Perkahwinan
- Isikan Maklumat Pasangan (jika sudah berkahwin) dengan lengkap
- Isikan Maklumat Waris dengan lengkap di ruangan yang disediakan
- Isikan Maklumat Anak dengan lengkap
- Nama anak
- No Kad Pengenalan anak
- Umur anak
- Status anak
- Jika anda mempunyai anak lebih dari satu, sila isikan ruangan yang lain
- Klik Teruskan untuk meneruskan permohonan Bantuan Prihatin Nasional
- Kini anda berada di bahagian Pengesahan
- Akan ada mesej “Untuk teruskan proses permohonan, sila isi Captcha dan tandakan pengakuan untuk paparkan bahagian Simpan / Hantar”
- Masukkan Captcha seperti yang tertera
- Klik Sahkan Captcha
- Di bahagian Akuan Pengesahan, sila tick ruangan tersebut
- Ini bermaksud anda bersetuju dengan syarat-syarat permohonan yang telah ditetapkan
- Klik butang jika anda bersetuju dengan syarat-syarat permohonan yang telah ditetapkan
- Selepas tekan butang Hantar
- Pastikan anda dapat lihat paparan mesej Berjaya
- Ini bermakna proses semak status permohonan BPN anda diterima
Apa maksud status Permohonan Diterima?
Jika anda sudah lulus secara automatik kerana layak dari BSH lagi, atau memang pembayar cukai sebelum ini, akan ada status Permohonan Diterima.Jika anda hantar permohonan dan rayuan seperti di atas, akan ada status yang sama.
Ini bermaksud, permohonan anda sudah diterima oleh pihak LHDN. Semua permohonan adalah diterima. Yang membezakan ialah LULUS atau tidak sahaja.
Apa maksud status Dalam Proses?
Status anda mungkin bertukar dari status Permohonan Diterima ke Dalam Proses.Ini adalah khusus untuk permohonan baru dan rayuan bagi Bantuan Prihatin Nasional. Permohonan akan diproses pada bulan Mei 2020.
Begitu juga dengan pembayaran BPN yang akan diproses pada bulan Mei 2020 sekaligus.
Untuk makluman, tidak ada keputusan atau pembayaran bagi permohonan baru pada bulan April 2020.
Begitu juga dengan permohonan rayuan. Tidak akan ada keputusan dan pembayaran pada bulan April 2020.
Cara semak status permohonan BPN (Lulus atau Tidak)
- Layari laman web rasmi BPN di sini: https://bpn.hasil.gov.my
- Lihat pada bahagian Semakan Status
- Masukkan Nombor MyKad anda
- Klik butang Carian
- Ruangan Captcha akan dipaparkan
- Masukkan sekali lagi aksara Captcha yang dipaparkan
- Klik butang Semak
- Tunggu sebentar sementara semakan sedang dilakukan
- Terdapat empat (4) status semak Bantuan Prihatin Nasional yang akan dipaparkan:
- Jika status LULUS: Anda layak untuk terima duit BPN. Tidak perlu buat apa-apa permohonan. Duduk diam-diam Tunggu duit masuk sahaja
- Jika status TIDAK LULUS: Anda tidak layak untuk terima duit BPN. Anda boleh buat rayuan BPN Tertakluk kepada kelulusan.
- Jika status TIADA REKOD: Anda layak untuk terima duit BPN. Anda perlu buat permohonan BPN Tertakluk kepada kelulusan.
- Jika status TIDAK LAYAK: Anda tidak layak untuk terima duit BPN. Anda tidak boleh buat rayuan BPN
Apa maksud status LULUS?
Bagi anda yang sudah hantar permohonan dan rayuan, jika bernasib baik, akan keluar status LULUS.Bagi yang layak secara automatik kerana adalah penerima BSH atau pembayar cukai sebelum ini, akan anda juga akan mendapat paparan status LULUS.
Namun, itu bukan bermakna duit sudah masuk.
Anda perlu tunggu status Berjaya Kredit untuk memastikan duit masuk ke dalam akaun bank.
Semakan status pembayaran BPN
Berikut ialah cara semak status bayaran BPN, iaitu untuk tahu samada duit sudah masuk atau belum, ikuti langkah-langkah di bawah:
- Layari laman Semakan Status Permohonan dan Maklumat Pembayaran di sini: https://bpn.hasil.gov.my/SemakanStatus.aspx
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda
- Akan keluar Captcha
- Untuk teruskan proses Semakan, sila isi Captcha
- Klik butang Semak.
