Bantuan ·

Cara Kemaskini BPN 2.0 (Bantuan Prihatin Nasional #kitaprihatin)

Ramai sudah tahu, bayaran BPN 2.0 fasa pertama akan dibayar pada bulan Oktober 2020. Namun, jika anda tidak update permohonan BPN 1.0 sebelum ini, takut-takut ada masalah nanti. Luangkan sedikit masa untuk baca cara kemaskini BPN 2.0 seperti di bawah.

Untuk permohonan baru, sila baca cara daftar BPN 2.0 terlebih dahulu. Selepas itu, baru boleh buat permohonan baru BPN 2.0.

Maklumat untuk kemaskini BPN 2.0

Secara amnya, berikut adalah beberapa maklumat penting yang anda perlu kemaskini:

#1 Nombor akaun bank terkini

 

#2 Status perkahwinan terkini

 

#3 Nombor telefon terkini

 

#4 Maklumat anak terkini

Hanya selepas proses kemaskini ini, barulah anda boleh buat semakan BPN 2.0 untuk melihat status samada lulus atau tidak apabila dibuka kelak.

 

Cara mengemaskini BPN online

Ikut langkah di bawah untuk buat proses kemaskini BPN 2.0 dengan maklumat yang terbaru
  1. Layari portal rasmi untuk login BPN 2.0 di sini: https://bpn.hasil.gov.my
  2. Tekan pautan Log Masuk pada bahagian Menu atas sebelah kanan
  3. Masukkan ID Pengguna iaitu Nombor Kad Pengenalan anda
  4. Tekan butang Semak
  5. Jika tidak ada apa-apa masalah, anda akan dapat Log Masuk ke dalam sistem
  6. Klik butang Papar Borang untuk melihat dan menyemak maklumat terperinci yang telah didaftarkan
  7. Anda akan dapat lihat:
    • Nama
    • No MyKad
    • Status Permohonan
    • Jumlah Keseluruhan BPN
    • Maklumat Pendapatan
  8. Selepas Papar Borang, buat masa ini tidak ada butang Kemaskini lagi
  9. Sila tunggu sehingga fungsi ini dikembalikan dalam BPN 2.0 pada masa yang akan diberitahu nanti
  10. Tekan butang Kembali
  11. Jika sudah boleh kemaskini nanti, anda perlu buat Kemaskini sekiranya ada maklumat diri anda yang sudah berubah
  12. Maklumat tersebut termasuk:
    • Nombor Akaun Bank
    • Status Perkahwinan
    • Nombor Telefon
    • Maklumat Anak
 

Pertanyaan tentang kemas kini Bantuan Prihatin Nasional 2.0

Tentu sekali ada yang mahu tahu lebih lanjut tentang pendaftaran, cara kemaskini BPN 2.0, semakan, rayuan dan juga permohonan baru.

Jangan risau.

Jika anda adalah salah seorang yang ingin tahu maklumat lanjut berkenaan kemas kini, sila hubungi Hasil Care Line (HCL) di talian berikut:

  • 03- 89111000
 

Akhir kalam

Adalah menjadi tanggungjawab anda untuk memastikan maklumat diri adalah lengkap dalam sistem BPN 2.0. Oleh yang demikian, jangan marah-marah jika bayaran tidak masuk ke dalam akaun kerana kesilapan diri sendiri.

Pastikan ikut langkah-langkah untuk kemaskini BPN 2.0 seperti yang disarankan. Ini adalah untuk mengelakkan terjadinya permasalahan pada masa akan datang, terutama sekali berkenaan pembayaran.

Jemput refresh semula kaedah bayaran dengan membaca cara pembayaran BPN 2.0.

Semoga bermanfaat.