Bantuan ·

BPR Dalam Proses Pengkreditan (Apa Maksud Status Ini?)

Jika anda salah seorang penerima BPR Fasa 2 2021, semasa buat semakan BPR secara online, tentu anda akan nampak  paparan yang menunjukkan Bantuan Prihatin Rakyat dalam proses pengkreditan. Sangat pelik bunyinya dan susah nak faham kan?

Apa maksud status ini?

1. Maksud BPR dalam proses pengkreditan

Sebenarnya, dalam bahasa yang mudah, BPR dalam proses pengkreditan itu bermakna duit Bantuan Prihatin Rakyat anda masih lagi sedang dalam proses untuk dimasukkan ke dalam akaun bank pilihan anda.

Pengkreditan terus di sini bermakna duit BPR akan terus masuk ke akaun anda.

Namun, proses untuk masukkan duit kadang-kadang bukanlah seperti kita buat Instant Transfer dari satu akaun ke satu akaun yang lain. Ia mengambil masa.

Lebih-lebih lagi untuk jutaan penerima BPR.

Kami harapkan, anda boleh bersabar menunggu duit BPR anda.

 

2. Pengkreditan terus, duit masuk terus ke akaun bank

Sebelum itu, izinkan kami berkongsi

Secara ringkasnya, cara pembayaran BPR terbahagi kepada dua, iaitu pengkreditan terus ke dalam akaun bank dan secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)

 

3. Senarai bank yang buat proses pengkreditan terus

Berikut ialah bank yang akan membuat proses pengkreditan terus ke dalam akaun penerima.

Bank-bank yang boleh proses pembayaran BPR adalah seperti berikut:

 

Akhir kalam

Usah bimbang bila anda buat semakan BPR Fasa 2 2021, duit masih lagi belum masuk. Jika anda nampak paparan BPR dalam proses pengkreditan, duit BPR akan tetap masuk.

Cuma ia akan mengambil sedikit masa.

Sudahlah, jangan risau-risau.

Semoga sedikit perkongsian ini dapat melegakan anda.

Bagi mana-mana individu yang Tidak Lulus permohonan Bantuan Prihatin Rakyat, sila buat rayuan BPR. Mudah-mudahan, segala urusan dipermudahkan.

Semoga bermanfaat.