- Akan keluar paparan:
- Nama
- No MyKad
- Status Permohonan
- Info Tambahan
- Untuk mengetahui samada duit BPN sudah masuk atau belum, pastikan status Kredit anda adalah Berjaya Kredit
- Jika permohonan anda masih LULUS dan belum bertukar status Berjaya Kredit, ini bermaksud pembayaran BPN belum sudah dilakukan.
- Jika permohonan anda adalah LULUS dan sudah bertukar status Berjaya Kredit, ini bermaksud pembayaran BPN sudah dilakukan.
- Jika permohonan anda LULUS tetapi mempunyai status Gagal Kredit, ini bermaksud ada masalah dalam pembayaran BPN.
- Untuk Gagal Kredit, sila dapatkan Nombor Siri dan pergi ke mana-mana BSN yang berdekatan.
- Hubungi LHDN untuk maklumat lanjut.
Soalan lazim BPN
Status saya PERMOHONAN DITERIMA. Tetapi kenapa ada TANDA SERU ! ?
Jika permohonan sudah lengkap, sila abaikan. Tidak ada apa-apa masalah.
Status saya PERMOHONAN DITERIMA. Tetapi kenapa ada butang KEMASKINI PERMOHONAN lagi?
Jika permohonan sudah lengkap, sila abaikan sahaja. Tidak ada apa-apa masalah.
Jika status permohonan saya TIDAK LULUS, apa perlu buat?
Jika status permohonan anda TIDAK LULUS, anda boleh terus membuat rayuan. Sekiranya rayuan berjaya dihantar, anda akan menerima status baru iaitu MENUNGGU KELULUSAN RAYUAN.
Saya lulus automatik dari BSH. Saya layak RM1600, tetapi kenapa hanya lulus RM1000 sahaja?
Sila rujuk FAQ Bil 6 LHDNM Soalan ke 15, 29 dan 30. Kelulusan yang dipaparkan di portal BPN adalah kekal. Ini kerana ia berdasarkan rekod terkini yang terdapat di pangkalan data BSH dan percukaian LHDN. Pendapatan adalah termasuk semua pendapatan yang diterima. Ia diambil kira sebagai pendapatan termasuk elaun dan bonus.
Saya telah membuat permohonan baru BPN. Kenapa masih belum dapat duit pada bulan April 2020?
Semua permohonan baru akan diproses pada bulan Mei 2020. Bayaran juga akan dibuat pada bulan Mei 2020 sekaligus. Sila semak BPN pada waktu yang telah ditetapkan.
Saya telah membuat rayun BPN. Kenapa masih belum dapat duit pada bulan April 2020?
Semua permohonan rayuan akan diproses pada bulan Mei 2020. Bayaran juga akan dibuat pada bulan Mei 2020 sekaligus.
Apa maksud TIDAK LULUS sebab Duplikasi Permohonan?
Duplikasi semasa semak status BPN di sini bermakna anda buat permohonan sekali lagi, sedangkan anda sudah lulus. Ini bermakna ada satu nama yang sama, tetapi dua permohonan. Jadi, akan ada masalah Gagal Kredit iaitu duit tidak dapat dimasukkan ke dalam akaun bank. Sila hubungi LHDN di 03-8911 1000 untuk maklumat lanjut.
Saya sudah berkahwin dan permohonan BPN juga LULUS. Tetapi, kenapa LULUS Bujang?
Pertama sekali, semasa login untuk semak status BPN, anda akan lihat paparan ralat “Maklumat Pasangan telah wujud sebagai Pemohon / Pasangan di permohonan lain”. Jika ini berlaku, anda boleh meminta pasangan anda membuat permohonan baru sebagai Bujang, bukan sebagai Berkahwin. Jika anda cuba juga untuk memohon sebagai Berkahwin, notis maklumat pasangan akan dipaparkan. Dalam kes ini, tidak ada masalah jika sudah berkahwin, tetapi memohon Bujang. Tiada tindakan undang-undang akan diambil jika pasangan memohon Bujang.
Akhir kalam
Kami faham, anda perlukan duit bantuan itu segera.
Sabar.
Kami yakin kerajaan kini berhempas pulas untuk memberikan servis terbaik kepada rakyat Malaysia yang terjejas akibat wabak Coronavirus COVID-19 ini.
Diharapkan agar perkongsian cara semak Bantuan Prihatin Nasional serba-sedikit memberi kefahaman kepada anda.
Semoga bermanfaat.