Bantuan ·

Permohonan Bantuan Ibu Bersalin Sarawak RM450 (BIBS)

Permohonan Bantuan Ibu Bersalin Sarawak RM450 (BIBS)

Memang beruntung jadi orang Sarawak. Bukan sahaja ada bantuan BKSS untuk B40, ada juga bantuan untuk ibu yang bakal melahirkan anak. Izinkan kami berkongsi berkenaan permohonan bantuan ibu bersalin Sarawak seperti di bawah.

Sedikit mengenai Bantuan Ibu Bersalin Sarawak

Bantuan Ibu Bersalin ini adalah berjumlah RM450.00. Bantuan ini adalah untuk setiap ibu yang melahirkan anak bermula 1 Januari 2020.

Bahagian Pembangunan Awal Kanak-Kanak, Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak (KWKPK) telah diamanahkan untuk menguruskan Bantuan Ibu Bersalin (BIB).

Pengumuman ini telah dibuat oleh YAB Ketua Menteri Sarawak dalam pembentangan Belanjawan Negeri 2020 di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 4 November 2019.

Syarat kelayakan Bantuan Ibu Bersalin Sarawak

Berikut ialah antara kriteria yang melayakkan anda memohon bantuan ini:  

#1: Cara permohonan Bantuan Ibu Bersalin Sarawak online

Permohonan bantun ini boleh dibuat secara online:
  1. Layari pautan Google Docs bantuan di sini: https://bit.do/bib2020
  2. Klik butang Next di bahagian bawah
  3. Masukkan Email address
  4. Anda kini berada di Bahagian I, iaitu Butiran Ibu. Masukkan semua maklumat dalam HURUF BESAR
    • Nama Penuh Ibu
    • Nombor Kad Pengenalan
    • Bangsa
    • Warganegara
    • Alamat mengikut Kad Pengenalan
    • Bahagian
      • Kuching
      • Sri Aman
      • Sibu
      • Miri
      • Limbang
      • Sarikei
      • Kapit
      • Bintulu
      • Samarahan
      • Mukah
      • Betong
      • Serian
    • Daerah
    • Kawasan DUN
    • Pekerjaan
    • Nombor Telefon Bimbit
    • Status Perkahwinan
    • Tarikh Bersalin
  5. Selepas itu, isikan pula Bahagian II, iaitu butiran bank.
    • Pilih bank
    • Masukkan nombor akaun bank
  6. Sila ambil perhatian, penggunaan akaun bank suami atau orang lain adalah TIDAK DIBENARKAN.
  7. Pemohon mesti mengisi butiran bank akaun simpanan sendiri. Penggunaan Tabung Haji atau SSPN juga TIDAK DIBENARKAN sama sekali.
  8. Seterusnya, isikan Bahagian III, iaitu maklumat pasangan; samada suami atau penjaga
    • Nama Penuh Ibu
    • Nombor Kad Pengenalan
    • Bangsa
    • Warganegara
    • Alamat mengikut Kad Pengenalan
    • Bahagian
      • Kuching
      • Sri Aman
      • Sibu
      • Miri
      • Limbang
      • Sarikei
      • Kapit
      • Bintulu
      • Samarahan
      • Mukah
      • Betong
      • Serian
    • Daerah
    • Kawasan DUN
    • Pekerjaan
    • Nombor Telefon Bimbit
    • Hubungan dengan Pemohon
  9. Seterusnya, isikan pula Bahagian IV, iaitu berkenaan Dokumen Sokongan.
  10. Pemohon adalah diwajibkan untuk memuat naik semua dokumen berikut:
    • Salinan Kad Pengenalan Ibu (DEPAN & BELAKANG)
    • Salinan Kad Pengenalan Suami atau Penjaga (DEPAN & BELAKANG)
    • Salinan Rekod Kesihatan Ibu (Muka Hadapan)
    • Salinan Buku Akaun atau Penyata Akaun (Mengandungi Nama Bank, Nama Ibu dan Nombor Akaun Ibu)
    • Salinan Nota Discharge atau Sijil Lahir Bayi
    • Salinan Sijil Perkahwinan SEKIRANYA ibu bukan berstatus 'K'
  11. Semua dokumen wajib disahkan oleh Pegawai Kerajaan/Ketua Kaum/Ketua Masyarakat
  12. Sila semak semula semua permohonan anda
  13. Tekan butang Submit untuk hantar permohonan Bantuan Ibu Bersalin Sarawak
 

#2: Cara apply secara manual (isi borang permohonan)

Bagi mana-mana pemohonan yang tidak mempunyai kemudahan Internet, boleh sahaja memohon secara manual dengan mengisi borang.

Borang permohonan boleh didapati melalui kaedah berikut:

Penghantaran borang permohonan Bantuan Ibu Bersalin Sarawak pula boleh dibuat dan dikembalikan ke lokasi berikut:  

Peringatan berkenaan Bantuan Ibu Bersalin Sarawak

 

Maklumat lanjut permohonan Bantuan Ibu Bersalin Sarawak

Jika anda mempunyai pertanyaan berkenaan bantuan ini, boleh ajukan kepada:

Urus Setia Bantuan Ibu Bersalin (BIB) Bahagian Pembangunan Awal Kanak-Kanak (BPAKK) Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Tingkat Bawah, Bangunan Baitulmakmur, Petra Jaya 93050 Kuching, Sarawak

Tel: 082-311340 / 082-311718

E-mel: bantuan.ibubersalin@gmail.com

 

Akhir kalam

Pertama sekali, bagi yang sudah mendapat kelulusan BKSS, bersyukurlah. Bagi yang layak untuk permohonan Bantuan Ibu Bersalin Sarawak, ini dua kali ganda kesyukuran.

Bagi kebanyakan orang, mungkin RM450 itu tidak banyak mana. Namun, bagi yang benar-benar susah, lebih-lebih lagi dari pedalaman Sarawak, bantuan ini sangat-sangat bermakna.

Sama-sama berdoa agar hidup kita dipermudahkan dan sentiasa dimurahkan rezeki.

Sama-sama juga kita berdoa agar kerajaan Sarawak sentiasa dalam lindungan Allah.

Semoga bermanfaat.