Cara Mohon Surat MITI (Daftar Permohonan CIMS 3.0 di miti.gov.my)
Bagi mana-mana syarikat yang termasuk dalam sektor tambahan yang dibenarkan beroperasi, sila baca cara permohonan untuk syarikat meneruskan operasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) ini. Baca betul-betul cara mohon surat MITI melalui CIMS 3.0 bagi mengelakkan ditahan pihak berkuasa untuk rentas negeri dan daerah.
Jika sudah daftar sebelum ini, boleh terus login MITI melalui CIMS 3.0 di https://notification.miti.gov.my/login dan print surat kebenaran MITI untuk rentas negeri dan daerah.
RINGKASAN
- Semua surat MITI terbatal kecuali yang baru dikeluarkan pada 1 Jun 2021 sahaja
- Surat lama hanya boleh digunakan sehingga 3 Jun 2021 sahaja
- Permohonan baru CIMS MITI di sini: https://notification.miti.gov.my/register
- Baca betul-betul cara daftar CIMS MITI
- Anda mungkin akan lihat paparan ralat berikut:
- Ralat 500 "CIMS 3.0 sedang menerima aliran trafik yang tinggi pada waktu ini. Kerjasama dan kesabaran dari pihak anda amatlah dihargai". Ini bermakna line jammed.
- Error 503 Backed fetch failed. Guru Meditation: XID: XXXXXXX Varnish cache server. Ini juga mungkin sebab terlalu ramai yang cuba masuk ke dalam sistem CIMS MITI 3.0
- Apa perlu buat? Tunggu sahaja dan cuba lagi
- Selepas daftar dan mohon, status akan tukar kepada Baharu
- Tunggu sehingga status bertukar kepada Lulus
- Jika Lulus, sila print surat kebenaran MITI
- Sila ambil maklum, permohonan untuk beroperasi di CIMS 3.0 bagi PKP bertarikh 1 - 14 Jun 2021 TERHAD bagi Sektor Perkilangan sahaja.
- Permohonan bagi sektor-sektor lain boleh dirujuk kepada Kementerian-kementerian yang mengawal selia sektor tersebut.
- Join group Telegram #kitajagabisneskita di sini: https://t.me/joinchat/yXOt6nGwDn9hNGQ9
- Join channel Telegram Peniaga Kecil Terjejas semasa PKP 3.0 di sini: https://t.me/joinchat/VjFXrTdSlT1kY2Jl
1. Sebelum daftar permohonan untuk meneruskan operasi, semak senarai essential services ini
Dalam tempoh Total Lockdown ini, ekonomi ‘essential’ yang dibenarkan untuk beroperasi dari 1 Jun - 14 Jun 2021 ialah:-
- Makanan dan minuman termasuk haiwan / binatang peliharaan
- Penjagaan kesihatan dan perubatan termasuk penokok diet, penjagaan dan klinik haiwan serta perkhidmatan veterinar
- Air
- Tenaga
- Keselamatan (security and safety), pertahanan, kecemasan, kebajikan dan bantuan kemanusiaan
- Pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awa, termasuk pembentungan
- Pengangkutan melalui darat, air atau udara
- Perkhidmatan dan pengusahaan pelabuhan, limbungan dan lapangan terbang, termasuk pemunggahan, pengangkutan laiter, pengendalian kargao dan pemaliman, dan penyimpanan atau pemukalan komoditi
- Komunikasi termasuk media, telekomunikasi dan Internet, pos dan kurier serta penyiaran (bagi tujuan penyampaian maklumat, berita dan seumpamanya sahaja)
- Perbankan, insurans, takaful dan pasaran modal
- Kredit komuniti (pajak gadai sahaja)
- E-datang dan teknologi maklumat
- Pengeluaran, penyulingan, penyimpanan, pembekalan serta pengagihan bahan api dan pelincir
- Hotel dan penginapan (hanya bagi tujuan kuarantin, pengasingan, pekerjaan bagi perkhidmatan perlu dan bujan untuk tujuan pelancongan)
- Pembinaan, penyelenggaraan dan pembaikan kritikal
- Perkhidmatan perhutanan (terhad kepada penguatkuasaan) dan hidupan liar
- Logistik yang terhad kepada penyampaian perkhidmatan perlu sahaja
2. Cara mohon surat MITI (Daftar permohonan untuk beroperasi CIMS 3.0)
Untuk makluman, jika anda pernah mendaftar semasa PKP 1.0 dan PKP 2.0 tempohari menggunakan CIMS 2.0, anda boleh terus masukkan Email dan Kata Laluan untuk login.Izinkan kami terus berkongsi cara dapatkan surat MITI menggunakan sistem baru CIMS 3.0.
