Semakan BKSS Bujang RM500 (Status di sarawak.gov.my)
Bagi pemohon yang berstatus belum berkahwin yang telah memohon Bantuan Khas Sarawakku Sayang sebelum ini, anda boleh buat semakan BKSS bujang. Jika anda masih lagi belum buat apa-apa permohonan, sila rujuk cara mohon BKSS 5.0 bagi tahun 2021.
Sedikit mengenai BKSS bujang
Beruntung betul rakyat Sarawak, terutama yang bujang.
Kenapa?
Jika anda bujang dan termasuk dalam golongan B40 di Sarawak, anda layak menerima Bantuan Khas Sayangku Sarawak.
Pembayaran duit BKSS akan dikreditkan ke akaun bank penerima setiap 15 haribulan setiap bulan. Jadi, semakan BKSS bujang hanya boleh dilakukan pada 15 haribulan setiap bulan sahaja.
Semakan Bantuan Khas Sarawakku Sayang ini bermula pada 15 April 2020 hingga 15 September 2020. Ini bermakna, bulan Julai 2020 adalah bayaran keempat.
Pembayaran tunai sebanyak RM 250 yang akan dibayar selama 6 bulan ini akan memanfaatkan ramai rakyat Sarawak.
Yang lebih menarik lagi, penerima yang layak adalah terdiri dari penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) yang telah diluluskan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan tiada sebarang permohonan perlu dibuat.
Jadi, BKSS dapat, BSH pun dapat!
Semakan BKSS bujang RM500 secara online
Sebelum itu, mohon kami tegaskan, jangan tersilap taip BOSS semasa buat carian di Google. Yang betul ialah BKSS, bukannya bantuan BOSS. Taip di papan kekunci betul-betul.Berikut ialah perkongsian dari kami, berkenaan cara buat semakan BKSS bujang online.
- Layari laman web rasmi BKSS di sini: https://www.sarawak.gov.my/web/home/bkss_semak
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan (MyKad)
- Pastikan tidak masukkan sempang (-) atau dash
- Contohnya, jika Nombor Kad Pengenalan 950505-13-4456, masukkan sahaja 950505134456
- Tekan butang Submit
- Anda akan dapat melihat status kelulusan BKSS bujang
Check bila bayaran BKSS bujang masuk
Sebelum keluarkan duit BKSS, anda dinasihatkan untuk buat semakan pembayaran BKSS dengan melihat baki dalam akaun. Bimbang bila sudah ke ATM, tidak ada duit di dalam akaun.Untuk maklumat yang lebih terkini, anda boleh sertai Facebook Group SARAWAKKU SAYANG di sini, yang sedang rancak membincangkan tentang BKSS.
Tarikh pembayaran BKSS
Selepas buat semakan BKSS bujang, anda juga mesti mahu tahu bila duit bantuan akan masuk bukan?Di bawah ini ialah jadual dan tarikh pembayaran BKSS sehingga September 2020.
- Bayaran 1: 15 April 2020 berjumlah RM250
- Bayaran 2: 15 Mei 2020 berjumlah RM250
- Bayaran 3: 15 Jun 2020 berjumlah RM250
- Bayaran 4: 15 Julai 2020 berjumlah RM250
- Bayaran 5: 15 Ogos 2020 berjumlah RM250
- Bayaran 6: 15 September 2020 berjumlah RM250
Maklumat lanjut
Jika anda mempunyai apa-apa pertanyaan mengenai semakan BKSS bujang ini, mahupun berkaitan dengan pembayaran seperti bayaran belum masuk, boleh hubungi pihak Bantuan Khas Sarawakku Sayang di sini:
- Nombor telefon: 082-555 999
- Email: 555999@sarawak.gov.my
Akhir kalam
Bagi yang belum berkahwin dan mendapat kelulusan BKSS bujang, bersyukurlah. Jika sudah lulus, bersabarlah sedikit dalam menunggu duit pembayaran BKSS dari kerajaan negeri Sarawak.
Tak kiralah anda guna bank BSN, Agro Bank, Maybank, CIMB dan apa-apa bank sekalipun, apabila ramai pemohon, anda perlu faham dengan proses pembayaran yang sedikit rumit dan akan mengambil masa.
Bagi yang tidak berjaya pula, jangan terlalu bersedih. Mungkin itu bukan rezeki kita. Kami harap, anda dapat bantuan BPN dan juga BSH.
Jika anda rasa anda layak, apa kata cuba buat rayuan BKSS. Mana tahu ada rezeki.
Sama-sama berdoa agar hidup kita dipermudahkan dan sentiasa dimurahkan rezeki.
Diharapkan agar perkongsian semakan BKSS bujang sebanyak RM500 ini dapat menceriakan lagi hidup anda.
Semoga ada manfaat.