Semakan Bayaran BKC 2021 (Check Tarikh Pembayaran & Status)
Sekarang kita sudah masuk bulan Ogos 2021. Bagi anda yang bakal menerima bantuan BKC ini, anda mesti menunggu bila boleh semakan bayaran BKC 2021 yang diumumkan oleh Kerajaan tempohari.
Untuk yang tidak tahu, anda tidak perlu mohon BKC. Sesiapa yang layak dari golongan Miskin Tegar, B40 dan M40 akan menerima Bantuan Khas Covid ini. Hanya perlu buat semakan BKC sahaja nanti untuk mengetahui status Lulus atau Gagal.
Izinkan kami berkongsi.
1. Semakan status bayaran BKC
Berdasarkan FAQ PEMULIH Bantuan Khas Covid-19 BKC sebelum ini, kaedah semakan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.Walau bagaimanapun, semakan kami mendapati bahawa semakan kini sudah boleh dilakukan melalui portal BKC yang terbaru iaitu bkc.hasil.gov.my
Hanya perlu login BKC menggunakan Nombor Kad Pengenalan dan Kata Laluan.
2. Berapa bayaran BKC yang bakal diterima?
Kami pecahkan mengikut kategori seperti di bawah:Golongan Miskin Tegar
- Bujang: RM500
- Isi Rumah: RM1,300
- Warga emas: RM500
- Bujang: RM200
- Isi Rumah: RM800
- Warga emas: RM200
- Bujang: RM100
- Isi Rumah: RM250
- Warga emas: RM100
3. Semakan duit BKC masuk dalam akaun bank (Status pengkreditan)
Sekiranya anda sudah mendapat status LULUS, mohon agar tidak terlalu happy. Status LULUS itu bukan bermakna duit sudah masuk ke dalam akaun. Anda perlu tunggu sehingga kerajaan memasukkan duit dalam akaun bank anda melalui proses pengkreditan.Mengikut maklumbalas pembaca, selalunya duit bantuan akan dimasukkan ke dalam akaun Bank Simpanan terlebih dahulu. Selepas itu, barulah bank-bank lain seperti Maybank, CIMB, Bank Islam, Bank Rakyat dan lain-lain lagi.
Untuk makulmat, semakan untuk BKC bujang tidak ada beza dengan golongan Isi Rumah dan Warga Emas. Kaedahnya sama sahaja.
Berikut ialah panduan untuk semak baki akaun mengikut bank:
| Bank | Link |
| Maybank / Maybank Islamic | Semak baki Maybank |
| BSN | Semak baki BSN |
| Bank Islam | Semak baki Bank Islam |
| RHB / RHB Islamic Bank | Semak baki RHB |
| Ambank / AmIslamic Bank | Semak baki Ambank |
| Agro Bank | Semak baki Agrobank |
| Hong Leong Bank | |
| Affin Bank / Affin Islamic Bank | Semak baki Affin Bank |
| Bank Rakyat | |
| CIMB Bank / CIMB Islamic Bank | Semak baki CIMB Bank |
| Bank Muamalat | Semak baki Bank Muamalat |
| Public Bank /Public Islamic Bank | Semak baki Public Bank |
4. Kalau status LULUS, tapi Gagal Kredit BKC, perlu buat apa?
Ini adalah langkah-langkah berdasarkan pengalaman penerimaan pembayaran BKC.Jika Status Kredit ialah ialah Gagal Kredit, ini bermakna ada masalah untuk masukkan duit ke dalam akaun bank.
- Sila baca cara dapatkan No Baucer BKC untuk buat penunaian di BSN.
- Tekan butang Kembali untuk kembali ke paparan sebelum ini
- Tekan butang Papar Borang untuk memaparkan keseluruhan Semakan Status ini
Selain duplikasi permohonan, ada beberapa kemungkinan kegagalan kredit. Duit tidak dapat dimasukkan ke dalam bank mungkin kerana:
- Akaun bank tidak aktif
- Nombor akaun bank yang salah
- Tersilap masukkan nombor akaun bank
- Nama pemilik bank akaun tidak sama dengan nama pemohon BPN
Sila dapatkan Nombor Siri dari dalam portal BKC dan pergi ke mana-mana cawangan BSN terdekat.
Anda boleh memberikan Nombor Siri dan mendapatkan duit secara tunai.
5. Maklumat duit masuk, tarikh pembayaran BKC
Setakat ini, masih belum ada apa-apa makluman lagi berkenaan tarikh pembayaran BKC. Apa yang kami tahu, hanyalah pada bulan akhir bulan Ogos 2021.Kami akan terus kemaskini maklumat di laman ini.
Akhir kalam
Diharapkan agar buat semakan status bayaran BKC sebelum pergi cucuk duit di ATM. Ini adalah untuk mengelakkan rasa kecewa.
Semoga bermanfaat.