Jika ingin mendaftar baru, sila ikuti panduan di bawah:
- Layari laman web https://www.miti.gov.my
- Atau boleh juga terus klik ke https://notification.miti.gov.my/login
- Jika anda masuk dari laman web utama MITI tadi, klik CIMS 3.0
- Akan ada paparan berikut:
- PERMOHONAN UNTUK SYARIKAT MENERUSKAN OPERASI SEPANJANG PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)
- APPLICATION FOR COMPANIES TO CONTINUE OPERATION DURING THE MOVEMENT CONTROL ORDER (MCO)
- Jika belum mendaftar permohonan syarikat untuk meneruskan operasi, klik Daftar terlebih dahulu
- Sila download, baca dan fahamkan SOP dan Protokol bagi kelulusan beroperasi semasa PKP yang berkaitan dengan syarikat anda iaitu:
- SOP dan Protokol yang Am
- SOP dan Protokol bagi Perkhidmatan Sains
- SOP dan Protokol bagi Perkhidmatan Sosial Kesihatan
- SOP dan Protokol bagi Sektor Pembuatan
- Tick "Saya telah membaca dan bersetuju dengan SOP yang disebutkan di sebelah. Saya mengesahkan bahawa saya akan memenuhi kesemua SOP yang ditetapkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri"
- Isikan Nama Penuh
- Isikan Email
- Isikan Nombor Kad Pengenalan Baru atau Nombor Passport
- Masukkan Kata Laluan
- Masukkan Kata Laluan sekali lagi
- Pilih salah satu sahaja:
- No Lesen Pengilang
- No Pendaftaran SSM
- No Ahli Badan Profesional / Pesuruhjaya Sukan / ROY / ROS
- Tekan Daftar
- Andai semuanya berjalan lancar, anda akan di bawa ke Dashboard CIMS 3.0 ini
- Untuk maklumat yang lebih jelas, sila rujuk video YouTube di bawah ini
3. Panduan daftar permohonan MITI 3.0 (video)
Berikut ialah cara buat permohonan syarikat untuk meneruskan operasi bagi yang layak sahaja. Kami sarankan anda buat pendaftaran terlebih dahulu.Untuk memudahkan lagi proses pendaftaran dan permohonan, boleh rujuk video rasmi dari MITI seperti di bawah. Cara mohon surat MITI dalam bentuk video ini lebih mudah difahami.
4. Login MITI untuk hantar permohonan untuk beroperasi
- Layari semula laman web https://www.miti.gov.my
- Atau boleh juga terus klik ke https://application.miti.gov.my/login
- Kini anda berada di bahagian Log Masuk Pemohon
- Kami andaikan anda sudah mendaftar untuk Log Masuk. Jika belum, ikuti cara daftar seperti di atas.
- Masukkan Emel
- Masukkan Kata Laluan
- Klik Log Masuk
- Akan ada paparan untuk buat permohonan.
5. Senarai industri yang perlu buat permohonan syarikat untuk meneruskan operasi
Berikut ialah senarai perkhidmatan perlu yang dibenarkan beroperasiHarus diingatkan, sebelum anda buat permohonan syarikat untuk meneruskan operasi, sila buat semakan samada anda berada dalam industri yang dibenarkan untuk beroperasi.
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) telah mengumumkan beberapa industri atau sektor tambahan yang dibenarkan untuk beroperasi secara berperingkat semasa tempoh lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0).
Senarai sektor yang dibenarkan dan diluluskan adalah seperti di bawah:
A. Pengilangan dan Pembuatan
- Aeroangkasa termasuk MRO;
- Makanan, minuman dan rantaiannya;
- Pembungkusan dan percetakan;
- Produk barangan rumah, barang penjagaan diri (FMCG - sabun, pembersih diri dan lain-lain) dan bahan pencuci termasuk rantaiannya;
- Penjagaan kesihatan dan perubatan termasuk penokok diet;
- Peralatan perlindungan peribadi (PPE) dan peralatan keselamatan kebakaran;
- Komponen untuk alat perubatan;
- Elektrikal dan elektronik;
- Minyak dan gas (Oil and Gas);
- Petrokimia dan produk petrokimia;
- Produk kimia;
- Mesin dan peralatan;
- Seramik (seramik sebagai acuan bagi pembuatan sarung tangan);
- Besi dan keluli;
- Tekstil (yang melibatkan pengeluaran PPE);
- Sektor perabot; dan
- Pengeluaran, penyulingan, penyimpanan, pembekalan dan pengagihan bahan api dan pelincir.
