Download MySejahtera, Register & Tebus RM50 eWallet
Melalui inisiatif PENJANA yang diumumkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini, kerajaan bermurah hati untuk memberikan kredit e-Wallet sebanyak RM50. Walau bagaimanapun, pemberikan kredit ini hanya layak kepada sesiapa yang telah memuat turun aplikasi dan daftar MySejahtera sahaja. Izinkan kami berkongsi cara download MySejahtera, seterusnya proses untuk pendaftaran pula.
Duit percuma, siapa yang tak nak kan?
Jika anda seorang usahawan yang mempunyai premis perniagaan, langkau artikel ini untuk baca cara buat QR Code My Sejahtera.
Sedikit mengenai MySejahtera
MySejahtera mmerupakan aplikasi yang dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia. Ia adalah bertujuan untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak COVID-19 di Malaysia.
MySejahtera membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan sendiri.
Pada masa yang sama, dengan download MySejahtera dan menggunakannya, ini dapat membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapat maklumat awal untuk mengambil tindakan yang cepat dan berkesan.
Dengan kata lain, MySejahtera boleh bantu Kerajaan Malaysia untuk bantu kita semua dalam melindungi diri dan keluarga dari Coronavirus COVID-19. Ia bertujuan untuk:
- Menilai tahap kesihatan terhadap risiko COVID-19 untuk diri kita dan keluarga
- Mendapatkan panduan kesihatan terkini berkaitan COVID-19
- Mendapatkan panduan tindakan yang perlu diambil berdasarkan kategori risiko COVID-19
- Mendapatkan maklumat lokasi fasiliti kesihatan yang berdekatan
- Menerima maklumat yang terkini dan panduan mengenai COVID-19 dari sumber yang sahih
Cara download MySejahtera (iPhone, Android, Huawei)
Berikut ialah cara download MySejahtera.Ada beberapa cara untuk muat turun atau download aplikasi MySejahtera yang melibatkan jenis peranti berbeza.
- Jika anda pengguna Android, klik sini untuk download melalui Google Play
- Jika anda pengguna Apple iPhone yang dikuasakan dengan sistem operasi iOS, klik sini untuk download melalui App Store
- Jika anda pengguna Huawei pula, klik sini untuk muat turun melalui Huawei AppGallery
Register MySejahtera app
Berikut ialah langkah dan cara daftar MySejahtera seperti yang dikongsikan dalam laman web rasmi mysejahtera.malaysia.gov.my
Walaupun kami sudah tulis mengenai cara pendaftaran MySejahtera sebelum ini, kami akan ulang sekali lagi.
- Ikut cara download MySejahtera seperti pautan di atas
- Install sehingga selesai
- Klik aplikasi MySejahtera untuk buka
- Tunggu sehingga habis loading kesemuanya
- Klik Daftar Di Sini
- Daftar dengan nombor telefon atau email
- Masukkan OTP yang diterima melalui SMS
- Klik pautan pengesahan dalam email
- Anda kini berada dalam langkah 1 untuk claim MySejahtera eWallet sebanyak RM50
- Masukkan atau kemaskini butiran pendaftaran
- Nama pengguna
- Nama penuh
- Nombor telefon
- Nombor Kad Pengenalan atau Passport
- Umur
- Jantina
- Bangsa
- Alamat semasa
- Anda kini berada dalam Langkah 2 dalam proses daftar MySejahtera
- Tetapkan Kata Laluan
- Tekan butang Sahkan
- Pendaftaran MySejahtera anda telah berjaya
- Anda akan menerima mesej “Terima kasih! Hampir selesai. Sila klik pautan di bawah untuk memuat turun aplikasi MySejahtera. ID Pengguna anda ialah idpengguna@gmail.com. Kata laluan anda adalah seperti yang dimasukkan dalam halaman sebelumnya”
- Tekan Tutup
- Kini anda sudah boleh login MySejahtera
Akhir kalam
Untuk mendapatkan kredit eWallet dari MySejahtera sebanyak RM50 adalah sedikit sukar dan merumitkan. Ramai beranggapan, kalau mahu beri kredit, beri sahaja. Buat apa mahu daftar pula.
Namun, kami berpendapat ini adalah satu tindakan bijak oleh kerajaan. Dengan mewajibkan pendaftaran MySejahtera, kerajaan boleh memantau penularan wabak COVID-19 di Malaysia dalam tempoh PKPP ini.
Sama-sama kita bantu kerajaan dalam menangani penularan ini.
Semoga bermanfaat.