Bantuan ·

Semakan Kelulusan BPN (Bantuan Prihatin Nasional 2020)

Setelah hantar permohonan, macam mana cara untuk buat semakan kelulusan BPN? Mahu tahu juga, adakah permohonan Bantuan Prihatin Nasional diterima?

Sedikit mengenai semakan kelulusan BPN

Ada beberapa golongan yang perlu mohon, dan tidak perlu mohon.

Permohonan BPN

Yang perlu mohon untuk kelulusan BPN

Berkahwin, gaji RM4,000 ke bawah

 

Berkahwin, gaji RM4,001 hingga RM8,000

 

Bujang, gaji RM2,000 ke bawah

 

Bujang, gaji RM2,000 hingga RM4,000

Bagi keempat-empat kategori di atas, selepas mohon, anda perlu buat semakan kelulusan BPN.

 

Yang tidak perlu mohon untuk BPN

Golongan di bawah ini tidak perlu buat permohonan BPN. Juga tidak perlu buat semakan kelulusan BPN.

Ini kerana duit akan terus dimasukkan ke dalam akaun bank.

 

Semakan kelulusan BPN

Di bawah ini ialah cara untuk buat semakan kelulusan Bantuan Prihatin Nasional.

Pastikan status anda ialah LULUS.

  1. Layari laman web rasmi BPN di sini: https://bpn.hasil.gov.my
  2. Lihat pada bahagian Semakan Status
  3. Masukkan Nombor MyKad anda
  4. Klik butang Carian
  5. Ruangan Captcha akan dipaparkan
  6. Masukkan sekali lagi aksara Captcha yang dipaparkan
  7. Klik butang Semak
  8. Tunggu sebentar sementara semakan sedang dilakukan
  9. Terdapat tiga (3) status semak Bantuan Prihatin Nasional yang akan dipaparkan:
    • Jika status LULUS: Anda layak untuk terima duit BPN. Tidak perlu buat apa-apa permohonan. Duduk diam-diam
    • Jika status TIDAK LULUS: Anda tidak layak untuk terima duit BPN. Anda boleh buat rayuan BPN. Tertakluk kepada kelulusan.
    • Jika status TIADA REKOD: Anda layak untuk terima duit BPN. Anda perlu buat permohonan baru Bantuan Prihatin Nasional
  10. Sekiranya status TIDAK LULUS dan TIADA REKOD, sila buat rayuan dan permohonan baru sehingga status LULUS
  11. Dan sekiranya status anda LULUS, sila buat semakan BPN untuk pembayaran
  12. Ini penting bagi mengetahui duit masuk dalam akaun atau tidak
  13. Status pembayaran BPN tidak sama dengan status permohonan.
  14. Status pembayaran BPN adalah Berjaya Kredit dan Gagal Kredit
 

Akhir kalam

Bersyukurlah jika semakan kelulusan BPN kita ialah lulus.

Benar, kita tergolong dalan orang yang benar-benar perlukan bantuan.

Semoga dengan perkongsian semakan kelulusan BPN ini, dapat memudahkan kita dalam menjalani kehidupan seharian.

Semoga bermanfaat.