B. Pembinaan
- Pembinaan: i. Kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan kritikal; ii. Kerja-kerja pembinaan infrastruktur awam yang utama; dan iii. Kerja-kerja pembinaan bangunan yang menyediakan penginapan pekerja yang lengkap di tapak bina atau pekerja yang ditempatkan di Kuarters Pekerja Berpusat (CLQ).
C. Perkhidmatan
-
*Automotif (Pembaikan dan Penyelenggaraan sahaja)
-
Perkhidmatan Kewangan dan rantaiannya: i. Institusi Kewangan (Perbankan, Insurans, Takaful dan entiti-entiti lain yang dilesen, diilulus atau didaftar oleh Bank Negara Malaysia); dan ii. Entiti-entiti pasaran modal yang dilesen, didaftar atau dikawalselia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
-
Perkhidmatan perbandaran dan kerajaan tempatan: i. Pajak gadai/kredit komuniti (syarikat peminjam wang berlesen); ii. Pengurusan sisa pepejal/ pembetungan; iii. Pembersihan awam; dan iv. Pembersihan premis dan sanitasi.
-
Infrastuktur telekomunikasi dan digital termasuk perkhidmatan ICT dan perkhidmatan perniagaan global (GBS);
-
E-Dagang dan rantaiannya termasuk perkhidmatan e-marketplace, pembayaran digital dan pusat internet e-dagang setempat;
24. Hotel dan penginapan;
- Sektor pertanian, perikanan dan penternakan termasuk perkhidmatan veterinar: i. Pengurusan ladang/ sarang burung walit/ kuda/ loji pemprosesan haiwan/ rumah sembelihan/ ternakan/ kilang makanan haiwan ternakan/pembekal spt vaksin/pengurusan ternakan/kedai haiwan kesayangan (operasi pemindahan ternakan adalah pada waktu malam); ii. Kawalan penyakit dan dikawalselia pengeluaran ternakan hidup, input ternakan dan produk berkaitan industri ternakan (termasuk eksport dan import); dan iii. Pengurusan kesihatan, diagnosa penyakit dan rawatan haiwan.
26. Utiliti (air dan tenaga);
-
Perkhidmatan profesional (termasuk akauntan/ peguam/ auditor/ jurutera/ arkitek), saintifik (termasuk R&D) dan teknikal (termasuk penyenggaraan);
-
Perkhidmatan Kawalan Keselamatan (Security Services);
-
Keselamatan dan Pertahanan;
-
Pengangkutan melalui darat, air dan udara;
-
Perkhidmatan dan pengusahaan pelabuhan, limbungan dan lapangan terbang, termasuk pemunggahan dan pemindahan kargo, pemaliman, penyimpanan atau pemukalan komoditi.
D. Perdagangan Pengedaran
-
Penggudangan dan Logistik;
-
Perkhidmatan/ Penjualan/ Penghantaran Makanan dan Minuman; dan
-
Peruncitan/ Pengedaran/ Pemborongan.
E. Perladangan dan Komoditi
-
Pertanian, perikanan dan penternakan serta rantaiannya; dan
-
Perladangan dan komoditi serta rantaiannya.
F. Lain - Lain
- Apa-apa perkhidmatan, kerja, industri dan perniagaan sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri Kesihatan selepas berunding dengan pihak berkuasa yang mengawal selia perkhidmatan, kerja, industri dan perniagaan itu.
6. Senarai ralat semasa buat permohonan surat CIMS MITI 3.0
Berikut ialah beberapa ralat yang mungkin ada lihat ketika buat permohonan untuk terus beroperasi:Ralat 500
- CIMS 3.0 sedang menerima aliran trafik yang tinggi pada waktu ini. Kerjasama dan kesabaran dari pihak anda amatlah dihargai". Ini bermakna line jammed.
Error 503 Backed fetch failed
- Error 503 Backed fetch failed. Guru Meditation: XID: 739737615 Varnish cache server. Ini juga mungkin sebab terlalu ramai yang cuba masuk ke dalam sistem CIMS MITI 3.0
Transaksi tidak sah
- Ralat "Transaksi tidah sah" ini berlaku jika anda klik Papar
- Kami tiada maklumat kenapa ini berlaku
Pendaftaran tidak berjaya
- No Kad Pengenalan / Passport 800101-01-XXXX telah berdaftar
- Email telah berdaftar
- Jadi, anda perlu gunakan email asal semasa pendaftaran dahulu. Jika tidak, sila reset password CIMS 3.0
Apa perlu buat?
Memandangkan ramai sangat yang cuba register untuk mendapatkan kebenaran, tidak boleh buat apa-apa.Cuba mohon lagi semasa waktu kurang sesak.
Kami cadangkan, jam 12 malam dan ke atas.
