Kerjaya ·

Kerja Sambilan di Rumah 2023 (Sesuai Untuk Pelajar)

Kerja Sambilan di Rumah 2023 (Sesuai Untuk Pelajar)

Tahun 2023 (dan tahun 2024 yang mendatang) adalah tahun yang mencabar. Ekonomi semakin teruk. Belanja isi rumah semakin mahal. Rumah semakin menjadi tidak mampu milik. Bagi yang sudah berkeluarga, lebih terasa keperitannya. Ada yang mencuba nasib menjadi Grabfood rider dan Grab driver. Walaupun ramai yang kata berbaloi, ia memerlukan kita berada di luar kawasan rumah. Agak kurang sesuai untuk orang yang sudah berkeluarga. Mohon izin kami kongsikan contoh kerja sambilan di rumah yang diiktiraf?

Apa maksud diiktiraf?

Kami bukanlah badan kerajaan yang mengiktirafkan apa-apa kerja sambilan yang ada. Cuma kami rasa, kerja-kerja yang disenaraikan ini bukanlah scam.

Sangat sesuai untuk pelajar sekolah, pelajar lepasa SPM, malahan pelajar kolej dan IPT juga boleh cuba.

Sebab apa?

Sebab kerja sambilan di rumah ini memerlukan komputer. Lebih kurang sama jika mahu cari kerja kosong part time waktu malam.

Apa saya perlu tahu?

Kena ingat, kerja-kerja ini bukanlah sesuatu yang sesuai untuk semua golongan. Ia bukan menggunakan tulang empat kerat semata-mata, kerana kerja ini memerlukan otak yang kuat berfikir.

Secara tidak langsung, ia serba sedikit memerlukan skil atau kemahiran tertentu.

Contohnya:

Kerja sambilan di rumah. Wujudkah kerja tanpa modal?

Kerja online tanpa modal ini adalah dengan anggapan anda sudah mempunyai skil dan lesen software tertentu yang diperlukan. Contohnya:

Malas nak baca, beritahu saya apakah kerja online dari rumah yang ada.

Amboi, tak sabar nampaknya. Jangan tergesa-gesa, nanti rugi. Pelan-pelan kayuh, mesti menjadi.

Contoh kerja sambilan atau 'part time' yang berbaloi

Pertama sekali, pastikan anda belajar, dan mesti ada kemahiran ini:

A) Kategori: Kerja-kerja berkaitan admin

Terjemah bahasa Menulis artikel Memasukkan data (data entry) Pembantu alam maya (virtual assistant) Menterjemah bahasa

B) Kategori: Kerja-kerja berkaitan reka grafik

Logo design Business card design

C) Kategori: Kerja-kerja berkaitan video

Animasi whiteboard Speed drawing

D) Kategori: Kerja-kerja berkaitan penulisan

Menulis artikel Menulis artikel dalam Bahasa Inggeris Menulis artikel dalam Bahasa Melayu (jarang, tetapi tetap ada) Copywriting Menulis resume Menghasilkan pelan perniagaan

E) Kategori: Kerja-kerja berkaitan laman web

Membina laman web

Di mana saya boleh dapatkan kerja part time ini?

Kami sarankan, dua tempat sahaja, iaitu: Kenapa dua laman freelancing ini antara yang paling popular. Cuma, perlu berusaha dan bersaing dengan orang-orang dari India dan Pakistan yang menawarkan harga lebih murah. Namun, murah bukan bermakna berkualiti. Kita boleh buat kerja yang murah dan berkualiti. Lama-lama boleh naikkan harga. Yang penting, tunjukkan yang kita boleh buat kerja. Bina portfolio. Setelah anda mempelajari serba-sedikit kemahiran yang diperlukan untuk menawarkan perkhidmatan, anda boleh mendaftar melalui platfom tambahan seperti berikut:

Ciri-ciri kerja online dari rumah yang boleh jana pendapatan

Sebelum itu, mari kita lihat apakah ciri-ciri kerja sambilan ini yang boleh dipercayai supaya tidak ditipu:  

Akhir kalam

Yang paling penting, kerja sambilan dari rumah ini mestilah kerja yang dipercayai, bukan yang jenis 'scam' dan menipu. Berhati-hati dengan 'scam' yang semakin berleluasa. Sama-sama kita mencari rezeki yang halal.

Nak cari duit memang susah. Jika rasa down, bacalah kata kata semangat ini. Jika anda lebih selesa untuk kerja sepenuh masa, boleh lawati spa.gov.my.

Bagi sesiapa yang sudah habis sekolah, dan cari sambilan untuk pelajar lepasan SPM, pastikan buat resume cantik-cantik. Dan tidak perlu rasa rendah diri dengan kelulusan yang hanya cuma SPM. Ada banyak lagi kerja gaji besar tanpa SPM dan ijazah.

Walau bagaimanapun, kerja sambilan di rumah sebegini sebenarnya lebih menguntungkan, kerana tidak perlukan apa-apa modal. Yang diperlukan hanyalah komputer dan Internet.

Sila komen di bawah, jika ada cadangan, kerja sambilan di rumah apa yang sesuai untuk kita orang Malaysia.

Semoga bermanfaat.