SOP Total Lockdown Malaysia 2021 (Apa Yang Boleh, Apa Yang Tak?)
Hari ini, Majlis Keselamatan Negara telah mengeluarkan SOP terbaru untuk PKP yang disifatkan sebagai Total Lockdown 2021 bermula dari 1 Jun - 14 Jun 2021. Izinkan kami kongsi isi-isi penting SOP Total Lockdown 2021.
1. Apakah essential services yang dibenarkan beroperasi semasa Total Lockdown?
Berikut ialah aktiviti ekonomi yang dibenarkan:- Makanan dan minuman termasuk haiwan / binatang peliharaan
- Penjagaan kesihatan dan perubatan termasuk penokok diet, penjagaan dan klinik haiwan serta perkhidmatan veterinar
- Air
- Tenaga
- Keselamatan (security and safety), pertahanan, kecemasan, kebajikan dan bantuan kemanusiaan
- Pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awa, termasuk pembentungan
- Pengangkutan melalui darat, air atau udara
- Perkhidmatan dan pengusahaan pelabuhan, limbungan dan lapangan terbang, termasuk pemunggahan, pengangkutan laiter, pengendalian kargao dan pemaliman, dan penyimpanan atau pemukalan komoditi
- Komunikasi termasuk media, telekomunikasi dan Internet, pos dan kurier serta penyiaran (bagi tujuan penyampaian maklumat, berita dan seumpamanya sahaja)
- Perbankan, insurans, takaful dan pasaran modal
- Kredit komuniti (pajak gadai sahaja)
- E-datang dan teknologi maklumat
- Pengeluaran, penyulingan, penyimpanan, pembekalan serta pengagihan bahan api dan pelincir
- Hotel dan penginapan (hanya bagi tujuan kuarantin, pengasingan, pekerjaan bagi perkhidmatan perlu dan bujan untuk tujuan pelancongan)
- Pembinaan, penyelenggaraan dan pembaikan kritikal
- Perkhidmatan perhutanan (terhad kepada penguatkuasaan) dan hidupan liar
- Logistik yang terhad kepada penyampaian perkhidmatan perlu sahaja
2. Adakah sektor perkilangan dibenarkan?
Sektor perkilangan secara umumnya tidak dibenarkan. Ia hanya dibuka untuk beberapa kategori yang dibenarkan sahaja. Walau bagaimanapun, ia akan dihadkan kepada 60% sahaja dari kapasiti penuh.Sila rujuk senarai essential services untuk sektor perkilangan.
3. Adakah sektor pertanian, perikanan, penternakan, perladangan dan komoditi dibenarkan?
Ya, sektor pertanian, perikanan dan penternakan adalah dibenarkan.- Pertanian, perikanan dan penternakan serta rantaiannya
- Perladangan dan komoditi serta rantaiannya (kelapa sawit, getah, lada dan koko)
4. Adakah shopping mall dibenarkan untuk beroperasi?
Semua kompleks membeli-belah ditutup kecuali yang kedai-kedai yang mempunyai seksyen makanan dan minuman; dan berkaitan seperti runcit harian atau groceries. Contohnya, seluruh AEON Shah Alam akan ditutup kecuali kedai anchor AEON yang menjual barang runcit dan keperluan asas.Pasaraya dan hypermarket dibenarkan kepada bahagian makanan dan keperluan asas sahaja. Kedai runcit, serbaneka, mini mart, departmental store, farmasi, dan penjagaan diri dibenarkan.
5. Peniaga makanan boleh berniaga tak?
Restoran, gerai, penjaja di tepi jalan dibenarkan untuk bungkus dan penghantaran sahaja.Kami ulang sekali lagi.
Semua restoran, kedai makan, gerai makan, kenderaan bersaji (food truck), penjaja tepi jalan, penjaja beredar, medan selera, pusat penjaja, gerai makan tepi jalan atau kiosk untuk take away dan penghantaran ke rumah adalah dibenarkan.
Aktiviti penjualan makanan dibenarkan secara bawa pulang, pandu lalu atau penghantaran.
Dibenarkan beroperasi antara 8.00 pagi hingga 8.00 malam sahaja.
6. Kedai dobi buka tak?
Semua kedai dobi dibenarkan beroperasi, termasuk layan diri.
7. Kedai dalam stesen minyak macam mana?
Other Specialty Retail Stores atau kedai yang memang ada dalam stesen minyak seperti Petronas, Shell, Mobil dan lain-lain akan terus dibuka.
8. Kedai kucing, klinik vet / klinik haiwan buka atau tidak?
Kedai penjagaan haiwan dan makanan haiwan dibenarkan beroperasi.
9. Kedai cermin mata boleh buka semasa PKP?
Kedai cermin mata / optik dibenarkan.
10. Kedai hardware macam mana?
Kedai hardware dibenarkan untuk dibuka.
11. Kalau bengkel kereta, boleh buka semasa total lockdown?
Ya, boleh. Bengkel kenderaan, penyelenggaraan dan alat ganti (spare part) dibenarkan beroperasi.
12. Saya berniaga online. Boleh terus berniaga tak?
Ya, boleh. Tak kisah anda buat e-dagang, e-commerce, dropship, Shopee Seller atau apa-apa sahaja secara online, anda boleh terus beroperasi.
13. Saya beli barang borong dari supplier dan edarkan pada pembeli. Boleh kerja tak?
Pemborongan dan pengedaran hanya dibenarkan untuk semua kategori dalam produk perkhidmatan perlu.
14. Apa yang dibenarkan untuk sektor pembinaan?
- Kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan kritikal
- Kerja-kerja pembinaan infrastruktur awam yang utama
- Kerja kerja pembinaan bangunan yang menyediakan penginapan pekerja yang lengkap di tapak bina atau pekerja yang ditempatkan di Kuarters Pekerja Berpusat (CLQ)
Akhir kalam
Maklumat ini akan dikemaskini. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman web rasmi MKN.
Semoga bermanfaat.