7. Kementerian & agensi kerajaan lain di bawah MITI CIMS 3.0
Ada beberapa sektor yang secara asasnya di bawah seliaan kementerian atau agensi tertentu. Walau bagaimanapun, untuk PKP 3.0 ini, semua proses permohonan akan diuruskan secara bersama dengan MITI menggunakan sistem CIMS 3.0Berikut ialah senarai penuh:
| Kementerian / Agensi | Sektor |
| MITI | Sektor Pembuatan |
| KPDNHEP | Sektor Peruncitan, Pemborongan, Pengedaran dan Premis Makanan |
| KKKM / MCMC | Sektor Komunikasi, Teknologi Maklumat, E-Dagang dan Industri Kreatif |
| MPIC | Sektor Agrokomoditi |
| KKR | Sektor Pembinaan dan CIDB |
| CIDB | Sektor Pembinaan dan CIDB |
| KBS | Sukan dan Rekreasi |
| KKM | Sektor Kesihatan |
| KPKT | Sektor Kebersihan, Keselamatan, Pembinaan dan Pengurusan Strata |
| KETSA | Sektor Tenaga dan Sumber Asli |
| KPN | Rukun Tetangga, Rumah Ibadat Selain Islam serta Pengurusan Pengebumian Selain Orang Islam |
| KDN | Kawalan Keselamatan Swasta |
| PKWKM | Taksa, Pusat Jagaan Termasuk Warga Emas |
| BHEUU | Perkhidmatan Guaman |
| MOSTI | R&B dan Makmal Ujian |
| KASA | Sektor Alam Sekitar |
| BNM | Pakej Rangsangan Ekonomi PRIHATIN dan Institusi Kewangan |
8. Apa maksud status permohonan dalam CIMS 3.0?
Ini adalah beberapa status yang anda akan dapat lihat semasa mendaftar dan memohon:| Status | Penerangan |
| Draf | Anda masih lagi mengisi borang dan belum hantar. Sila lengkapkan borang permohonan. |
| Baharu | Anda sudah hantar permohonan melalui CIMS 3.0, tapi belum ada respon dari MITI |
| Lulus | Tahniah, permohonan anda sudah mendapat kelulusan |
| Rayuan | Maaf, permohonan anda tidak diluluskan. Sila buat rayuan untuk mendapat pertimbangan pihak MITI |
9. Kenapa permohonan CIMS 3.0 saya ditolak?
Ada banyak sebab. Yang pertama, mungkin sektor anda bukan essential. Dokumen tidak lengkap juga mungkin antara sebab gagal permohonan.Selain itu, anda boleh rujuk komen dari pihak MITI dalam sistem CIMS 3.0. Sila sertakan dokumen sokongan yang diperlukan sekiranya permohonan ditolak.
Sila baca cara mohon surat MITI betul-betul seperti yang diterangkan di atas.
10. Apa itu PBT?
PBT ialah singkatan untuk Pihak Berkuasa Tempatan. Permohonan anda akan ditolak sekiranya tidak mempunyai lesen PBT. Ini adalah salah satu dokumen sokongan yang diperlukan oleh pihak MITI.Contohnya:
- Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)
- Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)
- Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ)
- Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ)
- Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ)
- Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB)
- Majlis Bandaraya Alor Setar
- Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam
- Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah
- Majlis Bandaraya Seremban
- Majlis Bandaraya Kuantan
- Majlis Bandaraya Pulau Pinang
- Majlis Bandaraya Ipoh
- Majlis Perbandaran Kangar
- Majlis Bandaraya Kuala Terengganu
- Dewan Bandaraya Kota Kinabalu
- Dewan Bandaraya Kuching Utara
- Dewan Bandaraya Kuching Selatan
11. Apa maksud tarikh diperbadankan?
Di dalam permohonan ini, ada satu ruangan tarikh diperbadankan yang anda perlu isi.Ini adalah tarikh syarikat anda mula didaftarkan dengan SSM.
Jika semak sijil pendaftaran SSM atau hubungi SSM Contact Centre di talian 03-7721 4000
Akhir kalam
Oleh kerana terlalu banyak syarikat yang memohon untuk beroperasi, sistem MITI menjadi sangat perlahan. Ada kalanya, tidak dapat diakses.Jika anda mengalami masalah seperti yang dinyatakan di atas, sila berehat seketika dan cuba lagi pada waktu bukan puncak seperti tengah malam.
Sementara itu, sebagai majikan anda juga boleh mohon Program Subsidi Upah dari PERKESO. Sekurang-kurangnya, boleh kurangkan beban kita sebagai peniaga.
Diharapkan agar perkongsian cara mohon surat MITI CIMS 3.0 ini akan memudahkan lagi urusan perniagaan anda. Teruskan jaga SOP.
Semoga bermanfaat.